Wednesday, August 03, 2011

Resepi : Air katira


Ramai mencari resepi air katira nampak nya (dari cctv blog hehe). Saya re-post balik entri tahun lepas mengenai air katira ini dengan ucapan,

Pecah kaca pecah gelas
Kalau dah buat tu bak le segelas

Hehehe

P/S : Oh air katira bila kah daku dapat bertemu dengan dikau?

**************************************************
Bagi mengurangkan ke-konpius-an orang Perak (cempaka) dan orang Ganu (Ijip) mengenai ayor katira yang fofular di selatan tanah air (Singapore, Johor dan Melaka barangkali), saya tampilan wajah sebenar air katira yang sokmo muncul dengan penuh bergaya dan kacak di bulan Ramdhan di bazar-bazar. Ada jumpa aritu kat param stadium shah alam tapi warna dia macam kureng sikit. Tak jadik beli.

Gambar dan resepi dipinjam dari blog chef fofular jugak iaitu http://rozzan.blogspot.com . Selain Mat Gebu ambe salu lepak kat sini stadi resepi dengan penuh khuysuk...kekeke


Tengkiu kamsahamnida

AIR KATHIRA
(Minuman kegemaran orang Islam India Selatan)

BAHAN-BAHANNYA:

Disediakan lebih awal:

Sirap:

Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.

Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.

1 cbsr kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.

10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit. Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.

1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.

1 tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)

1 cawan sirap

6 cawan air

1 sudu teh air mawar

CARA MEMBUATNYA:

Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kembang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.

NOTA:

Biji Selasih -boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual makanan kering di pasar.

Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina

Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa bulan puasa.

Rupa paras sebelum di rendam. Macam mana dia dapat nama 'kembang semangkuk' ek? Asal usul dia daripada mangkuk kah? Mangkuk tingkat? Mangkuk hayun? Mangkuk arkopal? Rupa tak de rupa mangkuk pon

Selepas direndam


Air katira yang dah siap, tinggal untuk dingap saja. Ini wajah asli kaler putih soya


Tapi ada peniaga yang dah improvais kan dia ke warna ijo.

Ini air katira versi yang asal lagi asli. Kalu ada taruk kacang tanah tu dah tak asli u ols. Cetak rompak atau jenama tiruan barangkali. Dah jadik macam laicikang pulak.

Sekian resepi kopipes. Kalau rajin di masa hadapan, bole try test buat.

Selamat mencoba!!!

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Kat mana nak dapatkan air mawar?

waiem said...

Waalaikumussalam

Mungkin boleh try cari di hypermarket

Unknown said...

bagaimana ia bly jdi ijau?

Unknown said...

bagaimana ia bly jdi ijau

waiem said...

Taruk pewarna hijau sikit

Unknown said...

mana nak dapatkam katira tu..

waiem said...

Kathira - boleh dapatkan dari kedai peniaga India

Unknown said...

Yg ori sdap... La ni mcm2 add on dh... Kcg tnh, kismis, dll..... Yg taruk buah buahan pon ader bro.... Tp, itu x salah.. Ikut selera msing2 ler..hhheheh...

Anonymous said...

katira ni arabic gum(manna) kan?