Ada orang suka membaca tapi tak suka menonton
Ada orang suka menonton tapi tak suka membaca
Ada orang berpendapat dengan membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan
Ada orang berpendapat menonton drama hanya membuang masa
Tapi tahu kah anda, dengan menonton drama juga kita sebenarnya "membaca"?
Satu, ya membaca sarikata, of kos...hehehe
Kedua, kita membaca apa yang 'dibaca' oleh penulis skrip. Seumpama membaca novel dalam versi bergerak. Kebanyakan penulis skrip Jepun dan Korea mereka membaca, mengkaji, membuat homework sebelum menulis skrip tentang sesuatu topik yang ilmiah dan infomatif.
Jadi, jika anda rasa gusar dan khuatir sebab anda kurang membaca tetapi banyak menonton drama Jepun dan Korea, padamkan rasa gusar anda berdasarkan teori waiem belogsepot ini. Ajaran datang daripada mana la ni. Ya, ini lah ajaran blogger tegar drama Korea dan drama Jepun sikit-sikit. Drama Jepun tengok hero...Kekekeke
Tiba-tiba datang idea nak tulis mengenai teori di atas selepas menonton episode 1 drama ini. Dalam drama ni kita belajar mengenai 'Lay Judge'. Siapa kah 'Lay Jugde' ini? Terus google mencari
Menurut Encik Wiki, Lay Judge ialah 'the law which requires selected citizens to take part in criminal court trials of certain severe crimes and make decisions together with professional judges both on guilt and on the sentence. These citizens are called "Saiban-in" (lay judge). Saiban-in are randomly selected out of the electoral register. In most of the cases the judicial panel is composed of six Saiban-in and three professional judges. In cases where there is no substantial dispute over guilt, the panel will be composed of four Saiban-in and one professional judge'
Antara calon-calon yang hadir untuk menjadi Lay Judge. Mr. Oren-ji itu saspen nak tahu apa kes yang akan mereka terima
Nak tiset jugakkkk. Nama dia Mr. Oren sebab masa terpilih jadi Lay Judge dia pakai tiset oren hehehe
Antara mereka yang terpilih menjadi Lay Judge. Terdiri daripada orang awam yang pelbagai latar belakang. Ada pakcik tua tu, ada minah keberet, ada cekgu, ada student law, ada cik abang designer tu
Sistem nya begini ya. Ada 3 Judges professional, 6 Lay Judges utama dan 2 Lay Judges di bangku simpanan. Lay Judges di bangku simpanan ni hanya mendengar saja tapi tak boleh berbincang. Lay Judges simpanan ni hanya berfungsi untuk mengganti 6 Lay Judges utama kot-kot depa last minit sakit ke tak leh join, kot-kot mati ke dan sebagainya.
Drama ni agak saspen dan misteri sebab semua aksi Lay Judges itu di rakam di CCTV dan akan ada orang yang peratikan mereka. Misteri sungguh. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri
Wajah penenang yang boleh menghilangkan debaran misteri...kekeke
Okay basically drama ni mengenai Lay Judge (Saiban-in) ni lah. Bagaimana mereka akan merungkaikan kes pembunuhan itu. Drama ini drama pertama yang menekel isu sistem baru Lay Judge di Jepun.
Sekian pengenalan dalam Episode 1
No comments:
Post a Comment