Wednesday, July 31, 2013

Kerabu kerang taugeh


Bahan - bahan : 

Taugeh (30-40 sen)
Isi kerang (1 cawan atau lebih ikut suka)
Kacang panjang (optional)
Beras sikit (goreng tanpa minyak lepas tu tumbuk)
Udang kering (goreng tanpa minyak bersama beras tadi dan tumbuk togede gede...sekali harung tak payah buat 2 keje)
Belacan bakar
Cili padi (ikut suka)
Bawang merah 2-3 biji
Kerisik (2 sudu besar)
Santan kotak (2-3 sudu besar didihkan kejap atas api)
Limau kasturi (dalam 2-3 biji)
Garam 
Gula

Cara - cara :

1. Celur kan kejap taugeh (letak dalam tapis besi lepas tu curah air panas...tapis letak sangkut dalam periuk...biarkan wap panas mencelurkan taugeh seketika)

2. Tumbuk belacan, bawang merah dan cili padi

3. Tumbuk beras bersama udang kering

4. Dalam mangkuk besar gaulkan semua bahan sehengga mesraaaa

5. Sedia untuk di ngap

No comments: