Monday, June 13, 2016

Laki Aku Negro Kau Peduli Apa (Puteh Press)




Selesai sudah membaca buku ni. Buku yang sedap dibaca. Buku yang bila kita mula baca, lepas tu tak nak berhenti baca. Tak sabar sampai penghujung. Banyak perngajaran yang dapat dikutip di dalam buku ini. 

Tiada siapa rekemen baca. Terlalu di sebuah kawasan di mana ada penjualan buku-buku PTS dengan harga diskaun. Belek lah satu persatu buku. Sampai ke buku ni, mula-mula baca pra-kata dia. Terbaca sikit terus berminat nak beli dan baca. 

"Perkataan Negro adalah perkataan yang kasar dan kurang sopan. Aku memilih tajuk buku ini kerana ini adalah bahasa rakyat Malaysia apabila bercakap dengan aku atau pun merujuk kepada orang kulit hitam. Aku ingin pembaca tahu, perkataan itu tidak sesuai digunakan dan tidak patut digunakan kepada orang berkulit hitam"

Pengajaran pertama.

Jangan terlalu membenci orang. Penulis pada awalnya membenci dan menghina lelaki berkulit hitam tanpa sebab. Akhirnya Tuhan memberinya jodoh dengan orang berkulit hitam. Dari perkahwinan itu beliau dapat mempelajari budaya, cara hidup orang berkulit hitam dan seterusnya dapat melihat sendiri kampong halaman belah mertuanya bagaimana. Daif kah rumahnya? Atau macam rumah kita di Malaysia?

Walaupun mendapat tentangan hebat dari keluarga, perkahwinan beliau diteruskan juga dengan kehendak Allah. 

"Dah takde lelaki Melayu lagi ke atas muka bumi ni?"

"Kau dah kenapa nak kawin dengan Negro?"

Antara skrip-skrip yang dilontarkan oleh sedara mara

Pengajaran kedua.

Jangan suka hina orang. Mentang-mentang lah dia hitam dia dihina. Yang berkulit putih ni baik sangat kah? Ketahui lah kita, yang suka membeza-bezakan kulit putih mulia, kulit hitam hina ni hanya mata kita sahaja. Pandangan mata kita yang telah dipengaruhi oleh bisikan syaiton nirrajim. 

Di sisi Allah kita sama sahaja. Yang membezakan ialah iman dan taqwa. 

Dalam kes ni suami penulis seorang penghafaz Al-Quran. 

Aaa kita yang berkulit Qu Puteh ni dah hafaz Al-Quran ke belom? Dalam sehari banyak baca Quran atau Fesbuk? Tepok dada tanya iman.

Pengajaran ketiga

Dapat mengetahui bagaimana cara didikan ibubapa Negro ni terhadap anak-anak mereka. Anak-anak lelaki didik supaya membuat kerja rumah. Bila sudah berkahwin mereka rajin tolong isteri buat kerja rumah. Harap ibubapa anak lelaki Melayu boleh tiru budaya ini. Bertuah la isteri-isteri yang dapat suami menolong membuat kerja rumah. 

Apa guna berebut nak suami kacak tapi malas nak bantu tolong buat kerja di rumah. Yang sakit hati, merana nanti siapa? 

Engkau jugak Kiah. Bukan kacak yang akan tolong kerja rumah. Mohon sedar. 

Oleh itu berdoa lah bagi yang bujang supaya dapat calon suami tak berapa kacak tapi rajin bantu buat kerja rumah. 

Kalau dapat yang kacak dan rajin bersyukur lah. Maka nikmat Allah yang mana yang kau dustakan?

Pengajaran seterusnya. Kena baca buku ni.

 
Rekemen sangat baca buku ni.

Dalam buku ini ada juga pesanan dan langkah-langkah kalau berkahwin dengan warga asing. Banyak negatif dari positif nya akak tengok. 

Ibubapa juga kena baca kot-kot nanti anak dara kita bercinta dengan Negro. Nak melenting atau nak redho?

Renung-renungkan :)

Sebahagian daripada royalti buku ini akan dimasukkan ke tabung sekolah yang akan dibina di negara Encik Suami. Jadi pakat-pakat la kita beli buku in.

No comments: