Monday, July 13, 2009

Persona Sibu


Salam sejahtera. Kamek sudah 'balit' (balik dlm bahsa Sarawak). Susah nak tangkap la bahasa Sawarak ni. Sepanjang 4 hari bersama orang Sibu, dengar mereka sembang ternganga je la...hehehe

Ada orang Sibu kah sini? Kamek sukak Sibu tok. Kamek ingat maok datang lagi tek sebab ada benda yang kamek sik sempat buat dan ada makanan 'nyaman' (sedap) yang kamek sik sempat rasa. Kamek sukak Sibu sebab Sibu bersih. Macam Kuching jugak kan. 10 markah penuh untuk tahap kebersihan di jalan raya. Ini kali ke-3 kamek ke Sarawak. Pertama pada tahun 2004 sempena Festival Rain Forest di Kampung Budaya Sawarak. Kemudian Miri pada tahun 2005. Sekejap kat je kat Miri sebab nak masuk Brunei. Seterusnya Sibu.

Sebelum citer lanjut mari kita tengok gambo duluk


Lain tiset saranghae yg di carik, lain yang dijumpai...kekeke


Sibu dari tingat 24 Wisma Sanyan belah sayap kiri


Ni belah sayap kanan. Kelihatan Sungai Rejang di situ ya. Boleh naik bot juga boleh berenang-renang di tepian. Kalu nasib baik jumpa Bujang Senang hehe


Borneo Cultural Festival 2009 (BCF 2009) Acara kebudayaan ini diadakan setiap tahun untuk penduduk tempatan. Ada juga jemput pemuzik luar untuk buat persembahan jika ada bajet lebih


Hotel penginapan The Paramount Hotel. Maok tinggal di RH Hotel sebelah Wisma Sanyan, tapi udah penuh tek


Antara aktiviti yang saya tak sempat buat "Lindung Rambut". Apa itu "lindung rambut"? Khas untuk orang pakai tudung ek? Kekeke


Satu lagi tak sempat buat "Berlubang Telinga" hehehe


Tak sempat nak makan kat sini. Last day baru jumpa gerai Senario Hidangan Mahligai Abby Adaby di Taman Harmoni. Melambai selera sungguh. Mari kita lihat menu-menu dia


Tengok menu dia macam lazat-lazat je. The Power of Rangers...perghh


Ada Mee Goreng Goodbye Darling, ada Mee Jawa Menaruh Harapan. Kalau Kak Zaiton Sameon tengok menu nih mesti dia terharu


Perghh...ada Nasik Putih & Masak Hitam Tigerwood. Cemana rasa dia agaknya. Ada Nasik Goreng Ayam Mambang di Awan, Nasik Public Phone. Aigooo nasik apa nih? Letak dalam phone ke? Hahaha Tak tahan air liur tengok tajuk The Pasong Puaka


Kemudian singgah sekejap di pasar sebab ada orang nak try test makan "ulat mulung" ni. Tengok gambar tak gerak tak best. Tengok dia nguit-nguit...fulamakk


Antara pemuzik undangan dari Semenanjung yang diundang buat persembahan di BCF 2009. BCF ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) (Petikan Utusan Borneo)


Surat kabo cina pon keluar gambo. Kamek di undang untuk enterprem dalam trip ini sebagai pemuzik simpanan hahaha. Yo yo la


Khas buat pembaca blog ni, sorang pakwe Iban ensem sebagai survenir dari Sibu. Hehehe

Nanti kan ribiu selanjutnya

Persembahan Mohram dengan lagu Ombak Hijau.

Pautan seterusnya

No comments: