Pertama kali nya syukur ke hadrat Allah swt dengan limpah dan kurnia nya ambe masih bernafas di atas muka bumi ini dengan izinNya. Alhamdullilah.
Kedua ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa ambe yang melahirkan dan membesarkan ambe dengan penuh kasih sayang dan dedikasi sehingga ambe menjadi manusia seperti hari ini. Sehingga ambe dapat membuka blog sendiri. Owh bangga nya. Kekeke. Mudahan ambe tidak menjadi anak durhaka atau lupa asal usul di kemudian hari. Alhamdulillah, setakat hari ni belum lagi. Durhaka lite-lite ada lah sebab tak dengo kata. Ahaks
cari gambo potong kek belom ada lagi...ni cilok fan arts punye..keke
Ketiga ucapan terima kasih pada para cingu-cingu, sahabat-sahabat yang jauh dan dekat, yang pernah jumpa, yang tak pernah jumpa yang telah wish besday kat ambe samada melalui komen jua sms. Terima kasih. Kamsahamnida. Arigatu gozaimas. Sukriya.
Tahun ni ramai kenalan baru yang bertemu di alam maya. Mungkin satu hari kita boleh bertemu muka.
Ni paling tak larat siap ngn tulisan Korea ngn buah ati pose makan donut kekeke. Thank you Shee, yang berada nun di Melbourne yang sedang mentelaah pelajaran untuk menjadi insan cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan. Unnie di sini doakan kamu sukses dalam bidang yang diceburi.
Kepada ashie dan tok di Ganu kiteee, terima kasih kerna sokmo mari blog ambe ning. Tak ketinggalan ruha juga
Kepada Hurul Aini di Kuching Sarawak sia, kamek maok ucapkan terima kasih juak buat kitak kerna buat entri besday kat kamek. Kamek maok blajar klakar Sarawak tok...hehehe
Terima kasih jua kepada semua pengunjung-pengunjung blog ambe yang memeriahkan majlis seperti eyyla, Rozie (dari Melaka), GX, Kak Yati (dari Singapura), nakamura, geng PFS, geng drama Korea, geng drama Jepun, geng yang sejak blog ini ditubuhkan pada 31 Oktober tahun 2004 hingga sekarang dan tidak dilupai juga pengunjung-pengunjung senyap di luar sana. Semua la ya.
Tanpa anda semua siapa la blog waiem ini
Sempena dengan hari spesel ini, ambe mahu tunjukkan gambo ambe sewaktu disekolah tadika
Teka yang mana satu saya?
Sapa teka betul dapat aiskerim satu. Kekeke
Yang tak pernah jupe ambe, klue tanya ngn ashie..hehehe
No comments:
Post a Comment