Thursday, November 16, 2006

Filem : Some (2004)



Synopsis

Police officer Kang Sung-joo is in the middle of an investigation that deals with a missing 10 million dollars worth of drugs, a gangster/dealer conspiracy and a huge web that is tied together by an incriminating piece of evidence that falls into the hands of Seo Yu-jin, a local news reporter. The morning she receives it, Yu-jin begins to have visions and déjà vu’s for that particular day, as if she’s lived out various situations before and that they are already in her memory. At first it flusters her, as she attempts to realize what is going on, until she takes note of a specific gunshot that will be the death of someone by the end of the day.

Starring : Go Soo ,
Song Ji Hyo



Citer ni citer aksi mengenai polis mau menangkap penjenayah yang terlibat dengan kegiatan dadah. Mek rasa ni pes time tengok citer Korea yang melibatkan dadah. Mungkin dadah kurang popular di Korea oleh itu deme tu seme tak de idea nak bikin citer pasal dadah seperti jual beli dadah kat disko ke, isap dadah sampai overdose ke, serbu kilang proses dadah ke, artis depa kena tangkap air kencing positif ke mungkin tak de di sana.

Bagi mengiyakan fakta kurangnya dadah di Korea, saya mempunyai pengalaman di mana ada sorang saudara saya penagih tegar tahap kronik yang ingin sangat nak pulih dari pengisapan dadah, dia telah berhijrah dan menetap di Korea atas cadangan sorang saudara. Selama 6 tahun dia menetap di Korea sebatang kara dan alhamdulillah berjaya pulang ke Malaysia dengan bebas dadah. Dia pulang ke Mesia mungkin sebab rindu sama kampung halaman, sanak saudara dan juga makanan tempatan. Hari-hari kena bedal kimci mana bleh tahan ye tak hehe. Malang nya pulang ke negara sendiri terjebak semula dengan dadah atas pengaruh kawan². Sedih tak? Sedih u ols. Sedih sangat. Kalau saya tahu saya suruh saja dia mastautin di Korea terus sampai mati. Masa tu saya kecil lagi tatau pape. Mungkin sekarang tahun 2006 tak pasti gejala dadah kat Korea cemana tapi menurut info yg didapati keadaan nya tak jauh beza.

Tapi saya amat saspek kat dia sebab dia ada inisiatif nak bebas dadah. Dan hingga ke hari ini dia menjadi kesayangan keluarga mungkin sebab karekter dia yg kelakar dan Alhamdulillah sekarang dia punyai kerja tetap dengan gomen dan selalu mempunyai masa bersama keluarga. Mungkin Allah telah memberi dia hikmah dan hidayah padanya.

Pada anda-anda yg mempunyai kaum kerabat terjebak dengan dadah ni kita bantu mereka kembali kepangkal jalan. Mudahan mereka dapat membebaskan diri dengan najis dadah selamanya. Kalau tak berhasil jugak try hantar deme tu ke Korea hehe

Kalau citer pasal dadah saya akan sebak oleh yg demikian mari lah kita berbalik pada perkara tajuk iaitu citer Some hehehe

Hero dia hero Green Rose manakala heroin dia second heroin Goong. Memula saya enggak pasan dia heroin Goong masa tengok citer ni. Lepas baca profile dia huk ala dia ni ropanya. Kok wajahnya berbeda hehe.

Hero seorang polis yang mahu menumpaskan kegiatan dadah. Kemdian bertemu dengan heroin bagi membantu siasatan. Heroin mempunyai maklumat tentang sapa dalang di sebalik kes tersebut yang disimpan dalam format mp3 yg berada dalam henbeg nya. Maka polis dan penjenayah pon berlumba² mau mendapatkan itu mp3 hingga nyawa heroin dalam bahaya. Yg sebenarnya heroin pon tatau yang dia mempunyai maklumat rahsia itu sebab maklumat tersebut harus di serahkan pada kawan heroin yg juga merupakan salah sorang pengedar dadah iteww tapi belom berkesempatan nak disampaikan.

Di sudut yang lain heroin mempunyai kelebihan iaitu setiap peristiwa yg dia lalui dia cam pernah alami sebelum nya. Seolah-olah mcm dejavu. Sifat dejavu nya itu nanti yang membantu pihak polis mengesan penjenayah sebenar.

Again dalam citer ni seorang polis merupakan musuh dalam selimut. Memang polis dan rasuah tidak dapat dipisahkan bak irama dan lagu kekdahnya hik hik. Nak menumpaskan kes dadah yang terbesar tapi penghalangnya adalah polis. Ini machiem sampai kiamat pon tarak boleh benteras ini gejala dadah. Ya ampun.

Yang menarik dalam citer ni heroin bekerja sebagai pengulas cuaca dan info trafik dan akan melapurkan keadaan cuaca dan kesesakan lalu lintas di setiap tempat yg ditempatkan cctv di bandar Seoul dan kerjayanya itu dapat membantu pihak polis mengejar kereta penjenayah walau di mana jua mereka melarikan diri *gerak tangan ala ras adiba radzi* :P

Kalau nak tengok hero ni selekeh dan serabai nonton la citer ini hehe.

No comments: