Buku ini terbitan Yamani
Angle Sdn. Bhd. Saya beli di sebuah kedai buku yang terletak di AEON
Setiawangsa.
Tertarik nak beli sebab hal
mengenai wanita.
Di dalamnya ada kisah 29 wanita yang diceritakan di dalam Al-Quran. Di dalam Al-Quran tidak diceritakan secara detail jalan cerita dan namanya.
Di dalamnya ada kisah 29 wanita yang diceritakan di dalam Al-Quran. Di dalam Al-Quran tidak diceritakan secara detail jalan cerita dan namanya.
Buku
ini ada menceritakan jalan ceritanya, siapa wanita itu yang Allah sebutkan di
dalam firmanNya.
Mengapa,
di mana, siapa dia dan apa pengajaran yang Allah hendak sampaikan di dalam
wahyu Allah itu.
Contoh 1 : Kisah Nabi Muhammad dan isteri-isteri baginda dan ada berlaku pergolakan rumahtangga di situ
Surah At-Tahrim ayat 1-5
Ayat [4]
"Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat – juga menjadi penolongnya."
Kemudian Ibn Abbas tanya Saidina Umar.
"Wahai Amirul Mukminin, siapakah kedua-dua isteri Rasulullah yang berkenaan kerana mereka lah Allah turunkan ayat 4 itu?"
"Alangkah tingginya keinginan untuk mengetahui hal tersebut wahai Ibn Abbas. Kedua-dua orang yang dimaksudkan dalam ayat itu ialah Aisyah dan Hafshah."

Contoh
2 : Kisah Nabi Muhammad mengahwini bekas isteri anak angkatnya
Surah
Al-Ahzab ayat 37
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau
berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam)
dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu
itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu
perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian
manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya).
Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan
menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan
atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak
angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya
terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang
dikehendaki Allah itu tetap berlaku."
Ayat ini menjelaskan secara terperinci bahawa
sesungguhnya pernikahan di antara Zaid (anak angkat Rasulullah) dan Zainab
adalah sebagai langkah Allah untuk membatalkan perihal anak angkat dalam Islam
serta kebolehan seorang ayah angkat menikahi bekas isteri anak angkatnya.
Contoh 3 : Kisah perempuan pembawa kayu api yang
sangat memusuhi Rasulullah
Surah Al-Masad ayat 1-5
Begitu la kupasannya. Kisah wanita di dalam Al-Quran yang boleh kita ambil pengajaran dan iktibar.
No comments:
Post a Comment