Showing posts with label Uhm Jung Hwa. Show all posts
Showing posts with label Uhm Jung Hwa. Show all posts

Monday, December 03, 2007

KDrama : Get Karl! Oh Soo Jung (2007)



Synopsis
 
Go Man Soo is a world known golf player who was dumped by a former beauty queen, Oh Soo Jung, seven years ago. Their fate becomes reversed when Oh Soo Jung who is now known as an old maid comes chasing after Man Soo who is now a 'golden bachelor' with good looks and money.


Total episode : 16

Credit : DramaWiki

Citer ni merupakan Cinta Kolestrol versi lelaki Korea atau 200 Pound Beauty versi drama.

Citer genre komedi. Best jugak.

Citer mengisahkan seorang lelaki gemuk sangat bernama Go Man Soo yang pada 8 tahun yang lampau ditinggalkan bakal isterinya, Miss Oh di hari perkahwinan mereka. Man Soo ditinggalkan bukan kerana fizikal nya yang sangat gemuk tetapi dia ditinggalkan oleh Miss Oh kerana dia telah gagal peperiksaan undang-undang. Perkara gagal peperikasaan itu diberitahu kepada bakal isterinya 30 minit sebelum mereka diakadkan. Memikirkan bakal suami nya bakal tiada pekerjaan tetap selepas berkahwin, Miss Oh itu pun mengambil keputusan meninggalkan dewan perkahwinan dan lari mengikut lelaki kaya lain.

Moral of the stori ialah, rupa paras yang gemuk + mungkin huduh sket (pada setengah orang) tidak dipandang buruk oleh setengah perempuan sekiranya lelaki gemuk itu mempunyai pekerjaan yang tetap dan rajin mencari duit. Kalu kaya lagi la bagus kan hehehe. So kepada lelaki-lelaki yang berbadan sihat dan gemuk diluar sana, jangan berasa rendah diri jika fizikal anda gemuk. Kalu anda gemuk, pastikan anda punya kerja tetap dan banyak saving. Tapi kalu dah gemuk pas tu pemalas, memang mengundang kemarahan orang. * unta padang pasir pon tak de malas macam ko punya laki daa *



dimekap gemuk lebih 40kg dr berat biasa



8 tahun berlalu.

Selepas ditinggalkan oleh Miss Oh, Man Soo berhijrah ke US dan menjadi pemain golf terkemuka dunia dan nama pon suda tukar kepada Karl Go. Dia ala-ala konon sama ranking la dengan Tiger Wood. Kemdian dia balik ke Korea sebab ada perlawanan golf yang berlangsung di Korea. Dengan imej baru yang sangat kendo, Karl Go kembali ke Korea dengan pelbagai perasaan. Semasa dok kat US Man Soo berjaya menguruskan badan nya dan menjadi lelaki tampan pojaan wanita-wanita seluruh alam dan juga harta Man Soo banyak hasil titik peluh dia bermain golf.

Selain hajat untuk bermain golf di Korea, Karl Go mahu membalas dendam pada Miss Oh di atas perbuatan yang telah memalukan diri nya 8 tahun lampau. Namun dilubuk hati nya yang paling dalam, Karl Go tetap menyimpan perasaan chentar abadi terhadap Miss Oh yang merupakan chentar pertama nya. Walaupun chentar pertama, dendam musti mau dibalas jugak sebab selama 8 tahun dia berhidup dalam dendam. Alang-alang dah balik Korea, baik dia menyeluk pekasam. Menyeluk pekasam disini ialah balas dendam. Ya balas dendam.

Ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas, bisik Man Soo.

Maka Karl Go pon megatur stategi dendam nya terhadap Miss Oh. Karl Go mengupah seorang penipu iaitu Mr. A, yang profession nya memang menipu dan memperdayakan orang. Karl Go mengupah Mr. A menjadi orang kaya dan kemudian menambat hati Miss Oh sehingga ke gerbang perkahwinan kemudian Mr. A harus meninggalkan pengantinnya sebelum mereka di satukan di depan tok kadi. Karl Go mengupah orang Mr. A jadi kaya sebab dia tahu Miss Oh taste pada orang kaya saja. Dan Karl Go juga turut berlakon menjadi orang yang suka berjudi dan banyak berhutang supaya bekas kekasihnya, Miss Oh tidak terpikat pada nya disebabkan Man Soo sudah menjadi ensem dan pemain golf terkemuka dunia.




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
minah ni 3 kali kawin dalam citer ni...2 kali runaway bride tak jadi kawin...anyway saya suka yg pertama



Bagaimanakah kesudahan citer nya?

Adakah kehidupan Miss Oh tenang dan tenteram selepas meninggalkan Man Soo dan lari mengikut lelaki kaya itu?

Antara hati dan napsu, yang mana satu Miss Oh turuti semasa membuat keputusan? Kadang hati kita cakap lain, napsu kita cakap lain. Saya salu ikut kata instinct saya sebab instinct ni salah satu petunjuk Tuhan bagi kat kita.

Adakah dendam Man Soo terbalas?

Semua nya akan terjawab bila anda selesai menyaksikan drama lucu lagi berbaloi ini




Oh Ji Ho as Go Man Soo / Karl

Ya berbaloi nonton sebab hero ini haha Go Man Soo selepas kurus dan kendo




Uhm Jung Hwa as Oh Soo JungSebagai Miss Oh. Pekerjaan Pengurus kedai berlian. Saya suka lakonan dia dalam citer ni. Watak dia ala-ala bengong-bengong sket. Melucukan. Walaupun tergolong dalam aktress senior berusia 30an, watak dalam citer ni telah membuatkan dia tampak muda dari usia sebenar.

Sebagai ketua rumah yang mempunyai tanggungjawab besar. Hutang piutang, bil perbelanjaan rumah semua dia yang tanggung. Mempunyai seorang bapa yang tidak bekerja, ada seorang adik lelaki yang masih sekolah, mempunyai emak mengidap dimentia. Sebab tu dia nak cari jodoh orang kaya sebab dapat meringan kan beban dia.

Walaupun keje sebagai Pengurus kedai berlian, tetapi beliau pergi keje menggunakan pengangkutan awam untuk jimat wang. Di mana adegan ini sangat realistik dengan kehidupan keluarga dia. Dan bas awam kat Korea specifically di Seoul selang 5 min ada bas so kita tidak kena tunggu lama. Ramai ke ramai orang bas tetap jalan ikut jadual. Yang ni saya ber-experience sendiri sewaktu di Jung-gu dekat area Embassy Mesia di Seoul. Masa tu tengah tunggu opismate pi public phone. Saya tunggu kat stesen bas sebab tak larat mau jalan. B4 dat dah penat jalan kaki turun naik bukit carik kedai jual peta. Semput jalan kaki yew. Sambil tunggu tu ter-observe la perjalanan bas awam kat sana. Dan itu la kesimpulan nya. Dalam citer Korea kan banyak adegan naik bas awam kan sebab bas awam mudah, murah dan cepat di sana.

Kalau drama Melayu watak Pengurus kedai Habib Juwel ke, Wah Can ke, musti pakai BMW kan tak pon Merc kan. Watak cekgu tadika pon dapat dok umah teres 2 tingkat fully furnished ngn perabot Ikea ahakss

Dan adegan yang paling tak tahan tengok bab dia nak kurus. One of the scene,


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Episode 13


Little brother : What’s wrong Noona? What’s wrong?

 
Sister : I cried for over 10 hours, but I still weigh the same. I am this exausted so there should be at least one good thing.


Kalu dengan menangis lama bole turun berat, dah lama mek buat hahahaha

Dalam adegan ni Miss Oh dapat tahu yang Karl Go telah menipu dia. Miss Oh pon berasa sedih teramat sangat dan beliau pon menangis dan menangis selama 10 jam tanpa henti. Dalam pada sedih itu, Miss Oh sempat memikirkan tentang berat badannya. 



Kang Sung Jin as Jung Woo Tak

Mr. A yang diupah oleh Go Man Soo untuk memperdayakan Miss Oh.


Park Da An as Yook Dae Soon

Sebagai pekerja kedai berlian bersama Miss Oh. Dia ni sebagai pesaing Miss Oh berebutkan Karl Go Man Soo. Untuk mendapatkan Karl Go dia telah menggunakan tektik kotor sedikit. Bahye orang macam ni. Muka baik pijak semut tak mati. Belakang kita tajam menikam.


Siakap senohong gelama ikan pirana
Bercakap bohong tewas juga akhirnya



Pengurus peribadi Karl Go, yang best jugak.


2 sahabat baik Miss Oh. Persahabatan yang begitu sempoi dan baik dan patut dijadikan contoh teladan.


Adegan Infotainmen

Episode 10

 
Miss Oh really needs to go to the hospital bcos of food poisoning

Father : Taxi! Taxi! Taxi! Hurry, get in
Miss Oh : Wait! I won’t take this expensive of cab
Mother : You brat! Is this important right now?
Miss Oh : Ahjusshi, you can go.



Dalam episode ni Miss Oh tamau naik teksi kaler itam itu sebab mahal. Fyi, teksi hitam itu merupakan teksi VIP di Korea dan tambang nya berganda mahal. Mungkin servis dia first class. Ada pramugari serve makanan dalam tu atau time jem taksi tu boleh terbang gaknya kot hehehe.

Yang ni saya ada tanya orang Korea masa kat Itaewon, Seoul sebab saya nampak ada 2 jenis teksi berlainan warna. Teksi biasa pon harga tambang dah meletop-letop, inikan pulak teksi VIP. Nanti kalo u all ada pi sana try la naik yek teksi VIP ni.

Adegan tak larat tengok haha



Kot ye pon nak censor, censor la semua kan. Tak larat dorang ni suka men-censor-censor produk bukan buatan Korea dalam citer especially brand enpon, brand keta import kan. Brand baju import kadang kena sensor gak. Rasa nya rules kat sana memang macam tu. Ni dalam Episode 1

OST. Juga best.


So boleh la layan citer ni untuk menambahkan koleksi kdrama
anda.

Friday, March 02, 2007

Filem : Seducing Mr. Perfect (2006)



Synopsis


Competent in work but clueless in love, Min Joon (Uhm Jung Hwa) throws herself wholeheartedly into every relationship, but always comes up empty-handed. After getting dumped yet again, this time on her birthday, she enlists the advice of her newly arrived boss Robin (Daniel Henney), a slick and handsome womanizer. He teaches her how she should really treat men to keep them interested - don't call, hang up first, let him pay, play hard to get. Robin presents her with the ultimate challenge: try to seduce him.

Cast : Daniel Henney , Uhm Jung Hwa
Director : Kim Sang Woo

Credit : Hancinema
marah dia bang...

Sapa minat Danniel Henny saksikan la citer ni. Alkisah taun lepas dia ada datang Putrajaya seh. Melepasss...muahahahaha

Heroin dia heroin kdrama Tropical Nights in December / December Fever.

Sekian ulasan...hehe

Thursday, December 28, 2006

KDrama : Tropical Nights in December (2004)



Synopsis
 
It's a drama about a woman who is ignored by her husband and his family. She falls in love with a handsome young man who truly loves her back. Her husband, a seemingly perfect man, can not forget his first love and he always regret marrying an uneducated wife of his. However, he thinks twice and gets jealous when he finds out his wife is cheating on him.

Starring : Uhm Jung Hwa , Kim Nam Jin , Choi Jung Won , Shin Sung Woo

Total episode : 17


Credit : DramaWiki , MBC


Citer ni nampaknya tidak mendapat rating yang bagus dikalangan peminat kdrama. Mungkin pelakon² nya tidak berapa ngetop.

Tatapi suprisingly jalan citer dia best u ols. Saya amat sukak akan jalan ceritanya. Begitu juga dengan komen kawan saya. Dia kata citer ni best dan sedih giler.

Jalan citer dia menepati pepatah, "Satu hari bersama dengan orang kita sayang dan sayang kita, walau mcm mana penat dan susah pun, lebih bermakna dari seumur hidup bersama dengan orang yg tak sayang dan tak suka kita"



Citer ni banyak bermain dengan emosi ya. Siap sedia kan tisu secukupnya hehe

Citer mengisahkan seorang surirumah yang sangat kasihan (spt substitle selalu tulis haha) yang diabaikan oleh suami dia sendiri seorang dokter dan di layan dengan begitu terok seperti hamba abdi oleh keluarga mentua nya. Walaubagaimana pun dia tetap bersabar sebab dia seorang isteri dan menantu yang baik. Dia sedar diri nya seorang perempuan kampung yang lurus bendul tapi berjaya juga dapat suami dokter.

Ini yang sangat mendatangkan kemarahan mak mentua dia. Mak mentua dia tidak dapat menerima menantu sedemikian. Dihina nya menantu itu lagi dan lagi. Nasib baik bapak mentua nya best. Veri de sporting. Suaminya pula lepas kahwin masih berhubungan dengan gelpren lama dia hingga membuat dia kecik hati. Bila gelpren suaminya sakit, suami nya sanggup pakai apron masuk dapur dan masakkan untuk gelprennya. Pahadal kat umah sendiri haram apron pon tak kenal. This happened btol² depan bijik mata dia.

Kemudian pada satu hari nak dijadikan citer isteri tersebut berjumpa dengan sorang mamat ni yg muda belia yang baru keputusan cinta di kampung isteri tersebut. Sekampung rupanya mereka. Lepas berkenalan, boleh ngam sekepala terus la berkawan baik sehingga kemuncaknya isteri tersebut jatuh chentar dengan mamat belia itu. Kemdian dengan tidak disangka oleh isteri itu mamat belia itu juga mencintai dia.

Bila suami nya dapat tahu akan kecurangan isterinya, suami nya jeles. Tau pun jeles. Ko curang tak pe. Tapi isteri itu masih sedar diri yang diri nya isteri orang dan ibu kepada 2 orang anak. Maka isteri itu pon menarik diri dan tidak mahu berhubungan dengan mamat belia itu lagi.

Seterusnya…jeng jeng mamat belia itu telah dikonpemkan oleh dokter mengidap sejenis barah yg cuma ada beberapa bulan untuk berhidup. Tak dapat diselamatkan lagi. Mamat belia itu jumpa dengan suami si isteri tersebut dan mohon jangan kasi tau kat isteri dia tentang penyakit dia dan mamat belia itu berjanji tidak akan berhubungan dengan isteri itu lagi.

Dipendekkan citer, isteri itu terdengar tentang berita itu dan minta izin unutk jaga mamat belia tu sampai dia mati. Famili mentua menghalang tapi si isteri itu dengan nekad keluar rumah juga. Umah yang dah umpama neraka. Kalau terpaksa bercerai pun dia sanggup. Bunyi nya macam isteri itu tidak berhati perut. Tapi tu la kenyataan dia. Kenyataan dalam citer ni la hehe

Bila tengok keadaan boipren nya sangat tenat, si isteri tersebut merayu kepada suami nya tolong ikhtiar bagi sembuhkan boipren dia sebab suami dia kan dokter. Suami itu pula terpaksa rela menerima kenyataan yg dalam hati isteri nya sudah ada orang lain dan dia sanggup tunggu isteri nya kembali pada dia sebab dia sudah sayang sama isteri lah. Selama 10 tahun berumah tangga dia langsung tak sayang isterinya.

Adakah isteri tersebut kembali ke pangkuan suami nya lepas boipren dia mati?

Barah apakah yang dihidap oleh mamat belia tersebut?

Sebab apa kah isteri itu beralih arah suka sama itu mamat belia ? Mamat belia tu miskin, keje tetap pon tak de. Suami nya doktor, umah besar, kereta besar, kaya, esmem lagik hehe.

Temui jawapan nya dalam kdrama ini.

Jarang sekali dalam drama Korea dapat notis umah yang sama digunakan berulang kali (tak mcm drama rasid sibir boleh kenal sampai pedang samurai skali hahaha). Tapi dalam citer ni saya pasan umah dia mcm umah Beautiful Days

Empat watak utama yang saling berkait antara satu sama lain.


Uhm Jung Hwa sebagai Oh Young Shim

Pertama kali tengok lakonan dia. Sebagai isteri surirumah yang tidak educated yang ditindas dengan famili mentua. Anak adik ipar dia pon dia kena jaga seolah-olah org gajian dan adik ipar dia anggap dia sebagai orang gaji bukan nya kakak ipar. Memasak dia, kemas umah dia, basuh baju dia, basuh bilik kecik pon dia. Pendek kata selagi belom tutup mata, keje, keje, keje. Dia tau suami dia ada perempuan lain. Perempuan kesukaan keluarga nya lagi. Tapi dia nak buat macam mana. Pada awalnya dia bersyukur dapat kawin dokter dan tinggal di umah yang besar. Later berjumpa dengan mamat belia dan terpikat dan seterusnya…

Kim Nam Jin sebagai Park Jung Woo aka mamat belia ahaks

Ini cerita dibeli sebab mau tengok dia ni sebab dia boleh tahan taste hehehe. Watak seorang pelajar. Famili orang miskin. Banyak buat keje part time untuk sara hidup dan kumpol duit nak sambung study. Memula dia hanya nak balas dendam dengan ex-gelpren dia dan berpoya-poya dengan pompuan lain. Sekali dia betul terpikat dengan pompuan tu. Tapi baru nak kecapi kebahgiaan, dia disahkan mengidap sejenis barah. Sedih u ols. Dah lah orang susah, dapat sakit kronik plak tu. Hai sungguh la malang nasib mu si ikan kaloi
Shin Sung Woo sebagai Dr. Min Jing Hwan

Seorang doktor. Watak dia ni pon best. Biasala manusia dah ada depan mata tak dihargai. Bila dah tak de baru menyesal.

Choi Jung Won sebagai Song Ji Hye

Skali tengok mcm heroin Jewel Palace. Watak pompuan ni paling jahanam dalam citer ni. Mamat belia tu boipren dia masa kat kolej. Kekasih awal dan akhir la katanya. Tapi disebabkan mamat tu miskin tak de keje gedebas dia mintak putus dan kawin dengan adik doktor di atas yang doktor jugak. Famili depa seme doktor. Bapak doktor tu pon doktor dan ada spital sendiri. Dalam pada dia dah kawin dia masih cinta dengan ex-boipren dia dan tak sanggup lihat ex-boipren dia kawan dengan pompuan lain. Jeles dan marah dia meluap². Boleh gitu ek? Lelebih lagi dia dapat tahu ex-boipren dia chentar sama biras dia, dia cuba sedaya upaya menggagalkan hubungan depa secara gunting dalam lipatan. Cuma tak puas ati sampai abis citer laki dia tak tahu yg mamat belia tu ex-boipren kesayangan bini dia.

Citer ni pun ada lagu tersendiri. Kalau citer Full House popular dengan lagu 3 beruang nya, citer ni dengan lagu nombor nya.

'Satu ialah satu, bukan dua'
'Dua ialah dua, bukan tiga'
'Tiga ialah tiga, bukan empat'
'Empat ialah empat, bukan lima'

 
Dan nombor² seterusnya. Lagu ni dinyanyikan bila heroin tengah nervous atau tengah runsing fikiran. Sangat comel bukan. Haha.

Sapa yang feeling-feeling nak tangkap leleh boleh la layan citer
ni :)