Friday, December 08, 2006

Filem : Cinta (2006)




Synopsis

"Cinta" is a film of five modern-day love stories with the metropolitan skyline of Kuala Lumpur as the backdrop. While each story is independent, the characters are connected to each other by circumstance, coincidence or location.With love as its universal theme, the movie takes us through the lives of five couples who search, find and lost their love in the beautiful city. Through them, we experience five different facets of love.

Para pelakon : Dato' Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Fasha Sanda, Eizlan Yusuf, Nanu, Que Haidar, Sharifah Amani, Pierre Andre, Rashidi Ishak, Rita Rudani

Pengarah : Khabir Batia

Laman web CINTA

Nota kepala: Macam biasa ulasan di blog ini akan tersasar dan melalut sket dari jalan citer sebenar. Anggap la anda sedang membaca komik picisian hehe

10 bintang 5 kisah cinta 1 cerita

Yang mana satu cinta menjadi pilihan anda


Cinta tidak mengenal usia
Cinta sejati. Walaupun sakit masih ada yg sudi sayang, mengambil berat dan melayan kerenah. Payah nak cari orang yang sanggup menerima kekurangan diri kita. Bak kata Cekgu Elyas '...sanggup menerima buruk dan baik pasangan kita...' (lupa dialog penuh)

'Isteri bukan hakmilik tapi anugerah'

'Bukan senang nak jaga orang yang kita sayang'

'Sehari menjaga orang yang kita sayang lebih baik dari...'
...aiseh lupa...banyak sangat dialog best sampe lupa hehehe

Paling teruja nak tengok citer ni bila dapat tahu ada 2 pelakon ni.


Cinta biar lah rahsia
Ada yang tidak suka kisah cinta nya di ketahui satu dunia. Ya kita harus hormati pendirian dia. Tapi tak patut la nak mengeluarkan kata-kata yg bisa yg melukakan perasaan orang yang di sayang. Kalau saya la itu Azura (huhu) akan berasa sangat kecik hati dan akan ingat kata-kata dia yang dia cakap pada satu dunia guna mikropon lagik tuh sampai bila-bila 'dia bukan gel pren saya...dia tak penting dalam hidup saya...bla bla bla' Ampes nye boipren. Adakah dia malu kerana gel pren dia bekerja di kedai buku?

Mungkin dia boleh jawab 'kisah cinta saya terlalu peribadi untuk diceritakan...biar la rahsia...satu hari nanti bila dah confirm saya akan umumkan...sabar u ols semua'

Atau mungkin boleh jawab 'no komen' saja.

Disebab Azlan adalah seorang bisnesman yg terkenal lagi esmem lagi single penah kluar muka depan majalah maka sedikit sebanyak orang awam nak tahu juga kisah cinta dia.

Tah pape tah tanak orang tahu kisah cinta dia tapi keluar tengok teater di siang hari di tempat awam dengan berpimpin tangan. Cian Azura huhuhu Dan saya tak paham kenapa muka Azlan akan berubah bila berjumpa dengan wartawan dan juga bila di tanya wartawan mengenai kisah cinta nya seolah-olah dia sedang melakukan kesalahan jenayah. Apakah bercinta itu berdosa? Kau bukan bercinta dengan isteri orang buat pe mau takut. Oh ya Azlan mungkin takut dengan wartawan yang kabarnya ada lesen boleh menjatuhkan juga menaikan seseorang individu dengan berita gosipnya.

Azlan juga sudah kelihatan boleh tahan boroi. Lari pon tercungap-cungap. Adegan dalam ERL mengundang gelak tak henggat. Bukan sebab Azlan dan Azura tapi muka extra-extra yg di sekeliling tu hahaha


Cinta lela manja
Cinta dan kasih sayang adik bradik yang tidak ternilai harga nya. Kakak mana yang tak sayang adiknya. Kakak mana yang tak ambil berat pasal adiknya. Lebih-lebih kalu adik lelaki. Takut terjebak dengan gejala tidak sihat. Eh kalau ada adik pompuan pon risau jugak. Tapi lebih risau pada yang lelaki la. Kerana sayang kakak sanggup berkorban apa saja harta atau pun nyawa

Kakak pon dah frust bercinta dengan suami orang. Ada baiknya bagi tumpuan pada adik sendiri.

Moral of the stori, bercinta dengan suami orang tidak kemana. Sebagai kawan boleh tapi harus berpada-pada takut terlanjur perasaan huhu

Adik jangan takut gelap
Sebab kakak ada lilin
Adik jangan tutup mata
Sebab kakak ada kat sini

Selamat tidur kakak ku

Cinta esok untuk siapa
Cinta sebegini saya tak brape paham. Dapat laki baik tak kena, dapat laki jahat lagi la tak kena. Mungkin isteri tersebut mahu suami yg kaki pukul, suami yang tak suka keja makin hasil bini atau suami yang doploh pat jam dok kedai kopi huhu. Nak kata kreta Imran lagik besar, tak jugak. Lebih kurang sama je ngn kreta Harris hehe

Antara jawapan stended yg akan di dengar :
Tiada jodoh antara kami
Jodoh kami hanya setakat itu saja

Kasihan kat anak yang terpaksa ke sana ke mari untuk mendapatkan kasih sayang mak dan ayah nya.



Diam-diam cinta
Cinta kebanyakan. Kalau boleh dielakkan sebegitu. Kerana cinta gelpren mencari boipren yang jauh sebab sudah terlanjur. Cinta sebegini pon tak kemana. Nasib baik keguguran. Kalau tidak...seterusnya anda imajn sendiri

Imaginasi saya. Khalif mungkin akan bersama Arianna sebab anak tapi tidak menyintai Arianna sebenarnya. Mungkin mereka akan berkahwin. Sebab tidak cinta Arianna, Khalif akan bermain kayu tiga dengan perempuan lain dan akan buat Arianna merana dan mengalami jiwa kacau dan seterusnya

Imaginasi seterusnya mungkin nanti kerana terlalu makin hati dengan sikap yg tidak caring Khalif itu, Arianna dengan singkat fikiran mungkin akan membungkus bayi luar nikah itu dalam beg plastik hitam dan mencampak bayi dari atas tingkat 6 pangsa puri umah sewa mereka.

Jauh sungguh imaginasi saya huhu Dan Arianna mungkin bertuah ditemukan dengan Taufik untuk memulakan hidup yang baru

Yang pasti taik lalat kat pipi kiri Taufik ada 6 yek muahahaha (sempat kira masa kemra close-up)

Cinta hadir tanpa diundang
Cinta mempunyai pelbagai jenis dan fesyen. Takdir dan waktu yang menentukan fesyen cinta bagaimanakah yg akan anda alami dan manusia memang tidak dapat lari cinta.

Sebuah filem yang cantik sinematografi nya

Sebuah filem yang menarik dialog nya

Sebuah filem yang hebat para pelakonnya

Sebuah filem yang dapat dirasai kesungguhan dalam pembikinannya

Sebuah filem yang mekap heroin juga cantik huhu (biasa la org pompuan musti tengok mekap) Juga heroin tiada yang mengenakan rambut pelesu :P

Pendek kata citer ni menarik untuk ditonton.

Terima kasih pada yang mengunjung blog ini. Saya cinta anda...sarangheyo : )

P/S : Senin depan warga Selangor cuti pablik oliday yayyy. Jangan jeles org KL muahahahaha*gelak eksen jin semprit*

1 comment:

safe said...

Mana sy boleh dapat cerita ni ya?