Wednesday, August 04, 2010

Kek lapis Cranberi


Semalam buat kek lapis. Di sebabkan cranberry kering banyak lagi kat umah, maka ambe pon sepakat membawa berkat menerai buat kek lapis cranberry. Beli cranberry aritu sebab nak buh dalam coklat. Dah buh dalam coklat pon tinggal banyak lagi.

Apo ekau beranak yo cranberi? Tak luak-luak den nengok dalam tupperware tu


Tadaaa
Kek lapis cranberi saranghae
Tetapppp ada ber'sarang'...kekekeke


Kaler tak brape cun lah. Takut nak letak kaler banyak-banyak takut striking pulak nanti

Resepi kek lapis Oreo Mat Gebu tapi ada ekjas-ekjas sikit. Susu pekat tak taruk sebab nak kurangkan manis


Buah cranberry di pokok. Kalau dapat petik pon best gak nye ek

Ambe berminat dengan buah cranberry ni sebab dengo citer ianya banyak khasiat dan bitamin.


Jadik, makan lah cranberry untuk masa depan kesihatan anda yang cemerlang dan gemilang.

Saya akhiri dengan serangkap pantun

Hari raya bakal menjelma bah
Kalau brani cuba lah tempah

No comments: