Friday, May 02, 2014

Keburukan di dalam nikmat


Semalam hari Buruh. Berkesempatan menyaksikan Tanyalah Ustaz dengan penuh ketenangan.

Kalau hari-hari biasa memang tak sempat nak tengok sebab sibuk di dapur menyiapkan apa yang patut.

Sambil tengok tv sambil makan sarapan makaroni goreng yang digoreng sebelum itu. Nyam nyam sedap.

Tajuk semalam ialah Murung.

Kali ini kali kedua Ustaz ini telah memberi ilmu yang berguna. Ilmu pertama dulu saya ingat sampai hari ini.

Maaf saya terlupa nama Ustaz ni. Kalau tak silap terbaca nama dia Ustaz Muhamad.

Dahulu, tahun lepas kalu tak silap beliau telah berkongsikan satu ilmu yang berguna mengenai mandi.  

Tips untuk mengurangkan kolestrol yak itu dengan mandi sebelum Subuh.

Sebab time sebelum Subuh kolestrol kita…tah apa tah dah lupa. Tapi kata kunci dia mandi sebelum Subuh la. Ustaz pon amalkan.

Selepas dah mandi tu, solat Subuh awal waktu dan berjemaah. Lagi beso fadilat nya. Kolestrol kurang, pahala bertambah.

Amacam? 

Tapi taim Subuh le yang sedap tido. 

Ok berbalik pada topik semalam, ada orang tanya soalan. Tak ingat soalannya. Jawapan Ustaz mengenai nikmat.

Selalu orang kata disebalik kejadian / musibah pasti ada hikmahnya. Ya benar sekali.

Sebab Allah berfirman di dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6. 

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Tapi jarang sekali kita jumpa orang kata disebalik nikmat yang Allah beri ada keburukan yang akan berlaku selepas itu.

Jadi hati-hati lah sewaktu menerima nikmat.

Contoh situasi :

Bila waktu miskin, adik beradik kemain elok perangai. Tak de gaduh-gaduh.

Bila Allah bagi nikmat kaya, kemain berpatah arang, berkerat rotan dek kerana duit.

Nampak tak keburukan di sebalik nikmat?

Oleh itu sebelum kita menerima nikmat Allah kita hendak lah berdoa dahulu.

Sewaktu menerima nikmat, pulangkan balik keburukan yang bakal ada di dalam nikmat itu kepada Allah. 

Contoh doa :

Ya Allah ini nikmat yang kau beri pada aku. Aku tahu di dalam nikmat ini ada keburukan. Yang nikmat aku nak, yang buruk aku pulangkan balik kepada Engkau kerana aku tahu aku tak sanggup untuk berhadapan dengan keburukan itu Ya Allah.

Kemudian Ustaz lanjutkan sikit mengenai anak dehaka.

Anak derhaka antara salah satu contoh keburukan yang wujud selepas diberi nikmat yang mana kita tidak berdoa sewaktu menerima nikmat itu.

Selepas bersalin dan misi letak anak di pangkuan kita, ketika itu hendak lah kita berdoa menerima nikmat dan pulangkan balik keburukan kepada Allah.

Bila fikir balik, nikmat juga merupakan ujian.

Wallahualam.

No comments: