Banyak benau drama yang nak tengok. Antara nya drama terbaru oppa ni.
Owh oppa yang sekarang dah jadi ahjussi. Tampak begitu kurus dan cengkung sekali. Ini kah oppa pojaan yang merembeskan semua gadis dan wanita dalam kdrama All About Eve suatu ketika dolu? Faktor usia barangkali
Drama ni mengisahkan 4 sahabat baik ini yang berusia 40 tahun. Orang kata life starts at forty. Makanya drama ini berkisar mengenai depa pat orang ni di kala usia memasuki 4 series. Ada yang masih bujang, ada yang sudah duda dan ada yang takut binik. Mereka telah berkawan sejak dari kecik. Sejak dari dalam perut hehe
Tapi tumpuan ofkos ler kat kapel yang ni huhu
Pengenalan membuka bicara.
Di satu petang yang sepoi-sepoi gangnam, heroin berbaju merah itu sedang leka membelek buku di sebuah gerai di tepi jalan. Tiba-tiba oppa yang sedang leka membelek kemra itu lalu pula ditepi heroin yang sedang sedang leka membelek buku itu. Laluan oppa itu sangat hampir ditepi heroin sehengga zip beg sandang oppa itu telah menyangkut benang baju heroin itu. Benang itu pula jenis benang yang kait, maka berterusan la benang itu mengikut perjalanan oppa itu sehingga telah menampakkan pakaian dalam heroin sedikit demi sedikit. Benang yang tersangkut itu ditanda dengan anak panah
Bermula bicara empat mata oppa ini dengan heroin
"Weh la cik adik. Awak tak perasan ke yang benang baju awak telah tertarik oleh zip beg saya ini? Silap silap berbogel awak di tepi jalan ni. Pecah rekod karang"
"Apaa awak cakap? Ottoke? Ottoke? Ottoke?"
Dalam citer ini, heroin sangat banyak cakap ottokeeeee
"Mari sini ikut saya" kata oppa
"Awak nak bawa saya ke mana?"
"Ikut saja la. Jangan banyak cakap"
Lantas oppa dengan aksi macho nya pon membeli kain alas meja di gerai tersebut dan memakaikan heroin skirt buatannya sendiri seperti gambo di atas. Terselamat la heroin pada hari itu dari mendapat malu sebab pakai baju tak cukup benang.
Begitu la pengenalan mereka.
Ini pula heroin sedang menerai test mekap cingu dia. Kerjaya nya sebagai seorang guru tidak mengizinkan dia nak bermekap sedemikian ropa. Bila ada peluang apa lagi. Sangat menawan pulak mekap matanya itew.
Empat sekawan sedang berhoyeh hoyeh di semua pub. Sebenarnya nak cover line orang kawan nya yang takut bini itu. Yang tengah duduk tu. Bini dia tiba-tiba nak terjah nak tau sominya sedang berhoyeh hoyeh dengan sapa
Beliau ni sebenarnya sedang mengalami chenta ku bertepuk di sebelah tangan. Dan hal ini di ketahui oleh hero dan hero selalu mengejek dia
"Kau ni tak malu ke kisah chenta kau bertepuk di sebelah tangan? Pipi tak mancung hidung tersorong sorang sorang" kata hero
" Aku punya kisah chenta yang sebelah pihak itu biar la aku yang tanggung sendiri. Aku tak perlukan penonton untuk mengetahui kisah chenta aku. Kau tak payah sibuk sibuk. Aku bukan ada kacau pusat kau pun" balas heroin pula
Heroin ni sebenarnya telah kuch kuch hota hei dalam diam sama kawan hero yang belakang tu. Adegan ini adalah adegan kaver line di nama hero nak inform kat kawan dia yang heroin syiok dengan dia. Heroin yang terasa amat malu pada kawan hero itu dan tidak mahu perasaan chenta nya di pecahkan, lantas meluahkan perasaan chentanya kepada hero dalam terpaksa. Dan ini telah melopongkan kawan nya yang dibelakang itu.
Gitu la kisah intro nya yorobun.
2 comments:
Dlm astro 393 ada tak citer ni? 393 tu dai SBS kan? heeheheh..
Rasanya ada kot kalu SBS :)
Post a Comment