Tuesday, August 09, 2011

Sekali Lagi (2011)



Disebabkan naluri yang meluap-luap nak tengok Sam maka ambe membeli movie ini di Estero Pes. 15 hengget untuk 48 jam you. Ingatkan sekali langgan dapat tengok seme movie. Ropanya tak.

Maka hujung minggu lepas layan la Sekali Lagi. Tamat citer layan sekali lagi. Habis citer layan sekali lagi. Abis je layan sekali lagi. Pendek kata bukan layan sekali saja tapi berkali-kali selagi belum expired hehehe

Citer "Kongsi" aritu berbelah bagi nak tengok ke tak, nak tengok ke tak. Las-las tak tengok.

Hujung minggu ni ingat nak booking KL Gangster pulak kalo ada lagi sebab ada mamat Ady Putra yang sasa perkasa hik hik. Tengok gezek dia belakon dush dush macam real je. Tapi la ni bulan posa macam kena pospon dulu kot tengok citer ni heheh

Macam best je kan tengok wayang kat umah. Dah tak perlu beratur panjang beli teket, tak payah nak drive tempoh jem, sep duit minyak dan tol. Dan juga selamat mata dari menyaksikan adegan-adegan yang tak perlu dalam panggung wayang secara live.

Tetapi senang juga bagi lanun-lanun untuk buat kerja mereka. Semua nya dihujung remot kontrol dan di dalam rumah saja sambil makan pop corn. Haram kan orang donlot movie dari internet konon nak cegah cetak rompak. Tu Estero Pes tu apa citer. Ce citer. Sebab ambe ada terbeli cd lanun ada logo Estero Pes.


Berbalik pada Sekali Lagi. Mengisahkan Arman yang pada awalnya seorang jejaka macho yang normal, tapi di hujung-hujung menjadik tidak normal. Bukan sebab dia tukar profession jadik pengamal para normal. Yang sebeno nya eh dia telah menjalani satu operesen ketumbuhan otak. Dokter cakap mungkin lepas operesen Arman akan jadik tidak normal.

Masa Arman di alam normal dia telah berkahwin dengan rakan sekolah bernama Sheila (Lisa Surihani). Lepas dapat tahu dia ada tumor, lantas dia ceraikan Shiela. Shiela yang ingatkan Arman ceraikan dia sebab Arman ada aweks lain yang lagi cun, lantas menyimpan dendam si pitung terhadap Arman.

Lepas cerai Shiela peknen dan dapat la Amy (Mia Sara yang kiyut itew).

Beberapa tahun pun telah berlalu.

Selepas pembedahan Arman menjadik separa normal. Pemikiran, karakter dan percapakan nya seperti kanak-kanak. Mama dia kata dia mengidap penyakit Automatik atau nama lain nya
Autistic, yang tiada kaitan dengan petikan gitar akustic mahupun sukan acrobatic.

Nak dijadikkan citer, satu hari Arman bertemu dengan Amy dan mereka menjadik sobat baik. SEKALI LAGI Sheila bertemu dengan Arman. Bila Sheila dapat tahu Amy berkawan baik dengan Arman, Amy di marah dan dihalang dari berkawan dengan Arman sebab mama Amy kata Arman itu orang jahat. Jangan kawan dengan dia.

Jadik yorobun bagaimana kah sesudahan nya?

Adakah Arman itu bapa kandung Amy?

Adakah Arman berpurak-purak sakit Automatik untuk menawan kembali hati Sheila yang akan berkahwin dengan Pak Haris (Bront Palare)?

Adakah Sheila akan menerima Arman kembali walaupun hati nya pernah dilukai suatu ketika dolu?

Dan kenapa lah si Mia Sara itu comey sangat????

Harap-harap dah beso nanti belajo pandai-pandai takmo jadik artis. Kalu nak jadik artis jugak, tiru macam Abang Sam menyerlah dengan bakat lakonan bukan menyerlah dengan gosip-gosip murahan. Juga pastikan tiada gambo-gambo seksi yang nampak buah dada ke, gambo pakai bikini ke, gambo nampak peha geboo ke, gambo tengah berkelab ke tersebar ke seantero fesbuk. Okay daling muahhs


Saksikan lah filem ini sendiri u ols.

Satu yang menarik perhatian saya dalam citer ini ialah Kolumpo kelihatan sangat cantik dan menawan tanpa sampah sarap juga sampah masyarakat di mana filem ini syunting di tengah-tengah bandar.

No comments: