Synopsis
Iljimae is a mysterious, black-swathed thief who robs from corrupt government officials and gives to the poor. He steals not only material treasures but also people, be they wrongfully held prisoners or criminals hiding from judgment. At the scene of each robbery, he leaves a small painting of a branch of red plum blossoms called a (me hwa). The citizens support Iljimae while the king and the nobility try to catch him and find his identity.
Total episode : 20
Credit :
*Jap nak ingat balik citer sebab dah lama tengok *
Citer ni pada saya ok saja lah. Best sangat tu tak de lah sebab kedapatan banyak part-part lemau dia yang boleh kita kesan. Ada part yang tak syncronise. Kita macam eh tadi kat sini, ni kat sini pulak dan seterusnya. Dan skrip nya kureng menyengat sket. Takde yang menangkap memori saya.
Overall kredit harus diberi pada Lee Junki kerna nampak bekerja keras untuk menghidupkan watak Iljimae walaupun ada yang kata dia sikit overacting dalam ni. Sapa yang tengok citer ni boleh perasan suara Junki berubah jadi serak-serak kering masa episode 17-20 sebab dia kekurangan minum air. Hehe. Dia kurang sihat. Paling suka tengok part dia sedih dan menangis.
Citer ni dekat nak sama dengan Time of Dog & Wolf citer lakonan Lee Junki sendiri jugak dari segi lupa ingatan, revenge dan open ending. Ending yang suruh kita fikir sendiri. Ampes tol.
Kalau mati katakan mati
Tidak hamba ternanti-nanti
Benci taw
Sedang bercintan cintun di atas pokok
Ending
Namun jawapan endingnya telah ku temui. Tuan direkter nya sendiri yang bagi jawapan. Bagi sapa yang belom menonton citer ni dan berhajat nak tengok, jangan baca spoiler dia dulu yach. Kita kasi saspeng dulu. Lepas tu boleh ulang tengok ending dia berulang kali untuk kesahihan. Ada twist sket dekat adegan pedang memedang di bawah pohon 'titis' itew.
Sedih. Ternampak mak kandung buat pertama kali. Masa ni bole imajin kalau Lee Junki pakai tengkolok macam mana ropa dia hehe
Jalan citer
Kisah mengenai seorang pemuda bernama Yong-ee yang hilang ingatan dan dibela oleh keluarga angkat nya selepas bapa kandungnya dibunuh oleh Raja. Yong-ee terselamat sebab bapak dia sempat sembunyikan dia di dalam gobok. Mak dan kakak dia juga hilang ontah kemana.
Makanya jalan citer nya berkisar mengenai Yong-ee mahu mencari pembunuh bapa nya dan juga jejak kasih ibu dan kakak nya selepas dia kembali mendapat ingatan zaman silam dia. Bila dia dapat semula ingatan dia baru dia teringat dia telah menyaksikan bapa kandung dia telah dibunuh sewaktu dia kecil. Tapi dia tak nampak muka pembunuh tu. Dia cuma nampak logo di pedang pembunuh itu. Dan misi dia seterusnya ialah untuk mencari pedang itu. Macam Hong Gil Dong juga daa pedang menjadi idaman.
Sedih jugak. Bapa angkat Iljame dapat tahu yang Iljimae dah recover memory dia
Dengan berbekalkan semangat dendam yang membara selepas ingatan pulih, Yong-ee mempelajari ilmu mempertahankan diri seperti silat dan boksing, dan juga ilmu ghaib iaitu ilmu menyelinapkan diri sewaktu mencuri supaya orang tidak sedar akan kewujudan dia. Tau-tau barang hilang. Ilmu ghaib ini penting bagi dia sebab dia mahu mencari pedang itu.
Ni cip segala sedih. Bapa angkat Iljimae mati. Saya suspek suara dia jadi serak sebab melakonkan watak ni kot sebab dia meraung dengan begitu baik sekali. Ni dalam Episode 17. Ni antara adegan saya terkilan sebab Iljimae tak sempat jumpa bapa angkat dia buat kali terakhir. Yang saya moskel, dari malam dia lari nak balik rumah, pagi baru sampai rumah. Sampai rumah bapak dah mati. Hal lain boleh pulak ko lari laju. Hehe
Pendek kata, citer ni memang menyedihkan. Episode 2 dah tangkap leleh
Siapa Iljimae? Majistret? Loyer?
Iljimae ialah nama gelaran ya. Gelaran kepada hero kampung yang membantu orang-orang kampung yang dianiya dan susah kehidupan nya. Tapi pihak kerajaan (Raja) memanggil dia pencuri dan mahu menangkap nya. Gelaran Iljimae diberikan mungkin ada kaitan dengan kostum hitam dan topeng yang dipakai sewaktu malam sebab Iljimae selalu muncul pada waktu malam supaya orang tak cam dia dan dia pon menjadi misteri.
Walaupon ropa mu tidak ku kenal, sekilas mata mu dapat ku cam walau kau pake topeng apa sekali pon. Ahaks.
Iljimae ada nama sendiri. Nama dalam surat beranak dia Lee Geom. Disebabkan Lee Geom telah hilang ingatan masa kecil dan dibela oleh keluarga angkat, maka bapa angkat nya menamakan dia sebagai Yong-ee. Kalau drama ni dibuat versi Melayu mesti nama dia jadi Buyong. Hehehe.
Bapa kandung Iljimae pesan supaya jangan menyalah gunakan pedang untuk kejahatan
Bagi peminat Lee Junki jangan ketinggalan menyaksikan drama ni. Sesuatu yang lain daripada LJK. Walaupun dia pernah berambut panjang di dalam King and Clown tapi kali ni dia lagi kendo. Tapi tetapp elemen keayuan tak boleh lari gituh walau watak aksi berpedang, berboksing, panjat bumbung sekali pon. Lepas ni dia akan pergi military service. Nanti kita lihat wajah dia dengan rambut ala askar. Ayu ke tak ayu hehehe
Para pelakon :
Han Hyo Joo as Eun Chae
Dia ni saya rasa tak de kimia langsung dengan Iljimae. Ending Iljimae tidak dengan sapa-sapa. Dia lone ranger. Bila tanya LJK jika diberi pilihan dia pilih sapa. Dia pilih Bong Soon. Siapakah Bong Soon?
Lee Young Ah as Bong Soon
Ni dia Bong Soon. Dia ni juga bernasib malang. Family dia terkorban dibunuh oleh kuncu-kuncu Raja sewaktu kecil dan dia dibela oleh bapa angkat. Iljimae dan Bong Soon pernah berjumpa sewaktu kecil dalam Episode 02. Masa Iljimae ajak dia terjun tebing
Bapa angkat Iljimae yang comey
OST
The Return of Iljimae
Sebenarnya citer ni ada 2 production company nak buat. SBS dan MBC. Iljimae SBS yang ni, Iljimae MBC akan guna title 'Return of Iljimae' dan Iljimae MBC ialah,
Aisemen mengancam jugak Iljimae ni. Ahakss. Saya pon tak familiar dengan dia ni Jung Il Woo. The Return of Iljimae 2009
No comments:
Post a Comment