Tuesday, May 12, 2009

Boys Before Flowers - Episode 25 (Tamat)


Akhir nya berjaya ke garisan penamat drama Kkotboda Namja ini


Sambung kisah hilang ingatan Junpyo. Jandi tidak berputus asa mahu mengembalikan ingatan Junpyo terhadapnya. Jandi pon bikin la lunche box berserta jampi mak esah dengan harapan supaya Junpyo ingat kat dia balik. Gambar atas Jandi sedang menjampi Junpyo yang sedang tidur


Keesokan pagi Junpyo ternampak lunche box itu dan bertanya pada Yumi adakah dia yang menyediakan bekalan itu dan Yumi pon mengaku bahawa bekal itu dia yang bikin. Selepas makan bekalan itu, Junpyo tiba-tiba berkata bahawa insan yang dia lupa dan dah ingat balik ialah Yumi. (Menyemak je si Yumi ni kan?) Bermula la episode Yumi dan Yiki (sedara Cumi & Ciki) kekeke


2 orang sunbae (abang senior) itu pergi makan bubur di kedai Jandi dan Gaeul


Kemudian Yi Jung sunbae ajak Ga Eul dating di kawasan pembakaran arang. Banyak-banyak tempat romantik sini ko pilih. Paling kagum Ga Eul dapat merasai perasaan kayu-kayu yang di bakar itu.

"I get the feeling that they're happy"

Tu dia gembira dalam kepanasan. Kita kat sini merungut-rungut cuaca panas sekarang. Kayu tu relak je...kekeke


Jandi ke rumah Junpyo selepas mendapat tahu Junpyo sudah keluar dari hospital. Tatapi Jandi tidak dihiraukan oleh Junpyo


Kemudian Yumi buatkan lunche box untuk Junpyo. Junpyo rasa lain macam telur goreng gulung yang dia makan dan curiga dengan hasil masakan Yumi yang rasa berlainan dengan tempohari. Masakan pon ko nak tipu. Orang boleh cam laa aigoo


Yumi buat pengakuan di depan Jandi bahawa dia telah mula menyukai Junpyo. Jandi hanya diam kelu lidah


Jandi masih gagal menyedarkan Junpyo dan beliau pon melemaskan diri di dalam kolam renang agar Junpyo dapat selamatkan dia dan pulih balik ingatan. Masa ni kesian tengok riak wajah Ji Hoo sunbae yang kelihatan sedikit hampa dan frust. Mungkin frust sebab Junpyo dah pulih ingatan atau hampa dia tidak dapat menyelamatkan Jandi barangkali. Mungkin Shee tau kenapa. Hehehe


Mereka ke Namsam Tower bagi mengimbau kembali detik pertama kali mereka ke sana. Part ni tingat kat 'Cekgu Skola' yang berposing sakan kat mesin kopi tu tempohari haha


Patutnya biar je tulisan ni kat sini kan. Tak payah padam. Harus ramai pelancong akan datang posing kat sini


4 tahun kemudian. Junpyo meneruskan empayar Shinwa Group manakala appa dan omma nya togede-gede menonton Junpyo di TV



Gosip chenta Ga Eul dan Yi Jung sunbae di ketahui oleh anak murid Ga Eul yang kiyut miyut itu


Ji Hoo dan Jandi meneruskan pembelajaran dalam bidang kedokteran


Kemudian Junpyo dengan menaiki helikopter pergi ke lokasi Jandi. Pantai itu menjadi saksi lamaran Junpyo ke Jandi


"Saya bangkang yang arif. Tidak, saya tidak rela serahkan Junpyo ke Jandi"
Hehehe


Sehingga berjumpa lagi di lain masa. Bogoshipda. Tata.

No comments: