Monday, April 23, 2012

Mendimsamkan dirik


Salam Isnin

Cantik tak dimsam ni?

Semalam saya telah pergi mendimsamkan dirik di Hotel Quality Kuala Lumpur sempena dengan promosi dimsam halal di sana.  Dimsam dihidangkan secara buffet RM31.50++ untuk dewasa. Harga kanak-kanak pula separuh la kot.

Saya sungguh teruja dengan promosi ini sebab :

1) Ia nya dekat dengan rumah

2) Dah lama mencarik dimsam halal yang dekat dengan rumah

3) Saya suka makan dimsam terutama yang dekat dengan rumah hehehe

Sedap 

Chinese tea. Kira ikut kepala. Sekepala 3 hengget, tak kira minum banyak kah, atau minum sikit kah. Ampeh ingatkan dah termasuk dalam buffet. Sebab sejurus kita duduk waiter akan tanya nak air apa

Dimsam iras cup cake

Sesi menjamu selera

Sesi termenung sebab perut dah penuh dan kenyang
 
Bagi sapa yang berminat makan dimsam boleh la berkunjung ke sini sebab promosi ini katanya di dalam surat khabar akan berlangsung sepanjang tahun 2012. Dan sebelum pergi tipon dulu untuk booking sebab kalu datang walk-in macam saya semalam kena menungguuu aisheteru sampai orang lain habis makan dan tanya

"Meja ni kosong tak?"

"Takde. Meja ni sudah ada worang" kata waiter sambil tukau alas meja. 

Sebab tempat terhad dan mereka yang datang makan akan duduk berjam-jam sambil berbincang dan bersembang-sembang panjang. 

Sekian.

P/S : Hmm tak bestnyaaaaa format baru nak taip post baru kat blogger ni. Aigooo

No comments: