Monday, July 20, 2009

Tajwid : Al-Fatihah


Tahukah anda ada berapa hukum tajwid dalam Surah Al-Fatihah?


Mari kita terjah

Sebelum tu kita lihat dulu hukum tajwid yang ada dalam bacaan Bismillah


Boleh dilihat di gambarajah, ada 9 tempat hukum tajwid kesemuanya yang nombor bulat-bulat tu. Dan jika kita senaraikan pendekkan nombor-nombor itu terdiri daripada :

7 - Idgham Syamsi Bila Ghunnah

16 - Mad Asli Mutlak
19 - Mad Arid Lissukun
31 - Ro dibaca tebal
34 - Lam dibaca nipis

Jumlah keseluruhan ialah 5 jenis hukum tajwid

Berikut kita ke Surah Al-Fatihah pula


Ada 39 tempat kesemuanya sebab ada pengulangan hukum. Dan jika disenarai pendekkan hukum tajwid yang ada di dalam Surah Al-Fatihah adalah seperti berikut :

1 - Izhar Halqi

2 - Izhar Syafawi
4 - Izhar Qamari
7 - Idgham Syamsi Bila Ghunnah
16 - Mad Asli Mutlak
19 - Mad Arid Lissukun
27 - Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
31 - Ro dibaca tebal
32 - Ro dibaca nipis
34 - Lam dibaca nipis

Kesemuanya berjumlah 10 jenis hukum tajwid. Jadi lepas ni kalau ada soalan pop kuiz tanya berapa hukum tajwid ada dalam Surah Al-Fatihah, dah tau dah berapa ya. Hehe

Sebenarnya ada kisah disebalik entri saya pada kali ini.

Kisah nya begini. Yang membuat saya berfikir sejenak. Baru-baru ni saya berjumpa dengan sorang kenalan. Sembang punya sembang terbuka la citer bahawa adik lelaki beliau masa kecik tamau belajar mengaji dengan mak dan kakak beliau atas alasan :

"Mak ngn kakak ajar ngaji tidak ikut tajwid yang betul. Ustaz kata berdosa kalau mengaji tidak ikut hukum tajwid dengan betul"

Kecik mana budak tu, idak le ambe tanya. Mesti dah besar sikit kot sehingga dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu.

"Abes tu dia blajo tak ngaji bila dah beso?" ambe tanya

"Tak de. Malu dah beso tak reti ngaji"

"Abes tu macam mana solat dia?" soalan tak abes-abes

"Dia hapal surah"

"Dia nak tunggu ilmu tajwid tu datang bergolek-golek atas riba dia ek"

Gitu la kisahnya serba sikit yang buat saya tak faham orang bijak pandai ni. Disebabkan mak dan kakak ajo ngaji tak mengikut hukum tajwid, dia sampai ke beso tatau mengaji. Bila dah beso hanya hapal surah saja. Jadi bersangka baik lah dia hafal surah dengan hukum-hukum tajwid nya sekali.

Mak bapak kita dulu biasa la kan mengaji dari turun temurun dengan datuk nenek kita. Dulu mana ada sangat belajo-belajo tajwid ni kan. Yang penting boleh kenal huruf dan mengaji kan.

Moral of the stori, kepada adik, kakak, abang, makcik, pakcik, pastikan la ya anak-anak atau adik-adik kita tahu mengaji. Al-Fatihah, rukan solat saja ada 10 hukum tajwid yang mesti diketahui. Ambe pon baru tahu ni disebabkan conversation tersebut.

Sedih la kalau hanya hafal ayat Al-Quran semata-mata sedangkan dia sendiri tahu "berdosa mengaji tak ikut hukum tajwid yang betul"

Kita sama-sama la ya memperbaiki bacaan Quran kita dari masa ke masa.

Selamat menyambut Israk Mikraj!

 

4 comments:

zaini said...

Alahamdulillah...sekurang2nya kita blelajar sesuatu hari nie...terimakasik dgn post yg menarik ni...

Assifa' 2 said...

i love you lah,coz my ust suruh cr hukum tajwid dlm fatihah.senang tuan punyo post boleh buat rujukan.moga tuan terus post ilmu lg.

waiem said...

Alhamdulillah

Anonymous said...

Assalamualaikum warahmatullah,,,
boleh saya tahu ape nama kitab dlm imej tajwid bernombor dalam surah fatehah yang entum dapat?