Friday, November 03, 2017

Secangkir Teh Pengubat Letih




Syukur dipertemukan dengan buku ni. Buku diterbit pada tahun 2010. 

Kembara Ustaz Hasrizal ke Turki pada tahun 1995 dan seterusnya. Dekat 20 kali beliau dah pergi ke Turki. Bermakna dari tahun 1995 hingga 2010 buku ni terbit. Tahun 1998 orang Turki pon kecoh mengenai Anwar Ibrahim dan bertanya akan hal tersebut kepada Ustaz. 

Beliau belajar di Jordan waktu itu. Bila cuti semester beliau travel ke Turki. Semacam ada chemistry yang kuat dengan Turki, bila jiwa kacau tak tenang di Jordan, beliau akan membawa diri ke Turki. Orang Arab Jordan disekelilingnya gemar bertekak katanya. Bila berada di bumi khalifah Turki semacam tenang aman damai kehidupan rasanya. 

Di Turki beliau berkenalan dengan beberapa orang tempatan Turki sehingga menjadi akrab. Dari situ beliau dapat mengenal Turki dengan lebih mendalam lagi. Sejarah Turki, perangai orang Turki, tahap keislaman orang di Turki, budaya orang Turki yang menitik beratkan hal-hal kecil, zaman inflasi Turki, mata wang Lira menjunam, gempa bumi di Turki pada tahun 1999 dan sebagainya. 

Yang menarik dibaca tentu lah mengenai sejarah Islam Turki dan pengajarannya.

Pendek kata sangat direkomen baca buku ini. Terutama yang minat sejarah. Tak menguap baca sebab dia ala novel gitu. Banyak dialog dialog. Boleh beli online di website Galeri Ilmu. 

Antara petikan dari buku.

Bab 17 – Masin Mulut Emak. Mengubahsuai larangan Emak.

“Kamu tak payahlah pergi ke Turki lagi. Emak tengok telebisyen tu tak habis-habis peperangan di sana sini.”

Emak menyuarakan kebimbangan hatinya melalui perbualan telefon kami pada suatu petang.

“Perang tu sebenarnya di sebelah timur, Mak. Kalau nak diukur, mungkin jarak tempat perang itu dengan Jordan lebih dekat, berbanding Istanbul." 

Saya cuba menenangkan hati Emak yang risau di kampong. 

Hati mula menganalisis. Emak bukan tidak benarkan, Cuma dia tidak galakkan. Wah! Saya cuba menggunakan kaedah Usul Fiqh untuk menganalisis larangan Emak. 

[Dipendek kan cerita perjalanan Ustaz ke Turki pada kali ini tidak lancar. Sewaktu di Istanbul dompetnya telah dicuri. Dalam dompet tu ada macam-macam dokumen. Lemah seluruh badan. Lemah bukan sebab kehilangan duit dan dokumen. Tapi sebab masin mulut Emak. Dan Ustaz mengetahui itu semua balasan Ustaz melawan cakap Emaknya. 

Bagaimanapun pencuri itu telah letakkan dompet di dalam masjid. Mereka cuma ambil duit saja. Letak dompet dalam masjid sebab dalam dompet Ustaz ada stiker lencana satu pertubuhan. Tengok pada lencana itu, pencuri tu tahu ahli nya mesti solat. Sebab tu dia tinggalkan dompet di dalam masjid. Pencuri baik hati.]

Selepas kejadian itu saya telefon Emak dan ceritakan apa yang berlaku. Saya meminta maaf kerana telah mengubah suai larangan Emak dengan bijak pandai ilmu yang saya belajar. 

Oleh itu sahabat sekalian, dengan ibu bapa jangan semberono menunjuk pandai. 

Sebijak mana sekali pon kita, jangan lah sesekali kita lupa taat dan berbakti kepada ibu dan bapa. 

Sesungguhnya saya bersyukur kerana Allah sentiasa memberikan balasan dunia agar saya cepat sedar. 

Malah saya nasihatkan kepada diri saya dan anda semua dengan satu perkara. Seandainya selepas semua perkara berjalan lancar, perniagaan baik, keluarga sihat, tetapi hati masih gelisah, jangan lah pergi jauh mencari punca. Mungkin ada dosa dan salah kita terhadap ibu bapa di kampong. 

Majoriti kes saya temui sewaktu bekerja di sebuah firma dulu, kebuntuannya terkunci pada soal hubungan dengan ibu bapa. 

Sahabat sekalian, terima lah pesanan saya. Telefonlah, SMSlah, pulanglah, jangan biarkan ibu sunyi di kampong. Tiada keberkatan hidup pada menyakiti ibu bapa. 

[Pesanan diterima Ustaz dengan rendah hati]

Saya terkesan dengan bab ini. Biasa dengar lawan cakap. Tapi kali ni bukan lawan, tapi mengubah suai larangan. Bab renovate larangan ni memang kerja kita. Kita tahu benda tu salah dan berdosa. Tapi sebab nak sedapkan hati, kita mencari hujah-hujah yang tak kuat untuk membenarkan perbuatan salah kita. Tak kira samada larangan Emak atau larangan Allah. 

Contoh, menutup aurat dengan sempurna itu wajib. 

Tapi kita ubahsuai, alah buat apa pakai tudung kalau hati jahat. Dan sebagainya.

Kannn??

Bersambong... kalau rajin

No comments: