Friday, October 31, 2008

KIDS - CD2 (End)


Kita sambung kembali CD2 citer ni. Kisah seorang lelaki ajaib yang berkebolehan menerima dan memindahkan luka dan cederaan, bersama kawan nya seorang gangster dan seorang waitress.

Lepas kembali dari ber-go kart di CD1 mereka bersenyum-senyuman dan mengucapkan selamat malam di antara satu sama lain



Kemudian lelaki itu mengetahui hal sebenar mengapa wanita itu doploh pat jam memakai tutup mulut. Wanita itu mempunyai kesan parut di bibirnya kesan dari dibuli oleh rakan sekolah sewaktu dia kecil. Jadi wanita itu terpaksa memakai tutup mulut itu kerna kemaluan mempunyai parut hodoh



Dan lelaki yang mempunyai super power ini telah memindahkan parut wanita tu kepada nya. Bila parut telah hilang, wanita itu turut menghilangkan diri ke bandaraya untuk menjalani kehidupan yang lagi vogue sebab parut dah hilang



Lelaki ini (Asato) melawat ibunya di penjara. Sewaktu di sini ibu nya dengan kesal telah berkata nyesal melahirkan Asato sebab, kerana Asato lah ibu nya masuk penjara. Ibunya melahirkan kekesalan melahirkan anak 'monster' yang mempunyai super power aneh



Lelaki ini pula (Takeo) mencari kawannya Asato. Kabar nya Asato telah berada di tempat kemalangan kereta. Takeo sudah cuak. Dia mahu meyelamatkan Asato


Seperti pelari olimpik 100 m persis Usian Bolt, Takeo memecut dengan pantas meninggalkan peserta dibelakang untuk mencari Asato


Takeo menjumpai Asato. "Berapa banyak kecederaan orang ko dah amek?" Takeo memarahi Asato.

"Kau kenapa degil? Aku kan dah bilang jangan, jangan" (skrip tambahan) *jangan din jangann*

Sebab tu Takeo lari pecut 100m ya sebab dia risau Asato akan menggunakan super power dia untuk membantu orang hingga diri nya cedera teruk.


Sekali Asato meminta Takeo untuk ambil kecederaan kaki nya. Asato perlukan masa tambahan / masa kecederaan sebab dia nak menyelamatkan orang lain yang eksiden walaupun diri dia sendiri telah teruk eksiden


"Erkkk kauuuu..." blom sempat Takeo berkata-kata nehiii kaki nya telah cedera. Plinggg servis bertukar kaki


Asato mahu mati


Takeo menghalang Asato dari mati sebab kaki nya belom sembuh


Sebenarnya Asato frust dengan kata-kata ibunya sewaktu dia melawat ibunya di penjara



Sebagai seorang kawan sejati Takeo menenangkan perasaan Asato yang mahu mati bahawa dia maseh punya kawan. Di sini kita dapat lihat peranan seorang kawan yang berhati mulia. Bak kata pepatah, kawan ketawa ramai, kawan menangis belum tentu ada 


Susah dan senang bersama. Takeo mahu separuh dari luka Asato supaya kesakitan Asato dapat dikurangkan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing katanya


Cepat la woii



Dan budi baik dibalas baik. Orang ramai membantu 2 sahabat yang berkongsi kecederaan ini yang telah pingsan di jalan raya


Mereka dibawa ke hospital


Cakkkk...


3 sahabat akhirnya bersatu


Takeo pose kendo buat waiem :P


Sekian saja ribiu merapu-rapu.


Citer ni average saja. Bagi peminat tegar Tamaki Hiroshi boleh la menonton citer ni sebab watak dia lain dari lain.

MV Odoroyo (7th Single) dishoot sewaktu shooting pilem ni. Dalam pilem ni ada sket lagu ni tapi versi omputeh

P/S : Haritu tertengok drama Maruko-chan kat 8TV Ahad 3 petang. Sekali terkejut tengok bapa Maruko-chan masa muda. Sekali Tamaki Hiroshi daa huhu

No comments: