Friday, October 19, 2012

Kekkon Shinai - Episode 1



Ok kita kembali ke segmen ribiu meribiu drama amalan kita.  Kepada peminat abang Senpai kita ini jangan ketinggalan menyaksikan derama baru beliau yang berjudul Kekkon Shinai, yang bermaksud "Unmarried" atau "Wonderful Single Life". Kekkon membawa maksud kawin. 

Kredit : http://wiki.d-addicts.com/Kekkon_Shinai

Drama ini baru saja bermula. 

Ada satu teka teki untuk anda.

Satu banyak banyak
Dua sedikit sedikit
Tiga kaddang kaddang
Ampat jarang jarang kita jupe 

Apa kah dia? 

Yaaa betol kawin.

Citer ini mengisahkan kisah individu-individu yang bujang atau dengan kata lain individu yang belom berkahwin. 

Kenapa mereka belom berkahwin?

Adakah mereka suka hidup membujang?

Adakah mereka terlalu memilih pasangan mereka hingga sampai la ni belom kawin-kawin lagi?

Adakah jodoh mereka belom sampai lagi?

Atau,

Kau pedulik apa kalu aku tak kawin? Aku ada kacau pusat kau ke?

Semuanya akan dikupas dalam drama ini. 
  


Berdasarkan statistik di Jepun, peratusan orang bujang yang belom berkahwin di Jepun sekarang adalah tinggi.  Ramai  yang dah kertu tapi masih belom mendirikan rumahtangga lagi. Wanita yang dah cecah umur 30an dan 40an masih ramai yang bujang. Lelaki pula 50an ramai masih bujang.

Fenomena ini amat seriyes. Mengapakah fenomena ini terjadi? Sama-sama lah kita terjah dan saksikan drama ni hingga tamat.


Ramai wanita bujang kebanyakkan nya mahukan jodoh suami mereka seorang bujang yang kaya raya, yang makan di pinggan minum di cawan.  Harta nya berkoyan koyan. Tapi adakah ini semua merupakan faktor utama kebahagian sesebuah perkahwinan? 

Kalau kita orang Islam ni tidak la ya. Sebagai seorang Muslim banyak faktor yang perlu diambil kira jika mahu mencari jodoh selain dari mempunyai harta yang berkoyan koyan dan juga hengsem. Seperti sekufu, beriman, keturunan yang  baik dan sebagainya.

  

Macam akak ni dia rasa macam dia tak perlu kawin sebab dia dah bahagia dengan kerjayanya yang tidak pernah belot kepadanya. Beliau merupakan seorang designer yang berjaya. 


 Macam brader ni pulak, perkahwinan adalah mustahil bagi dia


 Sebab dia rasa dia tidak dapat nak membahagiakan pasangan jika dia berkahwin nanti. Aisemen kenapa pulak cakap macam tu Senpai. Cuba Senpai ketip jari pasti 10 yang datang taw. Kekeke

Salah satu matapelajaran di Uni juga turut membahaskan isu ini. Kenapa masyarakat Jepun ramai yang kertu tidak berkawin-kawin lagi. Zaman di mana mereka berada sekarang adalah zaman yang susah untuk berkahwin, salah satu dari asalan nya.
 
Akak ni pula dah nak masuk usia 35 tahun pun belom berkahwin yang mana turut menyedihkan beliau bila rakan-rakan sebaya telah berkahwin dan menimang cahaya mata
 

Beliau juga sering ditanya soklan mengenai perkahwinan oleh orang sekeliling

 Akak ni umo dah 44 tahun dan masih bujang. Sekali mak dia tanya, 

"Adakah kau tidak berkahwin di sebabkan kami?"

Nenek nya sakit dan mak nya ibu tunggal. Dia mahu menjaga mereka barangkali. 

Sekali akak tu jawab,

"Eh tak de la mak. Saya tak berkahwin sebab saya rasa tak nak berkahwin. Itu saja"

Mungkin dia tak de feel nak berkahwin kot


Dipendekkan citer, kedua akak itu di landa stress akibat tidak berkahwin. Dan mereka meluahkan perasan di sebuah kolam air pancut yang ada patung dan menjerit,

"Apa salahnya dengan tidak berkahwin?"

Sekian dulu untuk epsiode intro derama ini. 

Nak tahu jugak kenapa brader tu tak mau kawin. 

Adakah beliau pernah kecundang di dalam jerat percintaan?

Adakah beliau tidak berminat dengan kaum hawa?

Atau...

Berapa banyak atau daa. Tengok je la nanti. 

Hehehe ok bye. 

No comments: