Monday, January 31, 2011

Disleksia



Semalam saya sempat menonton sebuah telemovie berjudul "Disleksia" di Estero Prima jam 10 malam selepas selesai makan malam. Terrrsangat bagus sekali telemovie ini. Tertengok dan alhamdulliah saya telah memperoleh suatu ilmu berharga melalui telemovie ini. Dah lama rasanya tak tengok telemovie yang informatf yang sebagus sebegini. Tidak dinafikan ada jugak telemovie yang bagus seperti telemovie yang berkonsepkan ketuhanan. Tapi telemovie yang jalan citer sebegini kaddang-kaddang kita jumpa.

Telemovie yang bercirikan keagamaan dan ketuhanan dah biasa kita nengok.

Citer mengenai pembalasan buat jahat dibalas jahat. Terbaru saya menonton citer "Wangi Setanggi" arahan Rashid Sibir pada malam Sabtu. Clash dengan cerekarama ada Ebby Yus di TV3. Owh Ebby Yus mai peberet. Hehe

Kisah suami seorang kaki judi dok kikis duit isteri nya dengan alasan nak main saham. Tengah malam si suami kalah judi, kejutkan isterinya mintak duit sebab saham tengah melambung sekarang ni. Kena labur duit sekarang jugak.

Si isteri tanya, "Aik bang, dah tengah malam ni, pasaran saham mana bukak?"

 
Suami jawab "Ko ni tak belajar geografi ke? Ini saham luar negara. Kita malam dorang siang. Cepat bagi duit"

 
Macam-macam alasan si suami nak kelentong isteri. Lakonan Jalil Hamid dan Wan Maimumah.

Citer orang riak, sombong dan takbur dengan kekayan duniawi di dalam cerekerama minggu lepas "Iqra" lakonan Eman Manan dan Jasmin Hamid.

Lepas tu ada sebuah telemovie yang saya suka dengan jalan citer dia juga. Judul telemovie “Cucu Mat Saleh” di Estero Prima juga. Ianya mengisahkan balasan orang yang tidak menjaga amanah dan memakan harta anak yatim. Mengisahkan sorang cucu yatim piatu kehilangan mak bapak sewaktu beliau masih kecil. Atuk dan bapak dia ni ialah seorang mat saleh yang kaya raya banyak harta kapal di laut gedung di darat sebab merupakan tokei ladang (lupa ladang getah atau kelapa sawit) yang berkoyan-koyan. Cucu itu diamanahkan kepada pekerja pasangan laki bini untuk menjaga nya sehingga dia berumur 21 tahun.

Di pendekkan citer, cucu itu di dera fizikal dan mental oleh laki bini yang kemaruk harta dan terlupa akan janji mereka kepada arwah mak bapak cucu itu. Lakonan Wan Maimunah dan Roslan ... (lupa nama). Mereka menetap di rumah milik bapak cucu itu dan feeling-feeling menjadik tuan besar dan mem besar dan mintak gaji yang tinggi sebab nak menyara cucu itu katanya. Tapi haram satu sen wang gaji mereka tidak belanjakan kepada cucu malang itu. Cucu itu ibarat kuli batak mereka. Dikerah membuat segalanya di dalam rumah.

Di pendekkan lagi citer, roh mak bapak cucu itu datang menghantui laki bini dan anak perempuan mereka yang berlagak kaya dengan harta kekayaan orang lain. Dalam kes ini harta anak yatim.

Skrip roh mak bapak cucu itu, "Kau mungkir janji. Kau mungkir janji..."

 
Mem besar palsu itu lantas ketakutan dan terus sawan, sasau dan pingsan dan terus lumpuh selepas itu. Anak perempuan mereka pula yang cantik comey lakonan Jue Aziz pula menjadik sewel. Untuk menggambarkan balasan orang yang makan harta anak yatim.

Nak kena hantu datang baru nak insap kan dorang ni.

Ya sedara dan sedari sekalian. Berhati-hati lah sewaktu berurusan dengan harta anak-anak yatim ni ya. Kadang-kadang secara tidak sengaja kita terguna harta-harta mereka. Ingat lah balasan Allah pasti menanti anda jika makan harta anak yatim. Yang tak sengaja tu mungkin boleh dimaafkan. Yang kesian nya mereka yang terang-terangan memakan harta anak yatim tanpa segan silu dan tidak takut sama Allah.

Dosa besar memakan harta anak yatim,

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)". (An Nisaa: 10)

Berbalik kepada telemovie "Disleksia" ini. Jalan citer nya ternyata berbeza dengan jalan citer yang saya citerkan di atas yang kebanyakan moral of the stori nya memberi kita kesedaran, insaf dan ingat mati sekejap.

Tahukah anda apakah itu Disleksia?

Menurut Encik Wiki, Disleksia atau ejaan omputehnya Dyslexia ialah :

Dyslexia is a broad term defining a learning disability that impairs a person's fluency or accuracy in being able to read, write, and spell, and which can manifest itself as a difficulty with phonological awareness, phonological decoding, orthographic coding, auditory short-term memory, and/or rapid naming.

Info lanjut boleh baca sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Dyslexia

Atau sini
http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia (dalam bahase BM)

Atau dalam bahse mudah senang paham seperti kata cekgu besar di sekolah semalam ialah disleksia ini bukan sejenis penyakit, tetapi ianya adalah gangguan yang menghalang pelajar menumpukan perhatian di dalam kelas. Bila dah tak fokus di dalam kelas, pelajar itu tidak minat belajar dan tidak reti membaca dan menulis sebab waktu cekgu mengajar mata dia melilau ke arah lain dan ini boleh mendatangkan kemarahan cekgu. Tapi itu tidak bermakna pelajar itu bodoh, lembab, cacat atau kurang upaya. Disleksia boleh disembuhkan jika ibu bapa berusaha bersungguh-sungguh melawan disleksia anak nya itu.

Sinopsis telemovie Disleksia

Watak-watak utama :

Babah = Azhar Sulaiman
Mama = Maria Farida
Atuk = Ridzuan Hasim
Ahmad Dani = Avicenna Alatas (harap ejaan nama nya btol). Dahsat gak budak ni berlakon
Kimi = Seekor ikan merangkap kawan baik Dani. Watak penting jugak ni sebab ikan ini peneman Dani di kala saat suka dan duka. Di saat kena marah dengan mama ngn cekgu, Dani mengadu nasib kat Kmi.

Selingan : Yang paling tak larat sewaktu menonton citer ini ialah, ambe meneka dengan tepat sekolah Ahmad Dani, tempat syuting telemovie ini iaitu Sekolah Rendah Air Molek Johor Bahru dengan trademark tangga depan bangunan sekolah yang kelihatan sungguh familiar bagi warga JB.Kekeke. Bukan bekas skolah ambe tapi kalu nak pi buat paspot kat Wisma Persekutuan pasti akan lalu sekolah rendah Air Molek ini.

 
Ahmad Dani merupakan anak kepada Babah dan Mama yang merupakan pelajar tahun 3 sekolah rendah. Beliau selalu di-underestimate-kan oleh Atuk sebab tak reti membaca. Atuk sayang pada adik Dani yang bernama Erwin sebab Erwin pandai sikit dari abang nya Dani dengan harapan menggunung Erwin akan mengambil alih law firm nya bila dah besar nanti.

Babah dan Mama moskel kenapa Dani dah derjah 3 tapi masih tak tahu membaca dan menulis malah Dani ni tak reti nak ikat tali kasut sekolah nya. Mandi pagi nak pergi sekolah pon lembab. Hari-hari kena bebel dengan Mama dia. Report kad pon asek dapat merah.

Satu hari Babah dan Mama dipanggil oleh cekgu besau sekolah dan terangkan masalah Dani di dalam kelas. Cekgu besar cakap Dani ni mengalami disleksia dan minta Babah dan Mama tukar Dani ke sekolah khas untuk pelajar yang mengalami disleksia. Hal ini sangat ditentang oleh Atuk yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cucu nya itu "istimewa" dari yang lain. Atuk yang tinggal serumah membangkang keras penghantaran Dani ke sekolah khas disleksia sebab pada dia Dani tidak ada apa-apa masalah sebab Babah dan Mama dari baka yang baik dan bijak pandai ada PHD lagi, takkan Dani ni cacat. Hal ini memalukan Atuk.

Tapi sebagai Babah yang bertanggangjawab terhadap anak sendiri, Babah hantar juga Dani ke sekolah khas disleksia. Dani bersekolah khas disleksia tidak lama.

Part ni perut buat hal dan berada di dalam tandas untuk seketika. Keluar tandas tanya cik asben apa cerita selanjutnya.

"Bang, cer citer...cer citer"

Kemdian ada orang rekeman Dani dihantar ke sekolah tahfiz. Sekali lagi Atuk membangkang keras. Eii brape banyak bangkang daa.

"Sekolah tahfiz??? Apa yang boleh belajar di sekolah tahfiz? Belajar agama saja?"

Lebih kurang begini skrip sinis Atuk yang dilemparkan terhadap sekolah tahfiz.

"Encik, jangan pandang kami sebelah mata haa. Sekolah tahfiz ini bukan saja ngajor ilmu akhirat, ilmu duniawi pon kami ngajor jugak termasuk lah english edukesyen tau"

Ok skrip rekaan sendiri. Tapi lebih kurang kata Ustaz di sekolah tahfiz yang dilakonkan semula oleh saya selepas di-eksplen oleh cik asben. Hehehe.

Maka menetap la Dani di asrama dan belajar ilmu-ilmu santapan rohani secara perlahan-lahan oleh Ustaz. Belajar ngaji, belajar solat, belajar matematik, belajar ABC, belajar menulis dan sebagainya.

Dicepatkan citer, Dani sukses di dalam pembelajarannya di sekolah tahfiz. Report kad dah kaler biru semua.

Kemdian Atuk sakit. Dani baca kan Yasin disebelah Atuk yang koma. Dengan izin Allah, Atuk sembuh. Lepas sembuh Atuk minta maaf pada Dani sebab menghina Dani bodoh sebelum ni.

Demikian lah jalan citer nya sedara sedari. Kalau ada ulangan di Estero Prima sila lah nonton.

Kepada Ahmad Dani (bukan ahli Dewa 19 sebenar) itu, standing ovation saya berikan terhadap lakonan yang mantap dan ekselen sekali. Anak sapa la ni.

Kepada Encik Pengarah, Encik Javed (tak ingat nama penuh), tima kasey banyak-banyak buat citer ini. Banyak ilmu saya dapat. Pengarah baru ke ni. Tak kenal pon.

Sedang saya gogel carik info mengenai Disleksia, berjumpa satu artikel kisah benar mengenai Disleksia yang penah keluar dalam KOSMO pada tahun 2008. Baca lah untuk info am u ols.
Disleksia : Bukan lembab atau malas


Antara orang-orang femes yang mengalami disleksia


http://www.dyslexia.com/famous.htm

Termasuk lah abang-abang hengsem Tom Cruise, Orlando Bloom, Keanu Reeves dan Leonardo Da Vincci.

1 comment:

Unknown said...

thank you for the comment
anak saya tu!

www.facebook.com/bersamaavi