Wednesday, June 18, 2008

Hitam hitam si tampuk Blakie




Gambar hiasan


Idea untuk memblog mengenai kisah ini timbul selepas saya membaca entri Incik Badrul ini. Sebab keluarga saya juga ada pengalaman yang hampir sama. Kisah mengenai seekor anjing jalanan.

Pada suatu masa dahulu, tahun lepas kalu tak silap, keluarga saya telah berkenalan dengan seekor anjing. Anjing itu berwarna hitam. Sebab warna dia hitam, maka parents saya menamakan dia sebagai Blakie. Memang hitam legam. Macam anjing polis.. Tapi sekarang Blakie sudah tiada. Sudah kena tembak.

Bagaimana kah Blakie boleh berada di dalam kehidupan keluarga kami ?

* gesekan biola muzik latar saspen lagi syahdu * Zasss kita layan

Begini kisahnya. Kisah sedih Blakie.

Sebagai seekor anjing jalanan yang tiada habitat tetap, Blakie telah merayau dari taman ke taman di sekitar kawasan taman perumahan Tampoi. Tu be exact di area Taman Cempaka, Taman Kenanga, Taman Dahlia. Mungkin disebabkan Taman Cempaka dan Taman Kenanga adalah rumah flat / apartment maka Blakie telah meneruskan perjalanan nya ke taman sebelah iaitu Taman Dahlia (rumah Zarina AF2 di sini dan juga mertua Faizal Husin. Faizal Husin kalu balik raya umah pak mentua dia bole la jumpa dia dimesjid semayang raya)

Mungkin telah ditakdirkan akan mengikat tali persaudaraan dengan keluarga saya, maka Blakie mem-portkan diri dia disebuah balai raya dan balai raya ini berdepan dengan rumah saya. Tiap hari di waktu siang dia akan keluar mencari makan dan aweks...ahaks dan pulang nya petang hari dan akan tidur di porch balai raya itu. Rutin harian dia macam tu la.

Nak dijadikan citer suatu hari yang ceria ayah saya telah ternampak akan si Blakie ini dan sejak dari itu ayah saya melayan Blakie. Ayah saya ni orang nya rajin melayan orang waima binatang sekali pun dia akan layan tanpa perasaan bias. Blakie diberi makanan setiap hari. Kami berasa sedikit happy sebab sisa makanan kami tidak membazir begitu saja. Kita pas kat Blakie. Kadang tu bukan sisa pon. Lauk dan nasi yang dimasak seharian juga diberi pada Blakie. Kira dah macam ahli keluarga sendiri. Mak kata anjing pon makhluk Tuhan jugak.

Seperti kata pepatah 'orang berbudi, kita berbahasa', kali ni kita tukar sket menjadi orang berbudi, binatang berbahasa'.

Blakie menjadi semakin akrab dengan ayah saya. Dengar je bunyi motor vespa ayah pom pom pom, Blakie akan berkejaran pergi berhampiran ayah saya. Bila dengar kereta adik bradik pulang keje, dia akan sambut. Oh ya ada gap antara kami dan Blakie iaitu pagar balai raya. Dan Blakie ini seakan paham yang dia dan kami tidak boleh berdekatan. Jadinya kami berinteraksi dari jauh saja. Bila we all panggil nama 'Blakie' dia akan segera datang. Peh tu sembang la pape yang patut hehehe Siap pesan jangan nakal, jangan kacau anak dara orang. Kekekeke.

Hingga la pada satu masa hal ini menjadi buah mulut jiran tetangga. Gosip tersebar mengatakan ayah saya bela anjing. Pak Mat vespa (nama glamer ayah) bela anjing...pom pom pom keceper. Penduduk disekitar balai raya itu pula majoritinya orang Melayu. Sudah pasti mereka kurang senang dengan perbuatan ayah saya itu. Walaupun ayah saya telah mendapat kebenaran dan persetujuan ajk masjid untuk berkawan dengan Blakie, tetapi anjing tetap anjing kan. Jiran tetangga dakwa takuti Blakie akan mengganggu anak-anak mereka bermain bla bla bla najis bla bla bla samak etc etc etc. Ada betol nya dakwaan mereka itu. Maka hal ini tidak dapat di diamkan dan diselamatkan lagi. Blakie harus dilepaskan. Walaupon Blakie dijumpai secara tidak sengaja, namun perasaan sayang telah wujud di dalam hati kedua orang tua saya. Walaupun Blakie itu hodoh. Kaseh sayang tidak mengenal rupa paras.

Mak kata "Tu tak boleh pegang tu dah sayang. Macam mana kalau boleh pegang"

Sebelum nya kami dah halau dah si Blakie ni. Halau halau tanak berambus. Halau halau datang balik.

Jalan terakhir untuk menghalau Blakie ialah dengan menghubungi pihak MBJB. MBJB datang tangkap Blakie dan kemudian menembak Blakie.

Dan berderai lah ayor mata amma dan appa angkat Blakie itu. Kakak angkat Blakie di KL ni pon turut sedih juga bila mendapat tahu perkabaran itu.

Sekian saja kisah Blakie yang menyayat hati dan kasihan itu.

No comments: