Thursday, December 23, 2010

The Man from Nowhere (2010)



Untuk sinopsis yang sebenar dan tulen boleh pegi kat sini :

http://en.wikipedia.org/wiki/The_Man_from_Nowhere_(film)

Untuk sinopsis yang tak bape nak benar, jangan pegi mana-mana. Mari kita layan




Antara filem yang ditunggu-tunggu - "Ajussi" atau judul versi omputehnya "The Man from Nowhere"

"Aik tulisan omputehnya begitu punya panjang, bacaan Korea nya pendek Ajussi saja?"

"Tu yang panjang-panjang tu bunga nye saje" kata pokcik Won Bin

Ya sedara sedari citer ini mengisahkan kisah seorang Ajussi. Ajussi ni bermaksud pokcik. Pokcik dalam filem ni me-refer kepada pokcik jiran sebelah kepada seorang budak pompuan bernama So-mi. Pokcik ni entah datang dari mana tiba-tiba terlibat dalam kes culik jirannya So-mi. Mungkin tu sebab tajuk omputeh nya The Man from Nowhere.


Pokcik ni seorang yang misteri. Selain misteri, beliau memang diketahui ramai seorang yang hawt di luar filem. Pendek kata melihat rupa paras dan susuk tubuhnya boleh bikin anak-anak gadis juga mak-mak gadis menjerit ke-histeria-an. Kekeke

Beliau mengusahakan sebuah kedai pajak gadai dan So-mi merupakan pelanggan tetap nya, memandangkan rumah mereka berdekatan. Walaupun So-mi ni selalu datang ke kedai pokcik misteri ni, tapi pokcik misteri ni macam layan tak layan je. Budak-budak mungkin dia malas nak layan, sebab budak-budak ni kan suka banyak tanya. Insan-insan misteri ni kan pendiam, mana suka di tanya, kang naik tangan kat muka kang. Tapi So-mi tetap gigih jugak nak bersembang dengan pokcik misteri ni walaupun layanan pokcik ni dingin. Sedingin cuaca sekarang yang hari-hari hujan


Ini pula So-mi. So-mi ni merupakan anak yang terbiar dan terabai sorang diri. Kurang kasih sayang di rumah. Mempunyai seorang mak yang kaki heroin dan tiada berbapa. Aigoo sebenarnya tak larat nak nengok citer ni sebab kisah dadah mendadah ni. Budak-budak sekecil ni dah nengok mak dia suntik heroin kemdian mengerang-ngerang bak kerang yang tersesat di dalam jala nelayan. Ye ke kerang mengerang? Tah. Hentam saja labu. Hehehe

"Pokcik, pokcik mesti malukan nak berkawan dengan saya?" tanya So-mi kepada pokcik misteri jirannya itu.


Pokcik misteri ini purak-purak tak kenal So-mi sewaktu So-mi kena tahan dengan polis sebab mencuri barang kawan sekolah So-mi.

Pokcik dalam citer ni memang serabai sebab dia ada misteri. Kalau berlakon citer misteri mesti serabai ek. Apakah misterinya? Anda kena saksikan sendiri


Ada kisah sedey yang melanda pokcik misteri ini. Beliau telah menyaksikan peristiwa menyayat hati yang telah meragut insan tersayang nya di depan mata beliau beberapa tahun yang lepas. Selepas insiden sedey itu, beliau megambil keputusan untuk memisterikan diri dan tak bercampur gaul dengan orang. Hanya melepak di kedai pajak gadainya saja.

Hingga la pada satu hari So-mi dan mak So-mi diculik oleh pengedar dadah. Mak So-mi ni telah songlap heroin. Dan seperti biasa dalam citer samseng gengster ni, mak So-mi kemdian dibunuh sebab curik dadah dan organ dalaman nya di jual di-obesi. Pengedar dadah ini selain menjual dan memproses dadah, mereka juga turut menjual organ-organ manusia dewasa dan kanak-kanak selepas membunuh orang itu. Sangat kijam taw. Mencik.


So-mi tidak dibunuh sebab So-mi berguna untuk bisnes dadah mereka.


Dengan semangat amaroh yang membara, Ajussi misteri ini memotong rambut nya yang serabai itu untuk mencari So-mi. Mungkin tahap konfiden dia untuk berdepan dengan pengedar dadah durjana itu tinggi jika dia berimej rambut baru, kemas dan rapi.

Ehem, lama dah Ajussi ni tak ber-adegan begini...kekeke


Kanak-kanak diculik dan dikerah untuk proses dan peking dadah. Budak tu pengsan mungkin sebab tak tahan bau kimia yang sangat kuat. Memang lahanat lahabau betol mereka ini. Mempergunakan budak-budak untuk aktiviti haram mereka itu. Rasanya budak-budak tu seme diberi makan dadah juga supaya mereka tak lari.

Yang baju putih kaki atas meja tu, PA Kim Joo Won dalam Secret Garden. Dalam citer ni jadik samseng taik minyak


Ajussi sedang menikam orang jahat bertalu-talu

Dalam filem ni banyak adegan-adegan ganas dan kijam ya uols. Tikam menikam dan kelar mengelar kelihatan begitu real dan ngeri sekali. Saya terpaksa perlahankan volume sebab bunyik bertarung sungguh dahsat sekali. Ikut kan hati nak KIV je tengok citer ni tapi kerna Ajussi hawt ni daku layan jugak sampai tamat jebat.


Selepas orang-orang jahat semua dah berjaya dihapuskan, Ajussi nak menembak pulak diri dia sendiri.

"Aigooo. Kenapa kau nak bunuh dirik Ajussi? Kenapaaaaaaaaaa? Aku tidak rela" teriak peminat over akting di luar tibi


Sangka Ajussi So-mi telah mati dibunuh pengedar dadah. Rupanya tidak. So-mi masih berhidup dan mata nya tidak dikorek keluar. Ada satu scene tu penjahat dah redi nak korek mata So-mi. Tak leh nak aplod gamba sebab ngori den nengok. Dah macam citer Hostel plak aku nengok.


Ajussi yang tak jadik nak bunuh dirik itu akhirnya meminta maaf pada So-mi sebab ignore So-mi tempohari


"Ajussi berjanji tidak akan buat lagi. Untuk sekian kali nya boleh tak Ajussi nak peluk ko kejap?"


"Peluk la Ajussi, dakap lah daku Ajussi. Jangan jeles kawan-kawan sekolah ku. Yipeeeeee" kata So-mi dengan nada sedikit eksyen sebab dipeluk olah aktor hot ini

"Ajussi menangis ke Ajussi? Wae? Wae?"

"Pokcik menangis sebab pokcik menang anugerah aktor terbaik untuk watak pokcik misteri ni. Bukan sekali tapi 2 kali. Pokcik amat terharu nak. Sob sob"


[Korea Movie Awards] Won Bin wins Best Actor…gives tearful speech19/11/2010]

Seoul, Korea – Actor Won Bin won his 2nd Best Actor Award.

Won Bin won the Best Actor Award at the Daejong Awards and now the 8th Korea Movie Awards for his role in the movie Ajussi.

On this awards night, Won Bin remarked “It is hard and almost like a dream that I’m standing here in front of my older, respectable actors. Thank you for this precious and big opportunity”.

He continued, adding “I was happy all throughout filming because of the director and staff, who were like a roof over my head”, giving thanks to the staff for their efforts. Lastly he remarked “Thank you for supporting Ajussi and thank you to the fans for your undying support”.

Through Ajussi, Won Bin has made the transformation from just a handsome face to a highly talented and critically acclaimed actor.The Korea Movie Awards is a ceremony to reward those who have influenced the development and service to the movie industry. The MC was Song Yun Ah. The awards show is set to air at 9:55pm on MBC.

By Lee Jae Hoon
Source: TVReport (Original article in Korean)
Photo from TVReport DB
Translated by Timothy Nam / Korea.com
Source:
http://en.korea.com
Credit : Won Bin @ soompi page 580

Photobucket

Akhirnya, setelah tak bape menyerlah dalam filem "Mother" (filem je menyerlah tapi watak dia ciput), filem "Ajussi" ni berjaya menjulang nama Won Bin kembali. Berjanggut dah peminat beliau menanti bilakah beliau akan dapat watak mengancam sikit. Paling mengancam pon dulu cite perang Taegukki. Kemdian beliau pegi PLKN, pas tu sonyap sopi. Kena jadik pokcik ropanya baru menang award. Hehehe. Next nak derama pulak yek Ajussi.

No comments: