Sunday, July 19, 2009

City Hall - Episode 7 & 8


Kembali bersambung hehe


Adegan di restoren "Slow Food" ni tempat Jandi bekerja hehe. Tetiba Jandi enterprem dalam ini citer. Deputy Mayor kata dia mahu bantu Mirae sebab goal mereka sama iaitu mahu menumbangkan Mayor. Tapi Mirae hanya nakkan wang kemenangan dia saja. Taklah sampai nak singkir kan boss dia sendiri. Ye sekarang tugas Deputy Mayor "mencucuk" Mirae hingga berjaya. Deputy Mayor bagi alasan sebab Mayor harus disingkirkan. Rasuah, salah guna kuasa, beri imej tak baik pada City Hall dan etc etc etc


Mirae pon cakap dengan Bureau Director yang dia Deputy Mayor nak tolong dia fight hak dia. Bureau Director ni cakap Deputy Mayor hanya nak gunakan Mirae untuk tujuan peribadi dia sebab "he is a politician" kata Bureau Director.


Kemudian Deputy Mayor makan malam bersama Mirae dan bagi Mirae dokumen-dokumen rahsia yang melibatkan salah guna kuasa Mayor. Bagi berapi sikit Mirae bila tengok dokumen-dokumen itu dan bertambah semangat nak protes dan fight untuk keadilan penduduk Inju. Keesokkan hari Mirae potostat semua dokumen itu dan edarkan pada seluruh bandar. Biar semua rakyat tahu


Counsilor Min pula menyarankan agar Mayor letak jawatan dengan segera sebab gambo skandal seks beliau telah keluar suatkabo. Muka depan lagi. Kan da kena. Yang ko pi ambek gambo tu kenapa. Politik dan skandal pompuan tidak dapat dipisahkan kan


Deputy Mayor meneruskan rencana beliau. Dia ajak Mirae pi makan angin. Mirae plak ingat Deputy Mayor dah syiok sama dia sampai ajak pi makan angin naik basikal bagai. Gambo atas dia siap berbekam dulu sebelum pi travel hahaha. Depa pon ada bekam jugak ek


Lepas tangkap gambo sendiri guna enpon, Mirae puji diri dia yang kelihatan macam doll dalam gambar hahaha. Tak larat tol makcik ni


Kemudian terbongkar rahsia bahawa Deputy Mayor dah bertunang. Mirae terkejut sebab Deputy Mayor masih nak ngedate dengan dia walau dah bertunang.

Dan Deputy Mayor pon cakap "Men are like this. Even 10 women won't be enough". Very der buaya gitu


Deputy Mayor tidak putus asa untuk meyakinkan Mirae untuk masuk berkecimpung dalam politik.

Mirae marah dia dan berkata "Why are you using that to make my life difficult? WAE? WAE? WAE?"

Berapa banyak WAE daaa


Yang ni plak hahaha. Kawan-kawan Mirae telah membuat sesuatu tanpa pengetahuan Mirae. Mereka tampal poster Wonder Woman Mirae di seluruh pelusuk bandar dengan tagline "I'll protect Inju City, The Emissary of Justice, Wonder Mirae" hahaha


Counsilor Min ni pun jumpa ngn Mirae dan tanya apa kes poster Wonder Mirae banyak tertampal kat pekan. Seolah-olah Mirae akan bertanding untuk election akan datang. Pot pet pot pet mereka sembang. Tujuan Counsilor Min jumpa Mirae nak suh Mirae jadi cheerleader untuk party politik dia pada election akan datang sebab dia kata Miare sesuai dengan jawatan tu. Dan Mirae bengang sebab Counsilor Min salu pandang rendah pada beliau,

"Kenapa kau selalu pandag rendah pada aku? Bila kau nak berubah?"

"Berubah? Kenapa aku nak kena berubah? Kau ngn aku memang tak sama taraf ya. Enggang dan pipit mana boleh jalan sama" Councilor Min berkata dengan angkuh sekali

Maksud Mirae suh berubah ialah jangan asek dok pandang rendah pada kawan sendiri. Depa ni asal nya kawan. Disebabkan gred lain maka Counsilor Min perasan dia bagus la


Sekali Mirae naik hangin dan berkata,

"Ok baik kalau kau tak nak berubah, aku yang akan berubah. I'll change into someone you can never look down on. I will be Inju Wonder Woman. I will run for Mayor in the upcoming election!!"

Woottt...Mirae akan bertanding pada pilihanraya Mayor akan datang. Mayor dah resign dah. Deputy Mayor pon dah resign gak. Bermakna 2 jawatan tinggi telah kosong.

Siapakah bakal mengisi kekosongan itu? Kita jumpa selepas ini

No comments: