Selepas melihat
akan status fesbuk Ady Putra Fanpage yang berbunyik,
#Jauh - Drama yang yang diadaptasi dari novel Jauh hasil karya
Aisya Sofea. Lakonan Adi Putra (Fikri), Fauziah Gous (Syafikah) dan Anzalna Nasir
Saya lantas tanpa membuang masa terus selongkar gobok untuk
mencari novel nya. Saya pernah memiliki novel JAUH ini.
Satu ketika dahulu memang minat sungguh membaca novel tulisan
Aisya Sofea ni.
Selepas tu terus la teratai layu di tasik kenyir. Terus layu
takde masa baca novel dah. Sebab bizi baca novel bergerak di TV (k-drama ler). Kemdian
minat membeli novel berputik kembali. Bacanya tatau la bila. Adam dan Hawa beli
2-3 minggu lepas pon belom buka plastik lagi. Hik hik
Selongkar punya selongkar, maka saya menjumpai nya pon.
Peh 10 tahun telah berlalu.
Selepas 10 tahun membaca novel ini, novel ini akan di
tele-filemkan. Bukan drama tapi telefilem. Dengar citer Bade Hj Azmi selaku
pengarahnya.
Peh.
Saya mula menyelak selai demi selai muka surat novel Jauh
ini.
Adakah gaya bahasa nya saya boleh terima sewaktu ulang
membaca di tahun 2012??
Karena saya tidak mampu untuk ulang membaca novel Ombak Rindu
di tahun 2012 selepas membacanya beberapa tahun dahulu.
Sangat berbeza gaya bahasa novel dahulu dan sekarang jika
mahu dibandingkan. Baca kisah cinta novel dolu-dolu di zaman fesbuk dan tuiter ni rasa semacam pulak.
Meremang bulu roma akibat geleman barangkali. Huhu.
Novel Jauh ini merupa novel pertama diterbitkan. Kira karya agung la ni.
Begini kisahnya.
Episod 1
Heroin bernama Syafikah telah bertunang dengan Zahar. Semasa
bertunang mereka sering bertengkar sebab peel Zahar macam budak kecik. Ika
keluar dengan client lelaki pon dia jeles ya amat. Mereka bukan lakukan
perbuatan terkutuk, cuma berbincang hal ehwal pejabat, Zahar punya mengamuk
mengalahkan Bandi Amuk lagaknya. Ni kalau dah kawin mau kena tangan barang
setangan dua tangan ni.
Katakan TIDAK kepada jantan macam ini.
Tiada kimia di dalam hubungan pertunangan mereka di situ.
Mereka ditunangkan di atas dasar kenalan keluarga yang mahu mengeratkan lagi sliaturrahim
dan takut harta-harta Ismet Ulam Raja di dalam dan luar negeri jatuh ke tangan
orang luar.
Lantas Syafikah mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran
nya di luar negara. Negara pilihan nya ialah UK. Di UK sana ada pakcik,
makcik dan sepupu Ika yang sedang bekerja dan belajar di sana.
"Perjalanan jauh yang memakan masa 12 jam itu aku penuhi
dengan memikirkan tentang perhubunagn aku dengan Zahar."
m/s : 13
Episod 2
Dah sampai kota London. Jalan-jalan sikit dan bersarapan di
kota London. Kemudian bertolak ke Bangor. Perjalanan ke Bangor memakan masa 5
jam dari London.
(Macam kedengaran janggal masa baca nama tempat di UK ada
nama Bangor sebab takde bunyi omputeh. Dekat-dekat dengan Bogor Indonesia. Biasa
dengar nama daerah omputeh macam Liverpool, Menyu, Mensity, Chelsea, QPR dan
lain-lain)
"Selesai makan malam, mak usu dan pak usu beriya-iya mengajak
aku ke tumah temannya yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan menaiki
kereta."
m/s : 14
* Kalau naik kereta sekejap je sampai tuanku*
"Ketika duduk-duduk menonton TV, kedengaran beberapa suara
lelaki memberi salam. Aku pantas menoleh ke arah pintu. Kelihatan wajah seorang
pemuda yang memakai kot hitam, jeans lusuh dan kemeja T berwarna hijau tua.
Serta merta aku merasa kurang selesa. Entah mengapa aku jadi gugup dengan
pandangan lelaki itu. Aku belum pernah rasa akan perasaan aneh ini. Kenapa
hatiku rasa berdebar-debar?"
m/s : 14
Maka wujud lah adegan kuch kuch hota hei di sini. Kuch kuch
hota hei (Hati ku terasa sesuatu) Lagi mau tanya kenapa hati ku berdebar-debar huhu
Adegan Dilwale Dulhania Lejayenge ada jugak. Pengantin lelaki
membawa lari pengantin perempuan nya. Hehehe. Gitu la lebih kurang maksudnya.
Dipendekkan citer, pemuda yang buat hati Syafikah
berdebo-debo bernama Fikri. Fikri bekerja dengan Bank Bumiputra (sekarang dah
jadi CIMB) dan bank hantar ke UK untuk sambung belajar.
Episod 3
Bermula la bibit-bibit perkenalan di antara Fikri dan Syafikah
di Bangor UK.
Episod 4
Syafikah balik Malaysia dan memutuskan pertunangannya dengan Zahar.
Pada dia Zahar bukan calon suami yang sesuai buat dia sebab
mereka tidak "workable"(pinjam perkataan Datuk Ramli MS dalam Primadona di bawah topik
Cemburu).
"Tidak workable" di sini membawa maksud pasangan terlalu
sangat cemburu dan tidak percaya akan pasangan mereka.
Begitu la Datuk Ramli mencari calon isterinya. Ada kimia ke
tidak. Cemburu sangat ke tidak. Kalu sangat cemburu, boleh jalan daaa.
Kemdian mak Syafikah pulak mengamuk dan memarahinya. Keluarga
nya telah menganggapnya musuh selepas dia memutuskan pertunangan nya dengan
Zahar. Zahar pon mengamuk dan menuduh Syafikah ada jumpa mat tahir lain di UK
selepas terlihat gambar Syafikah bersama mat tahir itu di UK melalui album
sepupu Syafikah.
Episod 5
2 tahun berlalu. Syafikah dan Fikri terputus hubungan selepas
Syafikah pulang ke Malaysia. Tapi kalu dah jodoh tak kemana. Syafikah dan Fikri
bertemu kembali di pejabat Syafikah. Majikan Syafikah ada nak buat pinjaman di
bank tempat Fikri bekerja dan Fikri merupakan big shot di sana.
Episode 6
Bertaut la kembali hubungan Fikri dan Syafikah. Fikri ingat
Syafikah sudah berkahwin dengan Zahar. Dan Syafikah pula ingat Fikri pun sudah
berkahwin. Melihat wajah Syafikah yang tidak ceria dan sugul Fikri syak pasti sesuatu telah berlaku ke atas Syafikah.
Untuk mengetahui citer sebenar, Fikri secara rahsia telah
pergi berjumpa dengan sepupu Syafikah di Nebraska, US.
Sebak hati Fikri bila dapat tahu Syafikah telah di perlakukan sedemikian rupa oleh keluarga nya sendiri. Dan yang lebih mensyahdukan Fikri, Syafikah mengalaminya seorang diri selama 2 tahun.
Episod 7
Zahar mahu kembali kepada Syafikah.
Kembalilah kepadaku
Selamilah jiwa ini yang terluka
Ikatan kita berdua
Selamilah jiwa ini yang terluka
Ikatan kita berdua
Zahar nyanyi lagu Bunga bunga Cinta kepada Syafikah
Syafikah membalas dengan lagu ini. Sesi balas lagu
Jangan... cuba... merayu lagi
Tak kan kuulangi bertemu denganmu
Jangan... cuba... menggoda lagi
Tak kan kuulangi bercinta denganmu
Tak kan kuulangi bertemu denganmu
Jangan... cuba... menggoda lagi
Tak kan kuulangi bercinta denganmu
Episod 8
Fikri lantas masuk meminang Syafikah selepas dapat tahu Zahar
mahu kembali semula kepada Syafikah.
Pinangan di terima. Mak Syafikah bagaimanapun telah melempar
sedas dua kepada Fikri
"Awak ni yang selama ini berkawan dengan Ika sampai dia putus
tunang dengan Zahar?" kata mak begitu sinis sekali
"Saya mengaku sayalah yang menyebabkan Ika memutuskan
pertunangan nya dengan Zahar walaupun itu bukan niat saya yang sebenar. Ika
bebas memilih sesiapa saja. Tapi jodoh Tuhan telah menemukan saya dengan Ika..."
m/s : 213
Episod 9
2 minggu lepas bertunang mereka pon berkahwin la.
Episod 10
Di awal perkahwinan mereka terdapat sedikit masalah. Syafikah
rasa dipinggirkan oleh suaminya sendiri dan terasa JAUH daripada suaminya
walaupun mereka tinggal sebumbung. Sehingga Fikri mengeluarkan kata-kata,
"Selama ini I fikir apa yang I telah lakukan ini kesilapan
buat kita bedua?"
Tersirap darahku bila dengar pengakuan dari mulutnya. Aku
jadi lemah. SILAP? Apa yang silap???
"Perkahwinan kita satu kesilapan?" soalku
Fikri memandangku sambil mengangguk.
m/s : 234
Aigooo sudah kawin kata silap pulak. Belom kawin nak kawin.
Apa daaa
Ending nya sedara sedari baca lah sendiri ek. Huhu
Harap-harap jalan citer telemovie nya tidak lari banyak
walaupun tempat lokasi nya lain. Bukan di UK. Jimat kos barangkali.
Nota kakitangan :
Nota kakitangan :
1. Menurut kata blog ini, tayangan telemovie JAUH ni pada
30/12/2012 jam 10 malam di Estero Citra. Nampaknya ambe kena tunggu versi donlot ler sebab takde pakej
Cita huhu
2. Satu lagi koleksi novel Aisya Sofea yang saya ada akan
di derama kan. SEHANGAT ASMARA lakonan Ady Putra (dia lagi?) dan Rita Rudaini.
Memang best jalan citer novel ni.
3. Yipee!!!
waiem, kalu adam dan hawa tu adiputra belakon, mesti dah bukak plastik buku tu.. ekkekekeekeke..
ReplyDeleteHehehe dah stat baca dah...
ReplyDeleteoo.. dah stat baca.. hehehe.. moga jgn stress dgn kedegilan ain yer.. hahaha.. saya plak pertama kali membeli dan membaca karya Aisyasofia A&H ni hanya selepas 2 minggu ditayangkan.. tak sabar nak tau cerita seterusnya.. Dah lama tak baca novel sebenarnya.. baca pun kena curi2 masa.. bila dah malam atau pun semasa mengenjut anak tidur... huhu.. maklumla anak kecik.. ternyata gaya bahasa aisyasofia masih diterima pakai dalam kepala saya.. idak rasa geli geleman lagi.. ye la.. macam waiem kata zaman fesbook dan twitter ni, gaya bahasa dah lain.. baca novel lama2 dulu alahai.. semacam plak rasa.. hahahahaha.. bila baca A&H ni dah boleh bayang nadiya nisaa as ain dan aaron as am.. they deliver such a good job especially nadiya even pada mulanya dikritik hebat pemilihannya.. Saya mula meminati nadiya ni kerana A&H ni. Such a natural talent. patutla dia pernah menang award. La ni sedang mencari sehangat asmara, belum jumpa lagi.. boleh pinjam tak waiem?.. hahahaha.. kidding.. lepas ni kalau baca sehangat asmara, kira boleh imagine adi dan rita le plak.. selamat membaca waiem..
ReplyDeleteCuti 4 hari ni memang nak pulun Adam & Hawa dengan Sehangat Asmara hehe
ReplyDeleteSaya pon tak penah lagi tengok lakonan Nadiya. Tau dia ada menang pelakon pembantu menerusi citer Cun. Mesti terer berlakon
uk? tukar ke maghribi dah lagi best tempatnya kan. Siap sinopsis penuh2 dah lagik..
ReplyDeleteHarap-harap gitu la :)
ReplyDeletesaya tak baca buku ni lagi tapi dah tgk mlm tadi, hmmm.. based dari sinopsis yg waiem bagi, ada tukar sikit la waiem, fikri dari banking to architecture. 2 jam mmg susah nak terjemahkan semua... tak ada part "Perkahwinan kita satu kesilapan?".. adi mmg best tapi ada sikit kurennng kimia dgn fouziah.. overall tempat shooting mmg cantikkkk....
ReplyDeleteTengah gigih donlot. Nantikan ribiu :)
ReplyDelete