Wednesday, December 26, 2012

Pontianak vs Orang Minyak (2012)



Menonton di Estero 1st sebab ada Johan.

Entah kenapa kalu ada mamat-mamat Jozan berlakon pilem teruja pulak nak tengok tidak kira siapa pengarahnya.

Tengok kali pertama boleh tahan mengarut jugak citer ni. Tak paham pon ya.

Tengok kali kedua, ketiga, keempat...lapan lagi baru la paham. Ini la syioknya Estero 1st. Boleh tengok sampai muntah ijo sebelum expired.


Nape la dalam banyak-banyak nama, nama ko Ketiak


Kisah 1 (Kisah orang minyak atau nama glamer dia Omi)

Ketiak, lakonan Johan seorang lelaki lembut yang sering gagal di dalam percintaan nya. Di  hari perkahwinan nya dengan janda anak 5, Ketiak telah direjek entah kali ke berapa sebab janda itu rujuk semula dengan suaminya. Ketiak sangat  hampa dan kuciwa sebab dengan janda pon dia gagal untuk berumahtangga. Dengan berbaju pengantin, Ketiak meratapi nasibnya yang malang dan mahu membunuh diri di sungai yang cetek.

Pada ketika ini la tatkala manusia kuciwa dan menyalahkan takdir, syaiton akan datang cucuk jarum. Ketua orang minyak telah mendatangi Ketiak dan telah menghasut Ketiak untuk menjadi orang minyak. Bila jadi orang minyak kena la rogol orang.  

Ketiak pon dibawa ke markas orang minyak untuk di ajar menjadi orang minyak yang berjaya dan cemerlang. Dr. Azizan Osman turut memberi motivasi bagaimana mahu menjadi orang minyak yang berjaya dan kaya. Haha.

Part yang lawak, apakah kelemahan orang minyak?

Kelemahannya ialah limau. Sebab limau boleh menghapuskan minyak. Kekeke


Ponti dilatih oleh pontianak pompuan bernama Maria Ogawa


Kisah 2  (Kisah pontianak lelaki)

Sirun bin Ketum (Nabil), bercita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal. Satu hari beliau pegi ke kedai tomyam ahkak Farah Fauzana untuk berlatih nyanyi. Kedai akak Farah ada karaoke. Di sebabkan stress sebab ramai yang menyanyi takmo berhenti, tiba giliran Sirun, Sirun kena ketuk kepala dengan kuali oleh akak Farah dan tertikam diri sendiri dengan pisau. Sirun yang mati telah dibawa lari oleh geng Pontianak pergi ke alam pontianak untuk dilatih menjadi Pontianak. 



Pak Rejab kacukan Bangla Melayu Siam



Kisah 3 (Kisah Kampung Puaka)

Tok Penghulu bernama Pak Rejab (Afdlin Shauki) dan assisten dia bernama Sudiro (Khir Rahman). Dulu kampung ini selalu diganggu oleh hantu. Tapi kini tidak lagi sebab Kampung Puaka telah ada pendinding. Penduduk Kampung Puaka semua sudah tidak takut sama hantu sebab mereka baca pendinding halau hantu dan hantu-hantu tidak  berjaya masuk ke dalam Kampung Puaka.

Pendinding nya baca ini machiem,

Satu satu saya sayang ibu
Dua dua saya sayang ayah
Tiga tiga sayang Kampung Puaka
Satu dua tiga sayang semua nya

Kisah 4

Omi dan Ponti telah di arahkan ketua masing-masing untuk mencerobohi Kampung Puaka dan mengganggu penduduk kampung.

Berjaya kah mereka melepasi pendinding itew?

Berjaya sebab Sudiro telah belot dan telah membuka pendinding itu.

Bagaimanakah pula dengan nasib penduduk kampung Puaka?

Saksikan lah sendiri. 

No comments: