Showing posts with label Jang Dong Gun. Show all posts
Showing posts with label Jang Dong Gun. Show all posts

Thursday, November 01, 2012

A Gentleman's Dignity - Episode 5


 Ok episode ni ada lawak sikit




 4 jejaka ini sedang berdiskusi sapa yang mereka suka



 Masing-masing menjawab pilihan masing-masing kecuali yang sorang tu yang berkata 'idiots' kepada rakan-rakan nya kerna berdiskusi isu sebegini



Beliau yang kerjaya seorang loyer telah men-sound rakan-raka nya supaya berbicara hal-hal negara dari berbicara hal-hal k-pop haha




Tiba-tiba semua mata sepakat memandang tanpa berkelip kelibat seorang perempuan seksi di pintu masuk kafe



"Aigoo malunya aku nak mintak otograp"



Tiba-tiba sorang rakan itu hilang. Rakan yang tak minat k-pop secara terangan



Kehkehkeh




Sabo je la ahjussi


Siapakah artis k-pop innew?

Thursday, October 25, 2012

A Gentleman's Dignity - Episode 1 & 2


 Banyak benau drama yang nak tengok. Antara nya drama terbaru oppa ni.

  

 Owh oppa yang sekarang dah jadi ahjussi. Tampak begitu kurus dan cengkung sekali. Ini kah oppa pojaan yang merembeskan semua gadis dan wanita dalam kdrama All About Eve suatu ketika dolu? Faktor usia barangkali

  

Drama ni mengisahkan 4 sahabat baik ini yang berusia 40 tahun. Orang kata life starts at forty. Makanya drama ini berkisar mengenai depa pat orang ni di kala usia memasuki 4 series. Ada yang masih bujang, ada yang sudah duda dan ada yang takut binik. Mereka telah berkawan sejak dari kecik. Sejak dari dalam perut hehe


Tapi tumpuan ofkos ler kat kapel yang ni huhu



Pengenalan membuka bicara. 

Di satu petang yang sepoi-sepoi gangnam, heroin berbaju merah itu sedang leka membelek buku di sebuah gerai di tepi jalan. Tiba-tiba oppa yang sedang leka membelek kemra itu lalu pula ditepi heroin yang sedang sedang leka membelek buku itu. Laluan oppa itu sangat hampir ditepi heroin sehengga zip beg sandang oppa itu telah menyangkut benang baju heroin itu. Benang itu pula jenis benang yang kait, maka berterusan la benang itu mengikut perjalanan oppa itu sehingga telah menampakkan pakaian dalam heroin sedikit demi sedikit. Benang yang tersangkut itu ditanda dengan anak panah




Bermula bicara empat mata oppa ini dengan heroin



"Weh la cik adik. Awak tak perasan ke yang benang baju awak telah tertarik oleh zip beg saya ini? Silap silap berbogel awak di tepi jalan ni. Pecah rekod karang"




"Apaa awak cakap? Ottoke? Ottoke? Ottoke?"

Dalam citer ini, heroin sangat banyak cakap ottokeeeee

"Mari sini ikut saya" kata oppa 

"Awak nak bawa saya ke mana?"

"Ikut saja la. Jangan banyak cakap"

Lantas oppa dengan aksi macho nya pon membeli kain alas meja di gerai tersebut dan memakaikan heroin skirt buatannya sendiri seperti gambo di atas. Terselamat la heroin pada hari itu dari mendapat malu sebab pakai baju tak cukup benang. 

Begitu la pengenalan mereka.
 


Ini pula heroin sedang menerai test mekap cingu dia. Kerjaya nya sebagai seorang guru tidak mengizinkan dia nak bermekap sedemikian ropa. Bila ada peluang apa lagi. Sangat menawan pulak mekap matanya itew.



Empat sekawan sedang berhoyeh hoyeh di semua pub. Sebenarnya nak cover line orang kawan nya yang takut bini itu. Yang tengah duduk tu. Bini dia tiba-tiba nak terjah nak  tau sominya sedang berhoyeh hoyeh dengan sapa



Beliau ni sebenarnya sedang mengalami chenta ku bertepuk di sebelah tangan.  Dan hal ini di ketahui oleh hero dan hero selalu mengejek dia

"Kau  ni tak malu ke kisah chenta kau bertepuk di sebelah tangan? Pipi tak mancung hidung tersorong sorang sorang" kata hero

" Aku punya kisah chenta yang sebelah pihak itu biar la aku yang tanggung sendiri. Aku tak perlukan penonton untuk mengetahui kisah chenta aku. Kau tak payah sibuk sibuk. Aku bukan ada kacau pusat kau pun" balas heroin pula





Heroin ni sebenarnya telah kuch kuch hota hei dalam diam sama kawan hero yang belakang tu. Adegan ini adalah adegan kaver line di nama hero nak inform kat kawan dia yang  heroin syiok dengan dia. Heroin yang terasa amat malu pada kawan hero itu dan tidak mahu perasaan chenta nya di pecahkan, lantas meluahkan perasaan chentanya kepada hero dalam terpaksa. Dan ini telah melopongkan kawan nya yang dibelakang itu.

Gitu la kisah intro nya yorobun.

Tuesday, November 24, 2009

Friend (2001)





Sinopsis penuh lagi terperinci boleh la baca di sini

Friend atau Chingu atau kawan atau sahabat bahse Melayu nya

Akhirnya dapat gak menonton filem yang dikatakan hebat ini. Belom penah tengok lagi. Salah satu pilem Korea yang meletop suatu masa dahulu di tahun 2001. Filem Korea yang mesti ditonton katanya. Mungkin faktor utama orang nak tengok Jang Dong Gun sebagai sorang gengster berbanding sebelum nye dia di cop sebagai hero romatika di amor. Faktor kedua mungkin sebab tema persahabatan.

Awalnya saya berfirast tentunya kisah persahabatan saling sayang menyayangi antara satu sama lain atau pengorbanan seorang sahabat yang bakal menyayatkan hati, perasaan, peparu dan limpa barangkali

Namun ramalan ambe salah belaka. Tidak seperti kumpulan Umbrella. Keke. Bahkan sangat terkejut sebab filem ini sungguh ganas sekali. Penuh dengan adegan-adegan ganas. Dusyum men-dusyum dan tikam menikam. Hanya jauhari mengenal manikam.

Ganas satu hal. Satu hal yang lain, keganasan itu dikalangan pelajar sekolah. Memang pantang kalau tengok budak-budak sekolah ni terjebak dengan aktiviti keganasan. Mak bapak susah payah anto pi sekolah suh belajo, dia plak dok menyetan kat sekolah. Melawan cakap cekgu, pukul cekgu, buli kawan sekolah, malas belajar dan sebagainya. Kalau menyetan tak menyusahkan orang lain tak pe jugak. Pergi kau berkawan dengan setan sorang-sorang. Ini tidak. Orang-orang baik, tidak menyetan dan mahu belajar pon turut terkena tempias. Memang menyirappp. Tapi menyirap-nyirap pon bukan boleh buat apa. *Sighs*

Pendek kata, filem ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan remaja.

Panjang kata, filem ini sesuai ditonton oleh ibu bapa, penjaga kanak-kanak dan juga orang dewasa. Salah satu punca masalah sosial dan keruntuhan akhlak remaja adalah berpunca dari institusi keluarga yang bermasalah di rumah dan juga cara mereka dibesarkan hingga ada menyebabkan mereka terjebak dalam kancah ke-gengsteran.

Al-kisahnya filem ini katanya adalah kisah benar pengarah yang pernah mempunyai kawan gengster. Lantas kisah benar itu di-lakon layarkan semula di dalam filem yang berjudul "Cingu" dalam bahse Koreanya.




Filem ini antara filem yang menggunakan dialek Busan sepenuhnya. Sama macam filem Haeundae. Sebab kisah terjadik di Busan.





Ke-gengsteran menjadik-jadik


Kisah 4 sahabat yang berkawan baik dari kecik. Bila dah besar sket, masuk sekolah menengah, 2 orang kena berhenti sekolah sebab nak jadik gengster, sorang berjaya habiskan sekolah, masuk U dan jadik manusia sebagai peguam dan yang sorang lagi tu biasa-biasa je, sebagai pelawak antara 4. Tengok muka dia pon memang tahu mesti watak klako. Dalam poster tu dia yang paling kanan.




Cara-cara menikam dengan betul dan tepat.

Watak utama di samping Abang Jang



Akhirnya Abang Jang ditikam. Yang menikam itu orang suruhan kawan baik dia sendiri. Kemuncak citer.

Scene ni memang tersangat ganas sebab Abang Jang ditikam berpuluh kali diperut. Sampai dia kata, (setelah di alih bahse)

"Wey, sudah la weh. Berapa banyak kali kau nak tikam aku haa? Aku pon dah nak mati dah ni. You stabbed me enough.."

Bila dah terjebak dengan gengster, kawan baik sendiri pon dah tak kenal dan sanggup bunuh. Aigooo





Filem ini turut dibikin versi drama. Sebenar nya ambe nak tengok versi drama punya sebab tu kena tengok versi filem dulu hehe. Tapi disebabkan filem dia ganas sangat, maka ambe terpikir 2-3 kali, nak tengok ke tak drama dia. Tapi drama dah donlot dah. Sebab dalam drama ada 1 lagu best dari Big Bang (TOP & Taeyang). Menusuk-nusuk sore TOP rap. Hehehe

Ottoke?




Versi 2001 vs 2009Jang Dong Gun vs Hyun Bin

"Ah Bin ahh, ko jadik gengster Busan ek dalam drama ni?"

Monday, May 08, 2006

Filem : Typhoon (2006)



Synopsis :

The plot centres on an attempt by a North Korean pirate (JANG Dong-Gun), to make a nuclear attack on the Korean Peninsula, and efforts by a South Korean agent (LEE Jung-Jae) to stop him.


Laman web Typhoon

Selepas citer The Promise lakonan Jang Dong Gun yang tak bape best iteww sebab dia selekeh, aku looking powed citer seterusnya lakonan beliau. Ternyata citer ni pon best tak best gak la sebab dia jadik jahat. Mek tak puas hati hahaha acah je. Citer ni best sebenarnya.

Sebelum tu mau awardkan dia ngn gelaran 'raja blakon citer bajet besar' dan 'raja blakon citer pelbagai bahse' Kalau dalam The Promise dia cakap Mandarin, lam 2009 Lost Memories dia ada cakap Jupun sket, lam citer Typhoon ni dia kecek Siam ngn Russia u ols. Saspek sungguh ini hero. 2009 Lost Memeories, Taeguk-gi, The Promise, Typhoon antara pilem bajet besar lakonan beliau. Poket dia pon pastinye besar jugak hehehe.

Sin, org Korea Utara menjadik penjahat lanun antarabangsa selepas dibelotkan oleh orang Korea Selatan. Waktu Sin kecil orang Korea Selatan janji nak bawak Sin dan keluarga masuk Korea Selatan dengan selamat tetapi telah mungkir janji. Sin dan keluarga di bawak ke China. Bapak ngn mak Sin mati terbunuh sewaktu cuba melepaskan diri. Sin ngn kakak dia terselamat tapi kemdian terpisah lak ngn kakak dia. Maka hidup lah Sin sebatang kara sampai menjadik lanun. Sejak dari tu Sin bersumpah akan menghapuskan setiap warga Korea Selatan yang dia jumpa.

Melibatkan 4 negara, Thailand, Russia, Korea, China dan ada sipi² tulis Kepulauan Melayu dan banyak gak la kekompiusan sewaktu menonton ini citer. Cemana kakak Sin bleh ada kat Russia, cemana polis Korea tu bleh lepas naik kapal tebang kat epot Siam balik Korea. Yang best tengok aksi² dalam pilem ini yang veri de gebedas. Kereta cun² banyak jahanam. Naik moto bot dari laut Korea Selatan boleh terus sampai Russia u ols.

Pihak polis Korea Selatan di ketuai oleh Kang Sejong, pegawai Tentera Laut ditugaskan untuk menyelesaikan misi menangkap Sin. Rencana terakhir Sin mau menyerang Korea Selatan sewaktu taufan melanda dengan melepaskan bahan nuklear. Dahsat mau serang waktu taufan. Taufan Rob ngn Rom kalu tak silap nama.

Adakah misi Sin berjaya? Sesama la anda menonton. Kalau minat citer ala² Taeguk-gi ala² genderang mau perang, boleh leh layan ini citer huhu. Demi Negara yang tercinta, iteww Navy sanggup menggadai nyawa. Setiap kali dia nak pi misi merbahaya dia akan tulis surat wasiat kat mak dia. Seolah² pi misi merbahaya tu nak pi mati jugak la. Sedih u ols.

Tuan² direktor, lepas ni tulun la bagi watak yg ensem sket kat Jang oh Jang ni (mentel jek nak yg ensem...jgn mare :P) ahak ahak

Friday, December 23, 2005

Filem : The Promise (2005)






Synopsis:
Empowered by the love of a slave, a royal concubine is given the chance to make an extraordinary decision.

Known as the most expensive Chinese film to date, the latest from director Kaige (Farewell My Concubine) boasts cinematography by Peter Pau (Crouching Tiger, Hidden Dragon) and stunt coordinator Dion Lam (Infernal Affairs, Spiderman 2).

This epic fantasy revolves around a love triangle between a general (Hiroki Sanada), a princess (Cecilia Cheung) and a slave (Jang Dong Gun). A young woman, is the most beautiful princess in the world. Spoiled by the King, she lives a life of extreme luxury. But this life comes with a price in that she will never enjoy true love unless time can flow backwards and the dead can come back to life. The slave, who is sincerely in love with her, uses his ability to run 'faster than the wind' to break the chain that fate has put on her.


jeneral yg macho...baju dia je berat 20kg

Citer ni berbahse Mandarin yach. Moskel gak betol ke Jang Dong Gun juga akan berdialog Mandarin. Bila diperhatikan gerak bibir...sama. Kemdian dengar plak tone suara...ya mcm suara dia. Maka boleh la dibuat kesimpulan benar la dia berbahse Mandarin, tuan mejistret. Mungkin pitching ada lari sana sini sket tapi masih dalam lingkungan Mandarin hehe. Begitu juga dengan Hiroku Sanada. Agaknya tekun depa ni attend kelas Mandarin. Dalam banyak bahse Cina aku suka Mandarin sebab aku ada paham sket. Mungkin sebab dok Johor sebelah Sengpore, salu tengok drama Cina Sengpore yg berbahasa Mandarin. Penah dulu masa zaman skola ada asoh ni cakap Mandarin ngn aku tanya jalan, aku jawab ‘wo puh che tau, wo puh se hua ren’. Hentam je la ejaan. Yang bermaksud ‘saya tak tahu, saya bukan org Cina’ . (Tambah dialog bahse melayu sambil buat muka cuak 'jangan...jangan diapa² kan saya....saya tidak bersalahh muahahaha buat iklan sat)

Aku tengok The Making citer ni kat 8TV, cam best jek. Bila baca sinopsis pun cam best citer ni. Bila dah tengok...hmmm alamak apa daaa citer ni haha. Mungkin aku lambat nak serap jalan citer dia dan juga olahannya. Emosi dia pon tak sampai kat aku. Langsung tak de menyentuh perasaan walaupun di akhir citer ada babak sedih. Almaklum chentar ampat segi musti ada mati. Ampat segi sebab ada 3 lelaki esmem jatuh chentar sama 1 amoi yang cun.

hamba yg taat ngn tuan sebab dapat makan daging

Citer ni berlatar blakang zaman Dinasti di China pada 20 tahun yg lepas dan bukan di alam nyata. 'Epic fantasy' la katakan. Namun tidak ku terbuai dengan fantasi. Ada beberapa adegan klakar dalam pilem ni. Contoh adegan Kunlun iaitu hamba yg kena kejar ngn beratus lembu sapi boleh terselamat. Oh ya sebab dia ada satu kuasa ajaib iaitu boleh lari lebih laju dari angin. Aku rasa kalu dia dari Tol Skudai nak ke Tol Bukit Kayu Itam 2 jam leh tiba. ‘Janji’ yang menjadi tajuk pilem ni pon cam celaru. Mek konpius. (Bek ground musik) *apa guna berjanjiiii kalu tak ditepati...jeng jeng...jeng jeng* :D Moral yg ingin disampaikan dalam citer ni ialah jangan percaya pada org lain, juga diri sendiri. Aku nak tambah percaya juga pada Tuhan.

Dalam citer ni aku cuma suka latar belakang muzik yang digunakan. Kena ngn babak. Tengok di skrin yang beso aku terasa lamanye citer nak abis. Kalu tgk kat umah, mungkin bisa mendodoikan anda hingga berdengkur. *sangap*

Thursday, December 23, 2004

Filem : Taegukgi (2004)



Lepas menonton citer ni saya menemuramah rakan opis yg pernah berkhidmat dalam Tentera Darat Malaysia tentang perang saudara di Korea kerana rasa ingin tahu dengan lebih lanjut. Bekas askar musti tau kisah-kisah perang ni. Beliau juga pernah ke Korea Selatan dan menyuruh saya pergi ke sana skali kalau ada kesempatan utk menyaksikan tempat2 peninggalan perang yg ada di sana * picit-picit dahi * Ntah bila bole ke sana yach?

Negara Korea Selatan sememangnya 'dekat' dengan saya. Syarikat saya berurusan dengan pihak Korea Selatan dalam urusan pembelian alat ganti kereta kebal buatan Korea Selatan. 20 tahun dulu seorg ahli keluarga saya pernah 'membawa diri' dan menetap di Korea Selatan selama 7 tahun semata-mata mahu kembali menjadi seorg 'manusia' yg normal dan nyaris2 nak dapat mak cik berbangsa Korea hehe. Dan sekarang saya gemar menonton citer2 Korea utk blaja bahse Korea supaya senang sket nak komunikasi mereka di sana. Kekununnye la. Susah sket bahse dia tak mcm Mandarin atau Urdu. Aaa...ada satu lagi sebab kalo kat Mesia susah nak dapat keje saya bole cuba minta keje di Korea Selatan ;)




Di sini saya sertakan ringkasan mengenai Perang Saudara di Korea (setelah diedit beberapa kali mengikut pemahaman saya) utk dikongsi bersama.

Dulu Korea dikenali sebagai Semenanjung Korea. Kemudian dijajah oleh Jepun pada tahun 1910-1945. Selepas Jepun menyerah kalah sebab Hiroshima dan Nagasaki dibom, perebutan daerah berlaku oleh Perikatan (Perancis, British, US yg mana cip dia US) dan China (komunis). Terbahaginya 2 bahagian Korea Utara dan Selatan disebabkan Perang Saudara yng tercetus pada tahun 1950 yg mana memasing nak tunjuk hero. Korea Utara dibantu oleh pihak komunis China manakala Korea Selatan dibantu oleh pihak Amerika. Perang, perang, perang hingga tahun 1953, maka gencatan senjata terjadi yg mana tak de sapa yang menang atau kalah. Gencatan senjata berlaku hingga lah sekarang. Punca perang sebab si Korea Utara ni sangat la tamak dan haloba mau kongker semua kawasan. Satu kawasan Zon Bebas telah di wujudkan oleh PBB di sempadan Korea Utara dan Selatan. Sapa sesuka masuk situ kena tembak * peng peng peng* (kalu bunyik peng sekali tu tandanya ada pipi org yg 'diblusherkan'...kena tampo laaa)

 
Hatta, si Korea Utara ni tetap tak pueh ati. Ligat pikior cemana nak serang gak Korea Selatan. *keluar tanduk* Maka mereka pun membuat terowong bawah tanah (actually bukan tanah tapi batu yg keras lagi besar sebab situ kawasan gunung) utk ceroboh ke Korea Selatan. Terowong yg cadangnya panjang 70-80km, mao sampai hingga ke Seoul. Bayangkan betapa gagahnya mereka. (Musti sekali makan nasi 5 pinggan ni huhu) Tetengah bikin terowong adalah dlm 10km daripada sempadan utara-selatan, para petani kat Korea Selatan sudah komplen. Mereka ada dengar bunyi bising dari bawah tanah. Ingat ada gempa bumi. Peksa punya peksa berjumpa la dengan terowong tersebut yg mana amat la dalamnya. (Banyak sebenarnya terowong-terowong bawah tanah yg di buat oleh Korea Utara). Sekatan ekonomi dikenakan pada Korea Utara tapi sekarang dah kurang sikit la sekatan itu. Kalau kita pi ke Korea Selatan sekarang leh lawat dalam terowong tu, posing-posing kejap amek gamba kenangan letak kat potopajes :D Sampai ke hari ni pihak Korea Selatan sentiasa berjaga-jaga 24 jam.


Taegukgi adalah nama bendera kebangsaan Korea Selatan. Taegukgi direka bentuk pada tahun 1876, tapi penggunaanya telah di haramkan sesama pemerintahan koloni Jepun di Korea (1910-1945). Rupa bentuk bendera Korea Selatan telah dimuktamadkan kegunaannya dalam tahun 1948 bila mana Kerajaan Korea yang pertama ditubuhkan.

Filem ini berlatar belakang tahun 1950 di Korea. Kalau tengok pada tagline kat kulit VCD tulis 'Kisah persaudaraan yg menyayat hati'. Pelakon utamanya ialah Jang Dong Gun sebagai Jin Tae. Dia ni hero citer All About Eve, alarr pengurus yg ensem tu laa. Lagi sorang pelakon Won Bin sebagai Jin Seok. Dia ni lak second hero citer Autumn In My Heart. Adakah anda ingat? Ok pasti sudah bule bayangkan. Mari kita susuri bagaimana crita nya berkisah. Kisah bermula bila Jin Seok flash back jaman masa dia memuda dulu.

Alkisah maka tersebut la kisah, Jin Tae dan Jin Seok ni adalah adik beradik dan tinggal bersama maknya yg bisu. Mak dia bisu pas bapak depa ni mati. Meraung banyak sangat kot. Kehidupan mereka sekeluarga pun tak berapa senang. Demi untuk melihat adek nya belajar tinggi Jin Tae berhenti sekolah dan bekerja sebagai pengilap kasut. Mak depa niaga bukak warung jual mee. Suatu hari tetiba suasana ditempat depa tinggal kecoh dan hinggar bingar. Perang nak tercetus ropanya di antara Korea Utara dan Selatan. Korea Utara dengan bantuan China (komunis) menyerang Korea Selatan. Pihak askar Korea Selatan menyuruh warga lelaki yg berumo 18-30 tampil kehadapan untuk menyertai askar, bagi sesama membantu mempertahankan negara.

(Info : Di Korea Selatan lelaki yg masuk usia 18 tahun wajib pi khidmat negara selama 2 tahun bagi menjalani latihan ketenteraan di kem-kem tentera. Jika tidak merupakan satu kesalahan besar yach. Dilatih utk jadi tentera bebetol ni)




Tinggallah mak, tunang Jin Tae, Yong Shin serta adik-adik tunang jadi pelarian utk pergi ke tempat yg lebih selamat. Semasa berperang Jin Tae begitu agresif dan menonjol sekali serta semangat ketenteraannya membuak-buak. Semua aksi-aksi bahaya dia nak buat hampir menggadaikan nyawa nya. Adek dia hairan dan marah (sebab takut abangnya terkorban).

Jin Seok tanya pada Jin Tae 'kenapa ko sanggup begitu...begini..ko nak dapat pingat ke..nak dapat nama ke..tak sayang nyawa ko ke...kalau ko mati sapa nak jaga mak dan aku...bla bla bla..'

Lebih kurang la dialog dia mcm tu lepas dialih bahse kan. Jin Tae hanya diam saja. Memang dia nak dapat pingat supaya permintaannya akan diterima oleh pihak tentera atasan. Dia hanya mau hantar adik dia pulang dengan selamat dan belajar semula. Itu pasal dia bertindak di luar batasan. Semakin hari semakin ramai rakyat yang terkorban akibat perang. Kanak-kanak, wanita, warga mas..(sungguh kijam manusia-manusia ini) * oh tohan *




Sehengga la pada satu hari perang telah reda sikit. Jin Seok pulang kerumah utk ketemu sama mak dia dan bakal akka ipo dia. Gumbira dia. Tak sampai 10 menet melempiaskan wendu (penulis mengagak) ada org dtg bawak pi Yong Shin sebab derang saspek Yong Shin ni pengintip komunis dan juga menuduh nya pelacur. Jin Tae juga berada di tempat tersebut. Apa lagi dia pun mengamuk dan mulakan aksi gedebak gedebuk. Yong Shin akhirnya mati jua kena tembak. Namun dia sempat buat pengakuan pd Jin Tae dia tak lakukan benda yg tak elok tu. Dia terpaksa sign surat tiap kali nak ambil makanan drpd komunis sebab Kerajaan Korea Selatan tak de bagi makanan kat depa. Tapi dia bukan pembelot.

Berlanjutan dengan kematian Yong Shin, Jin Seok kena tangkap dan ditempatkan dalam penjara yang sama dengan tawanan askar komunis. Pertelingkahan berlaku di antara Jin Tae dan pihak atasan tentera Korea Selatan. Akhirnya satu arahan dikeluarkan dari pihak atasan supaya penjara tersebut dibakar sekaligus membakar semua tawanan yg ada dalam penjara. Setelah melihat penjara terbakar hangus, Jin Tae membuat kesimpulan bahawa adek nya sudah mati. Akibat kuciwaa yg teramat sangat (adek mati dan tunang juga mati) Jin Tae menyertai pihak musuh.




Ending citer agak menyayat hati kerna salah sorg dari mereka terkorban. Oleh itu sediakan la tisu primier berdekatan anda supaya anda dapat menghayati bait-bait terakhir filem ni dengan penuh perasaan sedih, hiba dan syahdu. Bersyukur la kita tidak dilahirkan di zaman perang. Sehingga kita ketemu lagi di lain ribiu.