Thursday, June 09, 2011

City Hunter - Episode 1


Sempat gak curik-curik masa usha drama ni kejab dalam pada bizi teramat sekarang ni mengelolakan si kecik. Kita mesti bijak multi tasking. Pam susu depan PC. Sambil pam sambil tengok drama. Yang ni ibu-ibu boleh imajin...hehehe

Berbalik pada drama ni. Nak tau jugak citer ni pasal apa. Oh alkisahnya citer pasal dendam dan pembalasan si pitung.


Citer bermula bila seorang pakcik tentera ni mati di tembak di tengah lautan. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Ada pembelotan yang melibatkan politik di sini yang menyebabkan pakcik tentera ini dan rakan-rakan yang lain mati dibunuh. 20 orang semuanya. Yang berhidup cuma sorang yak itu pakcik tu yang muka tak de darah tu.

"Aku wasiatkan bini dan anak aku kepada engkau ya sahabat. Didik la dia seperti anak kau sendirik" kata terakhir pakcik tentera sebelum mati kepada sahabat baiknya itu.

Sebaik saja mendapat wasiat itu, pakcik tentera yang muka tak de darah itu terus ke rumah sahabatnya dan menculik anak itu dan bawak lari ke Siam. Beliau meninggalkan nota kepada mantan isteri sahabatnya lebih kurang bunyik begini

"Laki kau dah mati. Aku amek anak ini dan akan jaga dia sebaik mungkin. Kau jangan risau. Kau berhidup la dengan gumbira. Lupakan yang kau ada suami dan anak"

Apa lagi meraung la mantan isteri itu. Eh eh senang nya bawak lari anak orang ek.


Dah boleh agak, anak itu ialah pemuda yang atas gajah ni. Sedang ber-chal chal mere sathi beliau nampaknya. Kehidupan beliau sejak dari kecik tinggal di dalam hutan dan bermain dengan gajah.


Sekali skala beliau ke pasar terapung di Siam untuk meng-ushar aweks aweks di situ


Kemdian beliau memasuki kelas menembak. Yang sebelah muka garang tu bapak dia. Bapa angkat. Bapak itu memang ada azam dan niat nak ajar anak itu menjadik penembak yang handal di seantero dunia. Sebab ada misi selepas dia handal menembak dan bertomoi.


Close up. Peh cantiknya hidung


Moo Chai nama nya. Masa ni dia jerit supaya mak angkat beliau jangan datang dekat dia sebab ada orang jahat nak tembak kat belakang tu


Dipendekkan citer, bapak angkat itu lantas bukak stori lama yang beliau bukan bapak kandung Moo Chai. Bapak kandung Moo Chai telah mati dibunuh.

Maka berkecai la hati Moo Chai bak daun kucai yang disiat-siat halus untuk masak kuetiaw kerang bila dapat tahu bapa kandungnya telah dibunuh dengan kijam.

Moo Chai nak tahu siapa yang bunuh bapa kandung nya


Sebab dia nak pegi tembak pembunuh bapa nya. Peng peng

"Pembunuh bapak kau ada 5 orang. Sekarang aku nak kau pergi ke Seoul dan carik pembunuh bapa kau sampai dapat dan bunuh mereka dengan kijam pula" kata bapa angkat itu dengan keras


Berangkat la beliau ke Seoul dengan memakai seluar berwarna merah. Kalau adegan baru sampai dari obersi di epot musti pakai spek hitam dalam drama Korea huhu

Beliau pun terus bersiar-siar di bandar Seoul sebentar bagi melepas rindu sebab dah lama tak balik kampung. Ada pulak aweks bawak bakul kat tepi tu merangkap heroin.

Kemdian kisah pon bersambung ke episode 2.

Komen : Rasanya cite ni menarik untuk ditonton untuk melihat lakonan Lee Min Ho yang lain dari drama-drama beliau sebelum ni. Kalau dalam drama sebelum ni pada ambe dia lebih banyak catwalk tangan masuk kocek dari berlakon (Boys Over Flower & Personal Taste), dalam citer ni beliau mungkin kurang catwalk. Tapi banyak berlari dan menggunakan buku lima nya. Hehehe. Tingat Lee Junki yang marbeles dalam citer revenge me-revenge menerusi drama TODAW

No comments: