Wednesday, December 19, 2012

Jauh



Selepas melihat akan status fesbuk Ady Putra Fanpage yang berbunyik,

#Jauh - Drama yang yang diadaptasi dari novel Jauh hasil karya Aisya Sofea. Lakonan Adi Putra (Fikri), Fauziah Gous (Syafikah) dan Anzalna Nasir

Saya lantas tanpa membuang masa terus selongkar gobok untuk mencari novel nya. Saya pernah memiliki novel JAUH ini.

Satu ketika dahulu memang minat sungguh membaca novel tulisan Aisya Sofea ni.

Selepas tu terus la teratai layu di tasik kenyir. Terus layu takde masa baca novel dah. Sebab bizi baca novel bergerak di TV (k-drama ler). Kemdian minat membeli novel berputik kembali. Bacanya tatau la bila. Adam dan Hawa beli 2-3 minggu lepas pon belom buka plastik lagi. Hik hik

Selongkar punya selongkar, maka saya menjumpai nya pon.






Peh 10 tahun telah berlalu.

Selepas 10 tahun membaca novel ini, novel ini akan di tele-filemkan. Bukan drama tapi telefilem. Dengar citer Bade Hj Azmi selaku pengarahnya.

Peh.

Saya mula menyelak selai demi selai muka surat novel Jauh ini.

Adakah gaya bahasa nya saya boleh terima sewaktu ulang membaca di tahun 2012??

Karena saya tidak mampu untuk ulang membaca novel Ombak Rindu di tahun 2012 selepas membacanya beberapa tahun dahulu.

Sangat berbeza gaya bahasa novel dahulu dan sekarang jika mahu dibandingkan. Baca kisah cinta novel dolu-dolu di zaman fesbuk dan tuiter ni rasa semacam pulak. Meremang bulu roma akibat geleman barangkali. Huhu.

Novel Jauh ini merupa novel pertama diterbitkan. Kira karya agung la ni.

Begini kisahnya. 

Episod 1

Heroin bernama Syafikah telah bertunang dengan Zahar. Semasa bertunang mereka sering bertengkar sebab peel Zahar macam budak kecik. Ika keluar dengan client lelaki pon dia jeles ya amat. Mereka bukan lakukan perbuatan terkutuk, cuma berbincang hal ehwal pejabat, Zahar punya mengamuk mengalahkan Bandi Amuk lagaknya. Ni kalau dah kawin mau kena tangan barang setangan dua tangan ni.

Katakan TIDAK kepada jantan macam ini.

Tiada kimia di dalam hubungan pertunangan mereka di situ. Mereka ditunangkan di atas dasar kenalan keluarga yang mahu mengeratkan lagi sliaturrahim dan takut harta-harta Ismet Ulam Raja di dalam dan luar negeri jatuh ke tangan orang luar.

Lantas Syafikah mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran nya di luar negara. Negara pilihan nya ialah UK. Di UK sana ada pakcik, makcik dan sepupu Ika yang sedang bekerja dan belajar di sana.

"Perjalanan jauh yang memakan masa 12 jam itu aku penuhi dengan memikirkan tentang perhubunagn aku dengan Zahar."

m/s : 13

Episod 2

Dah sampai kota London. Jalan-jalan sikit dan bersarapan di kota London. Kemudian bertolak ke Bangor. Perjalanan ke Bangor memakan masa 5 jam dari London. 






(Macam kedengaran janggal masa baca nama tempat di UK ada nama Bangor sebab takde bunyi omputeh. Dekat-dekat dengan Bogor Indonesia. Biasa dengar nama daerah omputeh macam Liverpool, Menyu, Mensity, Chelsea, QPR dan lain-lain)

"Selesai makan malam, mak usu dan pak usu beriya-iya mengajak aku ke tumah temannya yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan menaiki kereta."

m/s : 14

* Kalau naik kereta sekejap je sampai tuanku*

"Ketika duduk-duduk menonton TV, kedengaran beberapa suara lelaki memberi salam. Aku pantas menoleh ke arah pintu. Kelihatan wajah seorang pemuda yang memakai kot hitam, jeans lusuh dan kemeja T berwarna hijau tua. Serta merta aku merasa kurang selesa. Entah mengapa aku jadi gugup dengan pandangan lelaki itu. Aku belum pernah rasa akan perasaan aneh ini. Kenapa hatiku rasa berdebar-debar?"

m/s : 14

Maka wujud lah adegan kuch kuch hota hei di sini. Kuch kuch hota hei (Hati ku terasa sesuatu) Lagi mau tanya kenapa hati ku berdebar-debar huhu

Adegan Dilwale Dulhania Lejayenge ada jugak. Pengantin lelaki membawa lari pengantin perempuan nya. Hehehe. Gitu la lebih kurang maksudnya.

Dipendekkan citer, pemuda yang buat hati Syafikah berdebo-debo bernama Fikri. Fikri bekerja dengan Bank Bumiputra (sekarang dah jadi CIMB) dan bank hantar ke UK untuk sambung belajar.

Episod 3

Bermula la bibit-bibit perkenalan di antara Fikri dan Syafikah di Bangor UK.

Episod 4

Syafikah balik Malaysia dan memutuskan pertunangannya dengan Zahar.

Pada dia Zahar bukan calon suami yang sesuai buat dia sebab mereka tidak "workable"(pinjam perkataan Datuk Ramli MS dalam Primadona di bawah topik Cemburu).

"Tidak workable" di sini membawa maksud pasangan terlalu sangat cemburu dan tidak percaya akan pasangan mereka.

Begitu la Datuk Ramli mencari calon isterinya. Ada kimia ke tidak. Cemburu sangat ke tidak. Kalu sangat cemburu, boleh jalan daaa.

Kemdian mak Syafikah pulak mengamuk dan memarahinya. Keluarga nya telah menganggapnya musuh selepas dia memutuskan pertunangan nya dengan Zahar. Zahar pon mengamuk dan menuduh Syafikah ada jumpa mat tahir lain di UK selepas terlihat gambar Syafikah bersama mat tahir itu di UK melalui album sepupu Syafikah.

Episod 5

2 tahun berlalu. Syafikah dan Fikri terputus hubungan selepas Syafikah pulang ke Malaysia. Tapi kalu dah jodoh tak kemana. Syafikah dan Fikri bertemu kembali di pejabat Syafikah. Majikan Syafikah ada nak buat pinjaman di bank tempat Fikri bekerja dan Fikri merupakan big shot di sana.

Episode 6

Bertaut la kembali hubungan Fikri dan Syafikah. Fikri ingat Syafikah sudah berkahwin dengan Zahar. Dan Syafikah pula ingat Fikri pun sudah berkahwin. Melihat wajah Syafikah yang tidak ceria dan sugul Fikri syak pasti sesuatu telah berlaku ke atas Syafikah. 

Untuk mengetahui citer sebenar, Fikri secara rahsia telah pergi berjumpa dengan sepupu Syafikah di Nebraska, US. 

Sebak hati Fikri bila dapat tahu Syafikah telah di perlakukan sedemikian rupa oleh keluarga nya sendiri. Dan yang lebih mensyahdukan Fikri, Syafikah mengalaminya seorang diri selama 2 tahun.

Episod 7

Zahar mahu kembali kepada Syafikah.

Kembalilah kepadaku
Selamilah jiwa ini yang terluka
Ikatan kita berdua

Zahar nyanyi lagu Bunga bunga Cinta kepada Syafikah

Syafikah membalas dengan lagu ini. Sesi balas lagu

Jangan... cuba... merayu lagi
Tak kan kuulangi bertemu denganmu
Jangan... cuba... menggoda lagi
Tak kan kuulangi bercinta denganmu

Episod 8

Fikri lantas masuk meminang Syafikah selepas dapat tahu Zahar mahu kembali semula kepada Syafikah.

Pinangan di terima. Mak Syafikah bagaimanapun telah melempar sedas dua kepada Fikri

"Awak ni yang selama ini berkawan dengan Ika sampai dia putus tunang dengan Zahar?" kata mak begitu sinis sekali

"Saya mengaku sayalah yang menyebabkan Ika memutuskan pertunangan nya dengan Zahar walaupun itu bukan niat saya yang sebenar. Ika bebas memilih sesiapa saja. Tapi jodoh Tuhan telah menemukan saya dengan Ika..." 
   
m/s : 213
  
Episod 9

2 minggu lepas bertunang mereka pon berkahwin la.

Episod 10

Di awal perkahwinan mereka terdapat sedikit masalah. Syafikah rasa dipinggirkan oleh suaminya sendiri dan terasa JAUH daripada suaminya walaupun mereka tinggal sebumbung. Sehingga Fikri mengeluarkan kata-kata,

"Selama ini I fikir apa yang I telah lakukan ini kesilapan buat kita bedua?"

Tersirap darahku bila dengar pengakuan dari mulutnya. Aku jadi lemah. SILAP? Apa yang silap???

"Perkahwinan kita satu kesilapan?" soalku

Fikri memandangku sambil mengangguk. 

m/s : 234

Aigooo sudah kawin kata silap pulak. Belom kawin nak kawin. Apa daaa

Ending nya sedara sedari baca lah sendiri ek. Huhu

Harap-harap jalan citer telemovie nya tidak lari banyak walaupun tempat lokasi nya lain. Bukan di UK. Jimat kos barangkali. 

Nota kakitangan : 

1. Menurut kata blog ini, tayangan telemovie JAUH ni pada 30/12/2012 jam 10 malam di Estero Citra. Nampaknya ambe kena tunggu versi donlot ler sebab takde pakej Cita huhu

2. Satu lagi koleksi novel Aisya Sofea yang saya ada akan di derama kan. SEHANGAT ASMARA lakonan Ady Putra (dia lagi?) dan Rita Rudaini. Memang best jalan citer novel ni.

3. Yipee!!!


8 comments:

cempaka@rohani said...

waiem, kalu adam dan hawa tu adiputra belakon, mesti dah bukak plastik buku tu.. ekkekekeekeke..

waiem said...

Hehehe dah stat baca dah...

cempaka@rohani said...

oo.. dah stat baca.. hehehe.. moga jgn stress dgn kedegilan ain yer.. hahaha.. saya plak pertama kali membeli dan membaca karya Aisyasofia A&H ni hanya selepas 2 minggu ditayangkan.. tak sabar nak tau cerita seterusnya.. Dah lama tak baca novel sebenarnya.. baca pun kena curi2 masa.. bila dah malam atau pun semasa mengenjut anak tidur... huhu.. maklumla anak kecik.. ternyata gaya bahasa aisyasofia masih diterima pakai dalam kepala saya.. idak rasa geli geleman lagi.. ye la.. macam waiem kata zaman fesbook dan twitter ni, gaya bahasa dah lain.. baca novel lama2 dulu alahai.. semacam plak rasa.. hahahahaha.. bila baca A&H ni dah boleh bayang nadiya nisaa as ain dan aaron as am.. they deliver such a good job especially nadiya even pada mulanya dikritik hebat pemilihannya.. Saya mula meminati nadiya ni kerana A&H ni. Such a natural talent. patutla dia pernah menang award. La ni sedang mencari sehangat asmara, belum jumpa lagi.. boleh pinjam tak waiem?.. hahahaha.. kidding.. lepas ni kalau baca sehangat asmara, kira boleh imagine adi dan rita le plak.. selamat membaca waiem..

waiem said...

Cuti 4 hari ni memang nak pulun Adam & Hawa dengan Sehangat Asmara hehe

Saya pon tak penah lagi tengok lakonan Nadiya. Tau dia ada menang pelakon pembantu menerusi citer Cun. Mesti terer berlakon

Lagubestbest said...

uk? tukar ke maghribi dah lagi best tempatnya kan. Siap sinopsis penuh2 dah lagik..

waiem said...

Harap-harap gitu la :)

cempaka@rohani said...

saya tak baca buku ni lagi tapi dah tgk mlm tadi, hmmm.. based dari sinopsis yg waiem bagi, ada tukar sikit la waiem, fikri dari banking to architecture. 2 jam mmg susah nak terjemahkan semua... tak ada part "Perkahwinan kita satu kesilapan?".. adi mmg best tapi ada sikit kurennng kimia dgn fouziah.. overall tempat shooting mmg cantikkkk....

waiem said...

Tengah gigih donlot. Nantikan ribiu :)