Bagi yang belom pernah ke sana, apakah yang terlintas di fikiran bila mendengar perkataan Guangzhou?
No idea??
Tahu kah anda apa yang ada di Guangzhou?
Puh che taw??
Sama lah kita sebab tak pernah pergi dan kurang membaca liputan mengenai negeri ini sebab tak ramai bercerita di dalam blog. Lain la kalau Bandung kan. Sana sini orang pi shopping di Bandung.
Al-kisahnya Guangzhou adalah sebuah negeri whole sales u ols. Negeri jualan gudang. Negeri la kan sebab China is the negara. Harga barangan dia sangat la murah di samping mempunyai kualiti yang baik. Selepas ini saya mungkin tidak akan underestimate barangan 'Made in China' sebab saya sudah lihat sendiri keadaan dan situasi kedai jualan mereka.
Tatapi barangan 'Made in China' yang jual kat sini saya lihat kualiti dia amat kureng berbanding di Guangzhou. Dorang amek kat mana barang-barang ni semua ek? Kat daerah China lain kots.
Dan barangan dari Guangzhou ini saya suspek yang akan masuk ke dalam butik-butik jenama terkenal seperti Nike, Adidas dan yang sewaktu dengan nya. Tidak dilupakan Crocs dan official AC Milan merchandise ahakss. Fabrics blaus baju Zara didapati di sini juga. Dan juga furniture / perabut.
Dan agenda utama trip Guangzhou ini adalah untuk membeli perabut.
Sekarang mari kita lihat pula beberapa isu, masalah, gelagat, observation, keseronokan yang timbul dan dihadapi semasa berada di sana sebelum kita stori lubuk-lubuk shopping. Tempat shopping dia meletop dan hapenning giler. Rambang mata kuasa 10.
Bahasa
Masalah paling utama yang dihadapi semasa berada di sana sebab yang pergi (9 orang) semua zero bahasa cina dan mereka di sana pula semua zero English. "How much" pon tatau. Sangat tak patut. Saya cuma tahu 1% Mandarin sikit hasil drpd menonton citer cina. We all semua pergi sendiri tak de guna khidmat pemandu pelancong bagai sebab ada 1-2 orang yang dah pernah ke sana jadi sedikit sebanyak we all dah tahu mana tempat nak shopping. Pergi hanya shopping semata-mata tak de melawat tempat bersejarah ke, museum ke, tugu negara ke, hai meh yau. Pandai-pandai sendiri la pi. Ala-ala amazing race gitu.
So boleh la imajin ayam dan itik bercakap. Dan ada kala terpaksa menggunakan sign language seperti orang bisu daaa. Nak tanya "toilet" terpaksa cangkung keluarkan tisu buat isyarat cebok. Baru derang paham. Acah je hehehe. Belom sampai ke tahap tu lagi. Nasib baik.
Bagaimanapun we all punya CDM (Chief de mission) sudah hapal 3 perkataan penting dan utama dan 3 perkataan ni diguna pakai bila nak bershopping
Perkataan pertama – "Eee to chian (qian)?" (ikut sebutan mulut) Maksud dia "Satu berapa harga?"
Tokei kedai akan jawap "liang kuai" (2 ringgit contoh). Semua garuk kepala tak paham. So kita pon jawab balik kat dia sambil tunjuk isyarat tekan kalkulator "kalkulator, kalkulator"
Tokei kedai pon amek kalkulator dan tekan harga.
Dan dengan muka dan nada ala terkejut (mode purak-purak berlakon) kita akan cakap "Heng kuiiii" Maksud dia mahal nye. Tapi yang sebenarnya tak berapa mahal pon u ols kalu convert RM. Tapi tak kira nak murah jugak. Semurah yang boleh so kena purak-purak terkejut kata mahal. Acting kena baekk masa ni.
Tokei kedai akan kata "Puh kuii maa...cong ceng cong ceng (bebel bahse cina)" Maksud dia.."tak mahal maa, wa untung sikit saja, lu mau murah buat sendiri la..." (Agak nya la tu yang dia bebel hehe)
Pas tu kita akan jawap plak supaya dia kasi diskaun "Pang yau pang yau maa. We buy many many. Give best price". Maksud dia, kita kawan-kawan kasik la harga murah.
Teruskan menawar sampai dapat harga yang kita nak. Kalau tokei kedai tu tak bagi gak, kita belah. Kalau dia jerit panggil kita makna nya dapatlah harga yang kita nak. Kalau dia tak panggil balik, kita carut dia plak dalam malay "Ooo ko sombong ya...ko ingat kedai ko je ada jual bendalah ni, kedai sebelah pon ada maa...pirahhh"
check in hotel
Tu la dia beberapa tips membeli belah di sini. Hapal 3 wordings penting ni kalau tak reti cakap cina untuk tawar menawar dan dapat harga murah. Intonasi suara, acting, ekspressi wajah kena real dan penuh feel.
"Eee to chian?"
"Heng kuii"
"Pang yau-pang yau"
Kalau nak beli perabut katanya kena buat muka garang-garang sket dan hempas-hempas kalkulator pasti dapat diskaun banyak. Saya tak dapat menyaksikan aksi hempas kalkulator ni
Agak susah nak jumpa restoren muslim sebab kita tak ikut tour. Saya pon tak sempat nak surf internet sebelum pi aritu sebab kebizian melanda sebelum cuti. Ingatkan CDM kita tahu tempat makan muslim, ropanya dia pun tak berapa tahu sebab dalam kepala otak dia "nak beli dining table berapa seat punya", "katil kaler apa", "chandelier berapa tingkat punya" etc etc. Selagi dia tak jumpa apa yang dia nak, dia tak rasa lapar. Napsu makan dia telah diover shadow dengan napsu serakah membeli perabut huhu
Tapi we all semua dah stendby bekal. Megi mee, sambal ikan bilis, serunding, roti & biskut. Balik makan kat bilik. Tapi dah tekak orang kampung nak nasik jugak beb. Dan akhirnya jumpa juga restoren muslim.
Budaya
Orang sini suka meludah bersepah-sepah u ols. Kalau nasib tak baik terkena la ludahan itu. Depan entrance hotel rasa nak ludah, ludah saja kat atas lantai marbel hotel. Aigooo. Lepas tu orang awam yang lalu lalang akan pijak ludah tu, pas tu bawak masuk dalam rumah kan. Aigooo.
Tandas awam – out. Comeng arrrr. Terpaksa redah jugak sebab cuaca sejuk. Asek nak membeser saja, ada sorang budak kenit tu (staff KFC) huhu
pemadangan dari tingat 23 hotel...view hotel bilik saya...sungguh padatkan...lorong jalan kaki pun tak nampak
Ke-best-an
Best jalan sini sebab tak de orang kacau dan kita tak de rasa takut-takut nak jalan sesama kita kat kawasan yang kita tak pernah pi dengan kadar penduduk dia yang ramai. Sebab nanti group akan berpecah pada hari ke-3. 6 orang pi shopping perabut. 3 orang yang tak shopping perabut jalan sendiri, terjah memana tempat yang kita nak pi dengan menaiki teksi.
Agen kapal kontena kita ada remind juga berhati-hati bawak beg duit sebab dia kata banyak pick pocket. Alhamdulliah semua nya berlangsung dengan baik.
Saya puji sistem teksi sini sebab menggunakan meter ke mana jua anda pergi *sambil buat isyarat ibu jari tangan tunjuk kat semua orang * 2 kali je naik keta sapu sebab teksi susah dapat kat kawasan tu.
Keseronokan lain tentunya shopping murah giler bila convert RM. Teksi murah, kain ela murah, kain langsir murah, beg sekolah budak murah, kasut murah, cuci rambut murah, foot massage murah dan best, china silk murah. Pendek kata semua mur-mur. Dan paling best tak rasa kena tipu. Barang-barang berbaloi untuk wang anda. Teksi driver pon tak ikut jalan jauh untuk paw lebih duit kita. Cuma last day CDM kita kena tipu masa beli bulu musang ori dan bulu harimau bintang di black market. Bayar 2 dapat 1. Harimau bintang tak mau ikut balik kot. U all imajin seekor musang, isi perut buang, daging depa amek makan, peh tu kulit + bulu musang tu seekor tu dia jual. Kuku musang still ada tak sempat nak ketip, depa jual kulit + bulu. Aksesori letak kat sofa. We all dok imajin macam mana la dia gantung musang tu nak shave kulit + bulu. Siap buat aksi lakonan semula hehehe
No comments:
Post a Comment