Thursday, February 04, 2010

MW (2009)




Synopsis

When a top secret chemical compound called MW infects an island near Okinawa, the military is sent in to kill all the victims and cover up the incident. A survivor named Michio Yuki (Tamaki) grows up to become a highly-successful banker, but he is slowly being driven mad by the effects of MW. After committing a series of ruthless crimes to get revenge against the people responsible for the cover-up, he decides that the only way to truly get revenge is to unleash MW on the world and exterminate the entire human race. Takayuki Yamada stars as Father Garai, a priest desperately trying to save Michio’s soul — and possibly his own in the process — but not necessarily doing much to stop the crime spree. (Source: nipponcinema)

The movie is based on a 1970s manga of the same title by 'god of manga' Osamu Tezuka. This manga series is notable because is can be seen as first Tezuka's gritty, cynical and adult-oriented work that sharply contrasted the softer, Disney-influenced style that Tezuka was associated with. It was influenced by the complexity of its '70s political context of the Vietnam War and Japanese student movement against American military presence. When published, manga received lots of attention due to the high level of violence and homosexual themes contained within its story.


"When published, manga received lots of attention due to the high level of violence and homosexual themes contained within its story."

Fuhh nebes nye nak tengok muvi ni. Banyak minum air soya ke hapa depa ni. Kekeke

Salam sejahtera. Akhirnya kita ke filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat tegar Tamaki Hiroshi seperti saya.

Filem berjudul MW atau terjemahan sendiri ialah Misteri Waiem (terjemahan oleh senpai). Terjemahan MW versi perasan ada banyak. Antara nya :

My Waiem

Memang Waiem...dihati ku

Kehkehkeh

Tapi yang paling kena sekali ialah Misteri Waiem sebab cite ni penuh dengan misteri.

Alkisahnya MW (sebutan Muu) ini ialah sejenis gas beracun yang telah meragut ramai nyawa yang tidak berdosa di sebuah pulau berbelas tahun yang lalu. Diberitakan semua penduduk pulau itu mati kecuali 2 orang budak lelaki berjaya menyelamatkan diri. Lebih malang sekali, kes ini telah ditutup oleh kerajaan Jepun pada masa itu seolah-olah tiada apa-apa kejadian menyayat hati yang berlaku. Mesti ada udang disebalik sushi ni yang menyebabkan kerajaan Jepun sembunyikan hal tersebut



Alkisah seterusnya, kedua budak yang terselamat itu telah besar dan boleh tahan kacak juga. Sorang bernama Garai dan sorang lagi bernama Michio Yuki. Kedua nya berkawan baik dan mempunyai karakter yang berlain. Garai telah memilih menjadi Father, manakala Yuki menjadi pegawai bank. Yuki ni ada 2 pekerjaan. Siang dia jadi pegawai bank, belah malam pula dia keje part time menjadi pembunuh. Kerja part time dia ni pula ikut shift. Kadang siang, kadang malam. Ikut pasaran semasa.

Filem ni dimulakan di lokasi di Bangkok, Thailand. Ada sorang budak perempuan diculik dan penculik mahu wang tebusan dari bapanya. Maka berusaha bapa itu menyediakan wang tebusan dan seperti biasa jangan beritahu polis.



Antara adegan tak larat dalam filem ni. Adegan teksi mengejar LRT di Bangkok haha. Teksi dipandu oleh polis Jepun menerjah kota Bangkok. Fasih sungguh polis Jepun tu jalan dan lorong di Bangkok ahaks.

Saspek yang lari menggunakan LRT berjaya dikejar oleh polis yang curik teksi abang teksi Bangkok untuk mengejar saspek. Tapi dah namanya hero, pasti tidak dapat diberkas dulu. Aksi kejar mengejarnya yang terlebih sudah.


Lepas sorang demi sorang dibunuh. Kenapa agaknya? Wae?



Ini dia Encik Michio Yuki yang bekerja dengan LA Millenium Bank di siang hari

"Ini cuma permulaan. Tiada sapa yang dapat menghalang kita" kata Yuki kepada Garai

"Sudah, sudah la tu Yuki. Ko bila engsap ni? Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk sukan Olimpik jua. Mu tahu dok?" Father Garai membebel kepada Yuki


"All I want is you beside me"

Apakah? Adakah? Brokeback Mountain kah?


Tindakan kerajaan menutup rahsia ini telah mendatangkan amaroh dan dendam kepada Yuki tetapi tidak kepada Garai. Garai ni ala-ala tema redo dan pasrah saja. Garai tidak berdendam kepada sesiapa. Sepanjang filem ni mimik muka Garai kesian je seperti gambar di atas.


Pencarian MW dilakukan di pulau itu sebab sorang wartawan kata MW masih wujud di pulau itu. MW ni plak dia neutral di dalam air. Jadi tidak mendatangkan bahaya


Dipendekkan citer mamat Yuki ni memang jahat dalam citer ni. Beliau jadi jahat sebab kesan terkena asap MW masa dia kecik dulu. Asap ni telah memberi kesan negatip kepada beliau. Napsu jahat telah menguasai fikiran nya. Dia dah tak kenal yang mana baik dan yang mana jahat. Bila dendam tidak dapat ditahan, mata dia akan bertukar menjadi merah seperti di atas. *Takotnya*


Dikabarkan kepada Yuki bahawa sisa MW ni ada dalam simpanan tentera US yang berpangkalan di Tokyo. Maka dia pon menyelinap masuk ke kem tentera US itu. Part ni ambe kagum sebab dia berjaya masuk ke dalam kawasan larangan tentera US dan mencurik MW itew. Mungkin dia ada ilmu ghaib dan baca jampi serapah kot. Hehehe


Father Garai menceritakan rahsia dan memberitahu pihak polis bahawa semua kes culik dan bunuh adalah perbuatan Yuki. Yuki bunuh semua orang yang ada kaitan menyembunyikan kes MW di pulau 15 tahun yang lalu. Aigooo

"Apa yang Yuki ni mau sebenarnya?" tanya inspekter polis itu kepada Garai

"Dia mahu kerajaan bertanggungjawab ke atas kes MW itu" kata Garai

"Itu saja?"

"Ya, sebab tu la dia bunuh semua orang yang bersubahat menutup kes MW itu. Yuki sekarang bukan Yuki yang dulu lagi. Watashi wa tatau nak nasihatkan dia macam mana lagi. Umpana mencurah air ke daun keladi saja" kata Garai lagi dengan nada sedey

Yuki menjadikan anak-anak kecil sebagai tebusan untuk membawa MW keluar dari kem tentera US


"Kau kenapa???? Kau nak dunia ni musnah ke?" herdik Father kepada Yuki

"Aku nak semua orang mati. Biar dia rasa. Salah tempat mau tunjuk samseng"

"Kau kijam Yuki, kau kijam. Kau nak bunuh Waiem sekali ke?"

"Biar la itu menjadi misteri. Semisteri Orang Misteri Era"

Berjaya kah Yuki memusnahkan dunia dengan gas beracun MW itu? Saksikan la sendiri

OST pula dinyanyikan oleh Flumpool. Boleh tahan jugak grup ni ek

No comments: