Friday, July 29, 2011

Scent of a Woman - Episode 1


Amacam geng-geng rimau harini? Hehe. Tak pe jangan bersedey. Adat bertanding kalah menang. Cuba lagi di lain masa. Macam biasa la kita sokong tim negara orang lain kat World Cup 2014 nanti macam tim Itali, Uruguay dan Korea Selatan hehe


Seterusnya kita ke episode 1 drama terbaru ahkak Samsoon kita. Excited gak nak tengok. Tambahan gadingan nye yang mantop lagi macho dan seronok mata memandang huhu

Watak heroin seorang andartu yang keseorangan yang ingin sekali bercinta. Mak dia suruh carik balak yang kaya-kaya jadik senang dikemdian hari. Kat tempat kerja beliau sering di buli oleh pengurus dan rakan sekerja. Mungkin kerna sikap nya yang senang dibuli dan tidak reti membantah dan tidak tegas di dalam kehidupan sebab tu senang di buli.


Intro pose feeling-feeling ikan duyung yang terdampar di persisiran pantai sambil menanti kot-kot ada jejaka kaya dan hengsem datang untuk bertanyakan kabo. Namun tiada. Hampa sekali dia. Kalu ada pon cuma dalam mimpi sajor. Sekali berangan da. Pantai mana tah teman lupa nama. Nama beliau ialah Lee Yeon Jae.


Kawan sebelah mengadu nasib,

"Cingu ya, aku telah disahkan ada barah payudara"

"Kau biar betol (sambil mata melirik ke payudara kawan nya). Kau belom lagi dapat menggunakannya sepenuhnya. How could this happen?"

"Entah lah. Dah takdir aku kot. Kau pula tak nak pegi buat cek-up ke? Cuba cek tengok payudara kau tu ok ke tak"

"Aku malas lah. Aku nak bercinta dulu" kata Cik Lee Yeon Jae itu


Dari kerana mataaa yang mempunyai kuasa. Ooo aku tirgoda. Dengan siapa kah beliau tirgoda


Ehemmmmmmmm...


Kang Ji Wook namanya. Oh ada Wook jugak. Abang Wook jugak la ni


Mereka bekerja di sebuah syarikat travel agent yang ngetop di Seoul. Satu hari ada VVIP Muslim nak datang melawat kawasan. Berdiskusi la mereka bagaimana mahu memberi layanan yang tip top kepada VVIP Muslim itu. Agenda pertama yang berbangkit op kos lah mengenai makanan halal. Tiada restoren halal berdekatan situ.

Ni first time ambe tengok dalam citer Korea memaparkan scene mengenai cara-cara nak hidang makanan untuk orang Muslim. Sebelum ni terdapat dalam drama Gourmet tapi yang ni lebih detail. Siap tunjuk Abang Bangla semelih ayam lagi. Siap ada Al-Quran lagi.

Tak tahu apa motif mereka tunjuk adegan ini semua. Adakah salah sorang krew drama ada menganut Muslim? Adakah mereka mahu mengenali Islam dengan lebih dekat lagi? Kita bersangka baik saja lah.


Mereka berbincang mahu menyediakan daging halal in edban. Ada saorang staf cakap,

"Alah kita hidangkan je la daging ayam 3 rasa masak cara kita. Rasa dia sama jugak"


Pertama kali jua mendengar ini di dalam drama Korea.

"Auzubillah hi minash Syaithaanir rajim. Bismillah ir rahman ir rahim. Allahuakbar(3x)"

Ahkak Samsoon menyaksikan cara-cara semelih ayam cara Islam. Ahkak Samsoon ini telah diberi tugas untuk meng-entertain VVIP Muslim itu

Dipendekkan citer ada mis-komunikasi ayam tertukau dengan babi. Deme ni sungguh maroh sebab termakan babi. Eh pakcik ni bila masa jadik Muslim


Beliau menerangkan yang beliau telah mendapatkan ayam halal


Big bos yang sedang bermain golf telefon.

"Macam mana ko buat keje ni Samsoon. Babi dengan ayam pon ko tak kenal ke? Abis lah nama baik kompeni kita akan busuk"


Senaskah Al-Quran di atas meja. Atas Quran tu pulak ada cincin. Cincin ini menjadik kontrobesi hingga menyebabkan ahkak Samsoon berhenti koje. Quran tu mesti dia pinjam brader Bangla tu punya kot.


Pakcik ni ngada-ngada takde cincin tak boleh main piano. Main biola je la pakcik. Dipendekkan citer lagi, ahkak Samsoon dituduh mencurik cincin keramat itu.


Dia pula telah disahkan dapat cancer. Aik awal citer dah dapat cancer. Bagaimana kah dikau akan ber-endut nanti. Ottokee


Beliau yang merasa frast dengan sikap pengurus nya yang tidak pandai menjaga hati pekerja

"Aku kerja sini dah bertahun tahun. Tak boleh kah kau percaya dan respek aku sikit? Bukan aku lah yang curik cincin tu setan"


"Nahhh amek ni aku punya surat resign you van basten"

*Kecepekk* Bunyi surat dicampak kat muka pengurus.


Bersambung di episode seterusnya.

No comments: