Thursday, August 20, 2009

Kkotboda Namja (Versi KL) - Final episode


Akhirnya kita ke episode yang terakhir di dalam kembara mahkota Kkotboda Namja ini. Lokasi masih di Kuala Selangor. Aku dan G'Ja cuti harini semata-mata nak melayan dak Ryan ini. Namun aku berterima kasih juga pada Ryan di atas kedatangan beliau ke mari kerana melaluinya aku telah berjaya jejakkan kaki di Kuala Selangor dan juga Bukit Malawati yang sebelum ini aku tiada pengetahuan langsung. Lupa diri kah aku? Tempat di tanah air sendiri tidak ku kenali. Kacang lupakan kulit kah aku? Aku insaf satu kali.

"Ye lah, kalu tak de hal aku nak pegi wat pe? Kan Kak Senah kan?"

Setelah daftar keluar dari chalet kami menuju ke pekan untuk bersarapan pagi. Pusing punya pusing lapan lagi tiada parking kosong kelihatan berdekatan dengan kopitiam pilihan. Pusing lagi. Kali ni kami nekad mahu meletakkan kereta jauh sedikit.



Aku memilih untuk memakan nasi lemak dan juga Ryan aku suruh cuba nasi lemak makanan popular di Malaysia, tidak kira siang malam, pagi petang kita boleh makan nasik lemak. G'Ja oder sandwich. Dan keunikan nya di sini ialah ada sate kerang. Apa lagi aku dengan rakus mencekut dalam 6 lidi sate kerang untuk di makan bersama nasik lemak itu. Aduh sungguh lazat sate itu. Rasa sekali nak lagi. Seperti jakun rasanya, kerna aku tidak pernah bertemu sate kerang di pagi hari. Ini lah pertama kali. Masih terasa-rasa kuah sate yang sungguh menyelerakan itu.

Sedang kami enak menjamu selera, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.

"Oh hujan, kau turun sekarang hujan. Rosak ana punya program"

Tapi tidak apa. Hujan rahmat kata orang



Aku pun speaking Korea dengan Ryan

"Aigoo Bi"

Hahaha setakat "Bi"

Sebenarnya maksudkan "Bi" lain

"I love Rain" kata ku kepada Ryan sambil senyum senget

Selesai makan, hujan masih belum berhenti. Kami melepak di kaki lima dan berdoa semoga hujan berhenti. Tak berhenti, renyai-renyai pon jadik la. Asal kami dapat ke kereta. Namun hujan masih terus melebat.

Ryan kata nak pi amek payung dalam kereta. Dia ada bawak payung. Complete beg Doremon dia, siap ada payung. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan



"Kakak, let me take the car" Ryan bersuara

Wah, macho nya nak amekkan kereta. Nasib baik muka ko tak macam Kang Ji Hwan untuk aku jatuh chentar dek kerna ke-gentleman ko untuk mengambil kereta di tengah hujan lebat supaya kami tidak terkena hujan. Ahaks

"Can you drive a manual car?"

Ryan hanya tersengih.

Aku fikir beliau hanya mau ambil payung di dalam kereta. TATAPIIII...dia pergi bawak kereta betul-betul haha Lepas tu sesuka hati buat u-turn sendiri hahaha

Ko ingat ko hero drama Korea sesuka hati buat u-turn mendadak macam dalam drama?

Oh lupa, nama ambe telah bertukar dari "Noona" ke "Kakak"...kekeke

Lepas tu sempat lagi imajin scene hujan dalam BOF sementara nak tunggu hujan teduh.

"Ja, scene hujan masa bila ek?"

Hahaha

Yang ambe ingat masa Ji Hoo sunbae gaduh dengan atuk dia dan Ji Hoo sunbae membawa diri dan hujan pon turun. Selain scene ni ada tak scene hujan lain? Rasa macam tak de...kan?


Tengok gambar ada scene basah ni, boleh la ala-ala banjir lepas hujan ahaks. CD drama adek ambe pinjam plak nak rewind balik


Tak pon ni haa. Rambut basah akibat hujan. Kekekek. Nak selit jugak tu



Kemudian kami meneruskan kembara ke Bukit Malawati yang tidak jauh dari situ. Di dalam situ ada muzium, tempat-tempat sejarah seperti perigi beracun, lantai hampar, busut gergasi, dan juga ini rumah api. Ingat nak naik, tapi pak gad pergi makan. Kalau naik memang sejibik la dalam Gourmet plak kekeke.

Photobucket

Gourmet epsiode 18. Annyeong Sung Chan sshi

Kemudian pengembaraan di teruskan ke Muzium Sukan Rakyat. Di dalam sini kedapatan pelbagai sukan rakyat yang pernah wujud di Malaysia dan mungkin ada yang pernah bermain atau bersukan sukan rakyat ini

Sukan rakyat paling popular di zaman kanak-kanak Polis Sentri dengan lagu tema "Polis Sentri one two jaga, polis mati pencuri jaga" haha dan juga Acah Patung

"Aci Duduk" macam mana ek? Macam tak penah main je.

Adakah Aci Duduk ini adek bradek dengan Aci Aci Bukak Pintu??

"Jang Jang Jala", mari jala Jang Geun Suk haha

Oh ini peberet masa zaman skolah. We all panggil "Sepak Yem". Sapa timbang paling banyak dia cempien. Sapa dapat menanduk pon kita terer jugak. Kenangan silam menerjah sebentar di kotak ingatan ku


Selesai jelajah Bukit Malawati, kita pon beransur pulang. Kemudian dalam perjalanan di kawasan "Assam Jawa" ternampak la ni bangunan ala Angkor Wat. Wah sini pon ada Angkor Wat. Kuil lama. Tapi tak de jalan masuk sebab under construction. Si Ryan pon pergi la seberang jalan untuk snap gambo sebagai ole-ole bawak balik Korea. Dia amek gambo kuil, kita amek gambo dia hehehe

Kemudian sesi makan tengahari singgah di Restoren Sate Haji Samuri Taman Melati. Lepas tu Ryan dan G'Ja meneruskan kembara ke Melaka. Ambe tidak follow sebab kerja

Beberapa foto di Melaka.


Pose meriam belina

Ni pose katakan tidak pada H1N1 kot...hehehe


Pose misai tebal ular sawa. Gelimat lah

Sambung citer pasal topik lelaki Korea tidak boleh berkahwin dengan pompuan yang lebih tinggi kedudukan atau jawatan dari dia.

Tidak digalakkan sebab nanti akan timbul huru hara pada pasangan sebab ahli keluarga lain akan campur tangan tak puas hati. Nanti family pompuan akan ungkit, akan pecah belah, akan benci pada lelaki itu. Alaa macam dalam drama, ada kan? Kisah hidup realiti pon macam kisah dalam drama jugak kan depa ni

Itu pasal lelaki Korea kerja keras hempas pulas siang malam cari rezeki untuk mencapai martabat kehidupan yang boleh dibanggakan oleh pihak pompuan. Manakala yang pompuan bila dah jadi ahjumma hanya dok umah layan drama. Sebab ambe memang kagum tengok cara orang lelaki Korea bekerja. Dan mungkin juga konsep makan hasil bini tiada di Korea agaknya.

Terbalik kot dengan kat sini. Ramai yang ambe telah jumpa suami di sini lebih suka jadi "sura rumahtangga" (kata lawan suri rumahtangga). Isteri lah tunggang langgang cari rezeki dan nafkah di luar. Napsu serakah plak kemain tinggi nak pakai kereta besar, nak pakai baju branded, oder itu, oder ini, tapi diri sendiri malas kerja. Islam ajar macam ni kah?

Hadirin sekalian, sebelum hangin ambe terlajak dengan topik ni, baik ambe undurkan diri dahulu. Memang boleh naik hangin sebab kawan sendiri yang alami.

Semoga kita berjumpa lagi di lain kembara.

Annyeong!

###############################

Kronologi Kembara Mahkota Kkotboda Namja

No comments: