Thursday, November 26, 2009

Majlis makan malam GO & Salam Aidiladha


Seperti yang anda sedia maklum, satu majelis makan malam Geng Ottokee (GO) telah diadakan sempena meraikan kedatangan AJK Skodeng GO Hurul cawangan Kuching Sarawak yang datang bertugas di KL selama 3 hari. Beliau kemudian telah dibawa untuk makan malam di markas gadering GO di gerai William Kelana Jaya. Sambil bertugas sambil bergadering.

Asal usul William menjadi markas gadering GO bermula selepas insiden kuciwa yang berlaku pada 03 September 2009 yang lepas *ehemoneworldhotelehem* Ahaks. Lepas kuciwa, kita pon kebulur (bukan tahap lapar lagi) dan kita pon singgah ke William untuk melantak. Kalau pergi sini kita tidak hanya makan secara berhemah tetapi di paksa melantak kerana serving makanan dia yang besar, luar daripada biasa. Tapi kalau tak habis boleh tapau. Kalau nak datang makan sini, pastikan perut anda kosong sekosong kosongnya umpama tidak makan seminggu. Jadik anda berkebolehan menghabiskan makanan dengan licinnya.

Para hadirin yang berjaya hadirkan diri pada kali ini ialah :

GO Hood Poyo (GHP)
GO Ruha Pyo (GRP)
GO Hood Junior Triple FT (sebab 3 orang haha)
GO Het Gosten GX
GO Mrs. GX Hye Gyo (peminat heroin "World Withing")
dan tetamu istimewa GO Hurul Aini aka Shim nakayama hurul

Semua geng dikenali melalui blog

Kita ke cerita makan pula. Kalau datang makan sini kalau tak ambek gambo makanan memang tak lengkap sesi makan. Percuma je ahjusi William dapat promosi kan. Bila tanya dia ada blog tak, dia cakap dia ada "goblog". Haha GO jugak tu.

Kentang goreng pilihan GO Hood Junior Triple FT


Kek lapis GOreo. Trial pek. Didatangkan khas dari KWH Bakery


Jus buah-buahan pelbagai jenis. Blueberry jus, mango jus dan ribena longan jus berlatar belakangkan GO Hood Junior Triple FT

Bila sebut "jus" mesti tingat filem Kuch Kuch Hota Hei

"Rahul, jus, jus Rahul"

Masa scene mana? Sapa ingat?

Hahahaha


Ni apa kenama pasta dia ni. Di-oder oleh GO Hurul. Satu perkara yang tak best kat William ni ialah tak de menu yang proper. Menu dia tulis kat papan hitam. Dah tu tak de gambo plak. Macam mana la orang nak oder dengan penuh ghairah ailio melele bila gambo tak de.

Pihak GO bagaimanapun telah komplen hal ini kepada ahjusi William dan dia kata dia akan bangkitkan hal tersebut pada Board of Director William di mesyuarat akan datang


GO Hood Poyo-unnie, sila eksplen nama makanan ni apa dan bagai mana kah rasanya


Ini pula nasik goreng err...sekali lagi lupa nama. Spesel menu pada malam tu. Di-oder oleh GO Kang Waiem Hiroshi. Tokei kedai rekemen, ambe pon oder je

Nasik goreng di atas di makan bersama sup bebola daging ini. Ada lagi dalam peti es kat rumah hehe

Ini pula Nasik goreng ayam percik dan ayam golek. Berapa punya banyak ayam daa. Di-oder oleh GO Ruha Pyo. Nasik habis, ayam tapau bawak balik.

Ini pula sekali lagi tak ingat nama. Di-oder oleh Mrs. GX Hye Kyo

Lee Min Ho (bukan nama sebenar) hahaha

Ambe sms dia ajak dinner, dia reply

"Ok set. Kejap lagi nak pi beli topeng Lee Min Ho"

Ini pula dioder oleh Lee Min Ho (bukan nama sebenar) di atas. Beliau juga ambe kenal melalui blog masa taim ambe jual kad raya suatu masa dahulu. Terus jadik best freng sehingga sekarang. Bukan rakan opis seperti yang di-gosipkan sebelum ini. Sudah berpunya dan tidak eveilabel lagi. Hehehe.

Nama asal Guardian X. Ambe short cut kan jadik GX atau nama Korea, Park Ji Ex. Hahaha

Steak tu makan dengan ni

To Hurul, nice meeting you. Cantek manes orang nya. Hehehe.

Nota kesalan GO : Lupa nak bergambo sama famili kita lah. Aigooo. Ottokee?

Sedikit berita dari bilik oven KWH Bakery. Semalam melaksanakan hajat dihati yang berlapis-lapis try test buat kek lapis bwi-berry resepi tuan blog ni seperti gambo di atas


TATAPI, hasilnya...uwaaa sedeyyy. Namun, berpegang pada kata-kata hikmah "gagal sekali bukan berarti gagal selamanya" maka kerja-kerja siasatan sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti faktor kegagalan itu. Akan dicuba lagi sehingga berjaya. Aja-aja fighting!

Akhir kalam,


Photobucket

Selamat menyambut Aidiladha bagi semua umat Islam. Hati-hati memandu di jalan raya semasa pulang ke kampung. Ampun dan silap harap di maafi ya.

Jumpa lagi!

*********************

//edited 7.30 malam

Photobucket
Ekceli agak menjadik jugak kek lapis ambe ni haha. Yang atas tu potong tengah panas sebab tu dia ala hancur sket. Sebab tak sabar punya pasal. Bila dah sejuk ini la hasil nya. Boleh tahan ensem jugak ropanya. Cuma lapisan atas dan bawah tu terkurang sket. Tak de la perasss sangat rasanya hahaha. Bukan apa besok ada gadering sempena Aidiladha so ingat nak bawak lah buah tangan kek lapis buatan sendiri. Ala-ala nak tunjuk bakat gitew. Kekeke

No comments: