Thursday, November 07, 2013

Pengalaman bank minta penyata KWSP di tengah jalan



Hari Jumaat lepas dan lepas saya ke Emkop Mall di PJ untuk membeli barang. Selesai adegan membeli barang perut merayu mintak di isi. Dah lama tak makan di Resepi Rahsia, maka saya pon membuat pilihan untuk makan petang di situ. Lagi pun kalau nak balik itu jam sekitar jam 5.30 petang memang menguji kesabaran sebab kesesakan luar biasa dijangka akan berlaku di Lebuhraya Persekutuan.

Lepas oder makanan saya SMS seorang rakan yang bekerja di bangunan bersebelahan. Malangnya beliau tiada di pejabat. Sudah bergerak ke suatu destinasi pilihannya.

Pasrah la saya...(dengan segalanyaaaa). Kengkonon nak buat seprais  tapi tak menjadi pula.

Selesai makan saya bercadang untuk ke kedai buku yang terletak di tingkat 2.

Sebelum sempat saya meneruskan perjalanan saya menuju ke kedai buku yang popular itu, saya telah disapa oleh seorang pekeja bank yang berjenama "Standed" di pintu masuk Emkop Mall.

"Kakak ada epf tak?" tanya amoi yang manis itu

Saya pon terjawab "Ada."

"Ok ini  teddy bear percuma untuk kakak"

"PERCUMA??? Betul ke? Saya tak percaya lah."

"Betul kak. Saya tak tipu punya."

"Sebab mana ada benda yang PERCUMA sekarang ini di dalam dunia yang fana ini."

"Akak minta IC saya cek kan epf stetmen."

Saya pon akur tanpa banyak cakap. Perut pon dah kenyang. Tapi dalam pala otak dah terpikir mesti dia nak sesuatu daripada saya. 

Ok tak per. Mari kita lihat sapa yang kenaaa...

Lepas tu dia tunjuk saya risalah mengenai kredit kad keluaran bank tersebut.

"Kalau akak kolek poin sekian sekian... bla bla bla... u boleh pergi luar negara" sambil menunjukkan tempat-tempat menarik luar negara yang boleh saya kunjungi.

"Akak u ada pakai kredit kad?"

"Takde. Saya sudah tutup semua kredit kad sebab tak mampu nak berhutang lagi" jawab saya

"Akak u ada bisnes kad?"

"Takde" jawab saya

"Ok tak pe kak, u duduk dulu. Tulis nama kompeni dan telefon sini" amoi itu menghulurkan saya sebuah buku untuk menulis.

Belum sempat saya menulis nama kompeni, saya lihat dia potostat IC saya.




"Eh kenapa fotostat saya punya IC?"

"You jangan risau kak, saya cop palang IC kak" amoi itu pon cop palang 2-3 bahagian di IC fotostat saya.

Cop palang itu berbunyi "For the use of bank jenama Standed only"

Saya pon bersetuju dengan tindakan dia memalang IC fotostat saya sambil berkata, "Aaa IC fotostat pon tak boleh simply bagi sapa-sapa sebab boleh berlaku penipuan dan pemalsuan."

Kemudian dia cop palang penyata KWSP saya pula.

"Eh kenapa awak cop epf saya pulak?"

"Oh ini untuk bank punya."

"Kenapa bank nak epf stetmen saya?"

"Bank nak tengok tiap bulan majikan ada buat pemotongan epf tak."

Dari sini saja sudah boleh kesan sesuatu yang tak kena bakal berlaku tanpa rela.

Saya tanya lagi,

"Kenapa bank nak tahu?"

"Bank nak tahu betul ke majikan ada buat pemotongan."

Aik jawapan yang sama diulang.

"Saya rasa bank tak perlu tahu. Cukup sekadar saya tahu dan saya BAHAGIA sudah cukup" kata saya lantas bangun dan mengambil kembali salinan IC dan penyata KWSP saya.

Ya saya tercakap "bahagia". Ala-ala romatis gitu. Pasangan bahagia... kekeke

"Minta maaf. Saya tak boleh bagi epf stetmen saya" kata saya senyum sambil menepuk-nepuk lengan tempat BCG nya itu. Ketika itu dia memakai kemeja tidak berlengan.



Teddy bear percuma tadi juga saya tidak ambil.

KAN. Mana ada benda percuma dalam doniya sekarang. Sabsidi kena tarik balik lagi ada.

Wajahnya tampak kuciwa sebab tak dapat menambah komisyen barangkali.

Saya lantas berjalan laju menuju kedai buku di tingkat atas. 

Bagi meraikan rasa puas hati sebab berjaya ambil balik penyata KWSP, saya telah membeli 3 novel yang muka suratnya lebih dari 1000 muka surat. Huhu



Puas hati!

*Yes! Yes! Yes! Say it again. I’m the best, I’m the best, I’m the best!* (Salah satu lirik lagu pilem Shahrukh Khan yang dia perasan dia best)

Ketika itu saya juga perasan saya best sebab tidak termakan umpanan sebijik teddy bear percuma yang berkebolehan mengumpul habuk itu. Hihihi

Ok moral of the stori

1. Pesen begini pulak kah bank nak paksa kita amek kredit kad?

2. Ini pertama kali saya mengalaminya. Mujur saya cepat bertindak. Jika saya tidak ambil kembali penyata KWSP itu, ada malam hari saya tak boleh tido memikirkan hal ini.

3. IC / kad pengenalan asli atau salinan kita tidak boleh sewenang-wenang diberi kepada pihak ketiga seperti yang penah saya tulis sebelum ini. Antara IC dan ID . Salinan IC juga mesti dipalang.

4. Penyata KWSP juga pada saya tidak boleh diberi kepada pihak ketiga sewenangnya sebab ianya P&C. Pada saya lah. Melainkan atas urusan peribadi yang berkaitan.

5.  Pihak bank boleh menjual info peribadi kita kepada pihak lain. Seperti yang pernah kupas oleh sedara Mazidul di  SINI

Sekian kisah pengalaman saya.  

Saya akhiri dengan pantun dua kerat

Kalau nak buat paspot atau IC
Pergi la ke UTC

2 comments:

hurulaini said...

Owh...saya ada apply tu.hahaha..sbb nak dapat BIG point free, lepas isi borang dapat termos free...hasrat hati lepas 6 bulan cancel terus...kad mcm tu bahaya...start second year dia kenakan monthly charge rm15...aigooo.

waiem said...

Memang bahaya. Hindari sebelum melarat...hehehe