Salam.
Semalam puasa. Lagi 6 hari kena ganti puasa. Horey dah tak banyak hari hehe. Harini ingat nak puasa jugak tapi ku sangka kan sleep sleep ciken dulu sementara nak sahur jam 5 pagi lepas pam susu 3 pagi, tapi terlajak sampai lepas subuh uols. Tak dapat sahur dan tak dapat berpuasa. *frast*
Bila dah puasa tu semua makanan nampak sedap. Makanan tak sedap pon nampak sedap, makanan sedap lagi ler bertambah-tambah sedap. Tu baru nengok gamba, belom rasa lagi. Dan setiap kali puasa, rutin saya mesti baca blog masak memasak untuk nengok apa yang sedap untuk di makan bila buka nanti.
Dan tentunya blog masak yang diterjah ialah blog chef yang femes lagi glamer yak itu blog Chef Mat Gebu. Ambe pon selak satu persatu menu masakan beliau tengok apa yang sedap dan senang masak. Makanan yang tidak susah nak buat dan bahan-bahan pon ada kat rumah.
Dan terjumpa la menu ini yang kelihatan menggiurkan sekali rupa parasnya di dalam gambar.
Ambe pun terai test membuat nya. Senang sangat u ols. Terai ler.
However, ambe tak folo 100 persen bahan-bahan Mat Gebu. Guna bahan yang ada kat rumah sajor
BAHAN INTI :-)
2 keping daging burger ayam jenama "Ramly", dihancurkan [Saya guna daging cincang jenama Ramly. Memang salu spare dalam freezer sebab salu buat makanan fevret spegeti]
*Cik Ramli, bangun Cik Ramli*
6 kuntum cendawan butang segar @ dalam tin [Tak guna. Tak sempat beli]
1 camca besar rata rempah kari, bancuh dengan sedikit air [Ai folo]
1 biji bawang besar, didadu kecil [Ai folo]
2 ulas bawang putih, dicincang [Ai folo]
1/2 inci halia, dicincang [Ai folo]
1/2 biji red capsicum, didadu kecil [Tak folo. Tukar dengan nenas sebab ada belen masak lauk semalam. Ala pizza hut nye Hawaiian ciken]
BAHAN LAIN :-)
BAHAN LAIN :-)
5 keping roti sadwich (mat guna roti gardenia) [Tak folo sebab ada roti lain. Guna roti fiber yang dah nak expired]
5 biji telur [Guna 2 bijik saja]
4 camca besar whipping cream @ susu sejat [Tak folo sebab takde. Ganti dengan susu pekat manis]
Serbuk lada hitam secukupnya [Cukup, cukup]
1 cawan parutan keju cheddar [Guna keju cek dah jugak tapi bukan yang parut. Guna yang pat segi tu, hiris tak bape halus]
Tadaaaa hasilnya oleh waiem yang tak bape gebu
Selamat mencoba! Ai akan coba buat lagi sebab tak puas hati
No comments:
Post a Comment