Selepas membaca blog Dr. Halina yang telah pergi ke Taman Burung Kuala Lumpur bersama keluarganya, saya juga teruja untuk ke sana untuk membawa anak-anak.
Tempat nya berdekatan so teringin la pergi. Sebenarnya banyak tempat riadah dan taman tema yang nak pergi bawa anak-anak, tapi ku tahan jebatttt. Tunggu mereka beso sikit. Sebab kalau bawak masa kecik mereka tak tau apa-apa. Nanti dah beso mesti depa mintak pegi sini lah, sana lah. Penat mak. Penat fizikal dan poket hehehe
So buat masa ni kita pegi yang dekat-dekat je la dahulu haaa.
Bayaran masuk sini untuk dewasa RM25, kena tunjuk Mykad samada asli atau pun palsu. Kalau tertinggal Mykad, boleh la jadi warga asing kejap dan bayo RM45. Untuk 2 kanak-kanak bawah ni masuk free buat masa ni.
Sebelum masuk posing dulu. Mohon bawak stroller kalau ada kanak-kanak beso nih. Sebab boleh tahan lelah jalan kat dalam nanti. Naik turun bukit. Nasib baik Maryam tak mintak dukung.
Pemandangan shantik. Ada air terjun untuk burung-burung melepak
Air terjun lagi
Tengok apa tu
Burung merak sedang berdua-duaan di atas pokok
Dia tengok burung, burung pon nak tengok geng dia kat baju tiset tuu
Berehat sebentar makan eskrim
Burung hantu yang kena kerja overtaim. Sedih je air muka dia kan...hehehe
Yusuf dan aksi-aksi nya
Walaubagaimana pun burung yang pakai tarbus tiada kedapatan di sini yach...:P
No comments:
Post a Comment