Monday, February 22, 2016

Modern Farmers - Episod 1

Salam. 

Dah lama tak ribiu kdrama sebab masa amat mencemburui akak. Tapi hari ni akak sempat nak ribiu sikit sebab episod pertama drama ni sangat kelakor hahaha Dah lama tak gelak cam ni tengok citer komedi drama korea. 

Drama ni tahun lepas punya drama. Memang nak tengok sebab ada Lee Hongki. Akak suka tengok Hongki berlakon.  Bab lakonan akak follow. Bab FT Island dia tak follow langsung.



Kisah mengeni 4 orang budak band ni. 7 tahun lepas dorang tubuhkan band bernama Exso - Excellent Soul. Tah apa yang terjadi band ni gagal menyerlah. Album tak laku sebab dah kertu dan kebanjiran band baru yang bagai cendawan tumbuh yang anggotanya muda belia ada enam pek segala. Memang tewas la mereka. Maka masing-masing pon membawa haluan memasing.



Hero bernama Minki. Beliau tetap meneruskan impian dia menjadi penyanyi sebab darah seni berterusan mengalir dalam tubuhnya. Mana ada expo atau fun fair yang nak guna penyanyi dia akan menyelitkan diri. Atas tu dia tengah nyanyi lagi She's Gone nyanyian Steelheart. Minki nyanyi dah ujung2. Akak suka lagu ni. Nyanyi lagu best pon tak ramai penonton. Kecewa lah Minki. Sebab yang menonton semua kategori kilauan emas. Lagu She's Gone tu memang tak feel langsung buat mereka.



Lepas buat persembahan di atas Minki di bayar dengan lada hijau. Hahaha


Kemudian Minki ni ada pinjam duit Along. Biasa lah bila lambat bayar Along akan cari hingga ke lubang cacing. Dialog bab ni sungguh akak tergelak.

 "Aku tak tahu lah kau ni ketegori genius atau bebal. Orang lain kalau tak bayar hutang aku depa akan melarikan diri pindah alamat yang susah dicari atau lari keluar negara. Tapi kau boleh pulak pindah ke rumah sebelah je" kata Hyungnim Along tu

"Saya tak mampu nak bayar sewa rumah sebelah bang" kata Minki

Bab genius tu tak larat. Kekeke

Bla bla bla Hyungnim tu bagi tempoh 3 bulan untuk langsaikan hutang berjumlah 100,000.



Ni heroin Miss Korea Honey Lee. Eh lain betul tengok wajah dia dalam drama ni. Last  tengok dia berlakon drama Partners 2009.



Nak dijadikan citer nenek Minki ni mati dan dia ada meninggalkan sekeping tanah untuk Minki. 

Abang sedara dia cakap tanah ni subur amat sesuai untuk tanam kobis.


Congak punya congak Minki dah berangan nak jual tanah ni. Boleh dia bayar hutang Along. Dia tanya abang sedara tu serapa nilai tanah ni kalau nak jual. Abang sedara dia kata per square feet bernilai 'twenty cents' (ikut kata sarikata) haha. Dalam Won 2 keping duit syiling 100.

Abang sedara dia cakap, "Ko jangan harap nak kaya jual tanah ni. Kau tengok sekeliling. Seme hutan abu.. hutannnn. Sapa yang nak beli tanah ni. Kawasan ni kawasan jin bertendang"

Kecewa lah Minki sekali lagi.


Minki meneruskan pekerjaan nya sebagai pencuci pinggan di sebuah restoren. Satu hari ahjumma tokei kedai tu suruh Minki bersihkan kobis untuk dibuat kimci. Sebabkan rasa kecewa Minki masih berbaki, Minki basuh kobis ala kadar dengan membuang kobis yang belah atas.


Sekali kena ketuk kepala dengan ahjumma yang terkejut melihat Minki cuci kobis. 

"Woii ijashika..kau tahu tak sebijik kobis ni harga berapa? Yang kau sesukati buang kenapa?? Harga kobis sekarang melambung naik, kau tau tak? Aigoo aigoo" marah ahjumma tu


Tiba-tiba Minki mendapat idea untuk gogel mengenai harga kobis dan juga cara penanaman kobis. Tiba-tiba juga Minki rasa berminat untuk bercocok tanam kobis di tanah peninggalan mendiang nenek nya.






Ni pula kawan Minki. Dalam gambar paling atas dia yang rambut panjang pakai jeket merah. Kawan dia ni ada masalah sakit perut dan kemdian telah di sahkan mendapat cancer liver. 

"Do you want me to beat around the bush or to be honest and direct?" tanya doktor

"Honest please" kata kawan Minki ni

 "Awak kena cancer. Kalau saya nak duit saya akan suruh awak buat pembedahan sekarang. Kenapa awak tak buat pemeriksaan awal2?" tanya doktor lagi

"Saya ni kerja part time. Tak de duit nak buat medikel cek up doktor"

Kawan Minki ni terasa hidup nya gelap. Sebab nak buat pembedahan pon dia tak mampu.

Sampai ofis ketua dia suruh interkom staf lain untuk remind buat medikel cek up sebab syarikat ada peruntukkan untuk staf buat regular cek up.  

Bila ada staf yang malas nak buat cek up, kawan ni terus hangin satu badan marah. Part dia beriya marah tu tak tahan. Penuh perasaan. Kekeke



Lepas gogel pasal kobis Minki pun mencari kawan-kawan lama dia untuk ajak bersama menanam kobis.


Minki hasut kawan yang ni untuk berhenti kerja part time, dah la gaji ciput lepas tu treat him like trash. 

However, kawan ni menolak ajakan Minki sebab dia dah serik. Dulu Minki juga yang ajak ber-band, ujung-ujung band ke mana, masa depan ke mana, duit harem tak de.  Mak dia pon marah dia berkawan dengan Minki.


Gagal hasut kawan yang pertama, Minki mencari kawan band dia yang kedua. Mamat ni. Apa ke nama tah. Belom kenal sangat. Mamat ni juga menolak pelawaan Minki.


Minki pon hangin satu badan. Timbul semua urat leher

"Do you see any hope at all in your life, asshole? At least the cabbage has a future"

Kikiki kobis ada masa depan


Kawan Minki pon sound balik kat Minki

"Kau ingat bercocok tanam tu senang ke derr? Ingat semua orang boleh buat ke toq?"




"Sudah. Kalau kau tammo ikut aku sudah. Kau teruskan hidup dengan MSG kau" kata Minki

Kawan dia tu tengah makan mee segera. Kekeke


Dipendekkan citer 2 kawan dia tu pergi ke rumah Minki dan mahu ikut rencana Minki menanam kobis.

Total semua 20 episod. Harap boleh habiskan segera. Jalan citer macam ni yang seronok tengok. Berbakti kepada  tanah :)

No comments: