Tuesday, December 12, 2006

Filem : The Host (2006)



Synopsis

Food-stall owner, Gang-du walks out to the crowded Han Riverbank, when he suddenly sees a never-before-seen "something", hanging from the Han River Bridge, and moving. The fascinated crowd around him start taking shots with their phones and digital cameras...until the "thing" climbs up onto the riverbank and begins to slash into the crowd. Gang-du has just enough time to witness the Creature snatching his daughter away and disappearing back into the river.Chaos reigns over Seoul.
The Han River area is under quarantine. Gang-du receives a phone call from his daughter Hyun-seo, frightened but very much alive. Against all odds, with the help of his remaining family members, he plans to infiltrate the forbidden zone near the Han River and rescue his daughter from the clutches of the horrifying creature.

Cast : Song Kang Ho , Bae Du Naa , Byeon Hee-bong , Go Ah Sung

Director :
Bong Joon Ho

Credit :
Wiki_The Host , IMDB

Citer ni mengisahkan...di suatu senja di musim yg lalu...ketika itu ujan rintik...eh widuri la plak muahaha (sbb radio tengah men lagu tu)
Seoul tahun 2006

Citer mengisahkan satu buah keluarga yg mengalami cabaran dan rintangan semasa hendak menyelamatkan ahli keluarga mereka yang paling bongsu akibat di culik oleh satu makhluk asing brutal ala monster.

Keluarga tersebut terdiri daripada 5 orang yak itu 'atok', 'bapak' (tunggal), 'pak cik' , 'makcik' dan 'anak'. Atok mempunyai 3 orang anak. Makanya bapak, pakcik dan makcik tadi adalah adek bradek seibu sebapa. Kemdian yg diculik itu adalah anak, anak kepada bapak yg juga merupakan cucu kepada atok dan juga merupakan anak saudara pakcik dan makcik. Muahahaha...boleh paham?

Atok membuka sebuah gerai jual makanan ringan dan juga sotong kering bakar di tepi Sungai Han (Han River) di Seoul. Buat pengetahuan semua Sungai Han bukan terletak di dalam utan atau pun keadaannya seperti Sungai Gombak atau Sungai Klang di KL ni. Yang mek boleh imjin keadaan di sekelilng Sungai Han seperti Stulang Laut kat JB yg mana org ramai akan berpiknik sambil bebudak mandi manda di dalam air laut yg keruh iteww. Eh tapi tu laut...ala lebih kurang cam tu la hehe

Dihujung minggu ramai pengunjung akan berpiknik di tepi Sungai Han bersama ahli keluarga mereka. Tak dilupai juga para pelancong yang turut berkunjung di situ bagi aktiviti riadah.

Tiba-tiba pada suatu hari yg aman damai yang sepoi-sepoi bahasa muncul seekor binatang yg pelik kejadian nya dari dalam sungai. Binatang ni dua alam sebab kat darat dia boleh idop...laju dia lari hehe, kat dalam sungai pon dia boleh idop. Kedatangan binatang itu telah mengganggu keamanan pengunjung di tepi Sungai Han yg sedang dengan aman menikmati sotong kering bakar buatan atok. Maka lintang pukang dan bertempiaran la semua manusia melarikan diri dari di baham oleh binatang itu.

Nak dijadikan citer binatang itu telah menangkap anak menggunakan ekor nya dan membawa lari anak ke seberang sungai belah sana...ala belah sana tu *sambil tunjuk tangan arah belah sana seberang sungai *:P
Makanya atok, bapak, pakcik dan makcik meraung la sebab menyangka anak telah mati di-ngap binatang pelik itu. Bapak terutamanya sedih banget sebab itu la satu-satunya anak dia yg bijak.

Kemdian Sungai Han menjadi kawasan larangan oleh pihak berkuasa. Bapak telah dikenakan kuarantin sebab telah terkena tempias darah binatang itu sewaktu mahu menyelamatkan anak nya. Pihak spital kawatir kot-kot darah binatang tersebut ada membawak virus berbahaya yg boleh berjangkit pada orang lain.

Kemdian di suatu malam yg dingin bapak telah menerima panggilan telefon dari anak nya. Bapak sangat terkejut bercampur gembira sebab yakin anak nya masih hidup. Bapak cuba inform pada pihak polis untuk mencarikan anak nya tetapi tidak di layan sebab pihak polis seyakin yakin percaya anak bapak telah mati. Naluri bapak tetap mengatakan anak bapak masih hidup. Maka bapak berpakat dengan atok, pakcik dan makcik mahu melarikan diri dari spital dan mahu mencari anak dengan cara mereka sendiri.

Dan berlaku la misi mereka mencari anak. Pelbagai halangan dan rintangan di lalui sebab tak de siapa percaya kan mereka dan tiada sapa yg sudi menolong mereka. Juga ada insiden menyayat hati bila mana atok mati dilibas ekor itu binatang semasa nak cari anak.

Seterusnya saksi kan sendiri kesudahan filem yg telah menelan belanja USD 12 juta.

Binatang pelik itu muka nya tak berapa menggerunkan walaupun mulut dia ada beberapa lapis. Bentuk badan dia ala berudu. U ols imajin berudu gergasi hahaha

Seoul tahun 2000
Lokasi disebuah spital, seorang doktor bangsa US telah menyuruh seorang dokter bangasa Korea untuk membuang bahan kimia jenis 'formalik' ke hapa dengan kuantiti yg sangat banyak. At first dokter Korea ni refused dengan alasan buangan bahan kimia tersebut akan mengalir ke dalam Sungai Han dan boleh merosakkan makhluk dalam sungai. Mereka berbalah dan akhirnya dokter Korea itu terpaksa akur.

Moral of the stori, hati-hati bila membuang sisa toksik ke, bahan kimia or watever ke dalam sungai nanti akan tercipta seekor binatang yg pelik yg akan meng-ngap orang awam bila tempoh matang dia sudah cukup hahaha.

Kabarnya citer ni bakal di-remake oleh Hollywood tak lama lagi.

Citer ni juga telah memenangi award Best Picture, Best Director, Best Sound Effect, Best Cinematrography di Korean Film Awards yang lepas.

No comments: