Seminggu dua ni gigih attend kelas masak. Sebab apa? Sebab PERCUMA. Dalam kehidupan sekarang susah nak dapat benda percuma, maka bila ada tu jangan ler lepaskan. Huhu
Minggu lepas kelas nasi Arab, minggu ni kelas masak tajaan Buttercup.
Dikendalikan oleh Ida Bakery yang terletak sama lorong dengan rumah saya. Jadi jalan kaki sajor. Kalau tak join macam rugi pulak.
3 menu di-demokan.
Pertama, puding pelangi 3 warna. Nak buat banyak warna pon boleh.
Sebelum ni macam teragak-agak nak buat puding ni sebab terfikir nak layerkan dia macam mana. Bila me-layer yang satu warna tu, satu lagi warna nak kena kacau kat atas dapur sebab kalau tak kacau dia akan mengeras atau macam mana. Ni baru 3 warna. Kalau 7 warna asli pelangi macam mana? Mau terkial-kial nih. Akhirnya terjawab sudah
Resepi kedua, apam begawan solo. Apam ni inti kelapa kat dalam. Macam sedap jer. Inti kelapa buat banyak-banyak lepas tu boleh frozenkan. Boleh diguna pakai untuk kuih lain yang menggunakan inti seperti itu seperti kuih ketayap dan kuih koci.
Apam 2 warna. Nak buat banyak warna pon boleh. Ikutlah kebolehan mewarna anda. Ianya dimasak menggunakan kukus letrik. Senang bebeno cik senah oii
Rupa paras bila keluar acuan. Inti tu jangan ler lokek sangat nak letak. Bior le puas orang makan. Apam ni pon boleh difrozenkan. Bila teragak nak makan, panaskan sahaja.
Resepi ketiga, kebab crabstik.
Menggunakan roti pita wholemeal cap mission. Kalau tak de cap mission, cap impossible pon boleh
Cenderahati untuk dibawa pulang. Seketul Buttercup dan buku resepi
Balik rumah budak ni pulun ratah Buttercup. Sabo je lah.
Sehingga bertemu di kelas masak yang lain.
No comments:
Post a Comment