Hai hai, kita kembali bersama citer hantu terbanggg. Walaupun penemuan air katira maseh lagi gagal, tapi ambe apdet blog jugak. Ingatkan nak mogok lapar tanak apdet blog dan juga efbi.
Secara tidak sengaja ambe tertengok drama ni di KBS World. Hajat di hati memang nak tengok tapi later-later kot. Tak sampai later dah tertengok. Ini kes main tekan-tekan remot hari Ahad yang lepas sementara nak tunggu rancangan Jalan-jalan Carik Makan ke udara 12.00 tengahri di TV3 setiap Ahad. Bulan-bulan posa layan Serina Chep Wan makan, memang cara sambil telan-telan ailio. Lepas raya dah plan dengan hasben nak pegi sini, sini melantak. Paling mengujakan Nasik Kandar Beratur di Penang. Perghh mencabar sungguh kena beratuq panjang nak beli nasik kandaq. Sabaq naa nanti cheq pi sana suatu hari nanti. Episode JJCM Ahad lepas berlokasi di sekitar Lembah Klang. Hahaha. Dia pi restoren Ikan Bakar Sekinchan di Setiawangsa u ols. Kalau tak silap penglihatan ambe, udang bakar sekor RM6 tertera di kaca telibisyen. Perghh bole pegi Mekah balik hari cenggini tokei dia tak lama lagi. Kalau tak silap penglihatan saya lah
Kemudian JJCM pergi ke restoren Anjung Merah II yang terletak di USJ 3. Peh sangat dekat dengan opis ambe. Dah aim dah lepas raya nak pi serang sini. Jaga-jaga cik salmah.
Berbalik pada kisah hantu terbang gumiho kanak-kanak ini. Citer Gumiho versi Hong sisters belom sempat layan lagi. Sebab ikut giliran (sekarang ambe sedang dalam proses jika ada waktu sambil-sambil tengah gosok baju untuk seminggu) sambil melayan citer seorang penulis novel hengsem bernama "Lee Jin Soo" yang suka menom kopi itew. Huhu. Lepas tu kot baru layan My Gelpren Gumiho. Baker King Kim Tak Goo aka Roti, Chenta dan Mimpi yang sedang meletop-letop ratingnya itu pon nak kena tengok jugak. Apa benda tah yang best sangat cite ni agaknya ek. "Hai hai, mera nam Cho-ok hei"
Faktor pemangkin menonton drama ni. Dah beso panjang manusia dia. Dah mengenyam nak 'berendut'. Dulu dalam drama Thank You belom baligh lagi
Aisemen jadik jahat pula dalam citer ni. Geget pipi kang baru taw
Seo Shin Ae, peberet child actress pompuan. Kim Yoo Jung, juga merupakan peberet child actress. Kali ni tengok drama bukan kerna rupa paras heronye yang kacak lagi bergaya
Pernah buat entri pasal budak ni dulu masa dia berlakon dalam derama Powerful Opponent, di suatu scene yang menyayat hati, peparu dan limpa
Mamat sebelah tu pon boleh tahan jugak. Macam pernah ku liat dia blakon. Tapi di mana ya. Cek biodata dia oh dalam drama The Devil / Mawang / Lucifer. Dia jadik hero polis tu masa kecik. Bekas child actor jugak ni. Pon dah beso panjang manusia ye
Sesambil itu menerusi drama ini kita juga boleh mendapat idea pesen baju raya tahun ni bagi yang nak ubah selera dan inginkan kelainan baju raya selain baju kurung dan baju kebaya
Pesen apa tah ni. Nak kata "hanbok" bukan hanbok. Tapi macam cun jugak pesen baju raya kalau macam ni. Kombinasi warna yang menarik dan simple. Baju tradisi orang Korea ni plain saja, tak de desain munga-munga kan
Tapiiiii di mana kah Lee Minho?
Adakah beliau salah satu daripada Gumiho?
Ho ho ho...(berbuka la dengan Horlicks bersama Liza Hanim)
Perkenalkan Lee Min Ho versi tahun 1993. Tahun ni bakal amek SPM
"Min ho ah, annyeong..."
Malam ni sambung episode 4 di KBS World. More than you imagine
Owh tertinggal satu bab. Antara faktor lain yang syiok tengok drama ni sebab dia syuting di Korean Folk Village, yang dah penah pegi suatu ketika dolu. Lantas kenangan lalu pon menerpa di ingatan...kekeke
No comments:
Post a Comment