Diam tak diam dah episode 40. Drama ni tak de pelakon fevert saya sebenarnya. So-so je seme. Cuma nak try test tengok. Tapi sekarang dah ada feveret sorang. Kekeke
Yong Ran diculik dan sudah pasti Dong Chul mahu menyelamatkan nya walaupun ditegah oleh Dong Wook kerana merbahaya. Dan Dong Chul terkena sedas tembakan
"Arghhhh..." Dong Chul menjerit
"Ahjussiiii..." Yong Ran pula menjerit dengan mulut tertutup kain hitam itu
Seperti biasa hero mana boleh mati dulu walau terkena 100 das tembakan pon. Peluru pasti tersasar. Kalau kena pun sipi-sipi je. Tak logik plak kalu tak terkena das tembakan kan. Dan cedera ringan lah Dong Chul. Dong Wook menasihati abang nya supaya resign bekerja dengan President Guk (bapa Yong Ran)
Tapi saya rasa Dong Chul akan mati lahh di akhir episode. Andeyy. Nnti kita saksikan.
Di rumah keluarga Shin. Mak Myung Hun terdengar perbualan mereka berdua. Dan seperti tercekik bijik durian mak Myung Hun terkejut mendengar berita itu. Mak dia kat tepi tangga disebalik daun-daun plastik hijau itu. Lepas tu mak dia cepat-cepat lari naik tangga dan masuk ke dalam bilik sebelum disedari oleh Myung Hun dan Ji Hyun.
Tu dia Dong Chul cedera ringan akibat terkena das tembakan sipi-sipi. Dan beliau pon pergi melawat Yong Ran. Dan Yong Ran pinta Dong Chul tinggal kan dia. Jangan jadi stalker dia lagi. Kalu tidak dia akan pergi mengikut mendiang suaminya Mike-ke.
Seterusnya keluarga Lee mahu pergi celebrate besday Dong Wook di sebuah hotel. Makan besar sikit sekali sekala. Dalam kereta Dong Wook membuka citer lama masa mak dia beranak kan dia dulu. Mak dia berhutang dengan hospital sebab tak de duit nak bayar duit hospital. Manakala anak Shin Tae Hwan diangkut dengan heli. Mak kecik dan Dong Chul sebak mendengar. Sebak bukan sebab mereka miskin tak de duit dulu. Tapi sebak sebab dah tahu rahasia
Di hotel bertembung pulak dengan keluarga Shin. Dan Tae Ho si kecik itu bila ternampak Dong Chul beliau berlari ke arah Dong Chul dan membuat isyarat geeting itu dan semua ahli kelurga Lee tercengang macam mana budak tu boleh tahu sign language itew. Cuak jugak Dong Chul pada ketika itu
Tapi mak Dong Chul tak sedap hati. Perasaan dan naluri nya kacau bila menyaksikan cucu Shin Tae Hwan membuat isyarat tangan itu. Isyarat tangan itu hanya suami dan anak nya saja tahu. Lantas beliau bertanya,
"Macam mana budak tu boleh tahu the hand gesture itu Chul? Ottoke??"
"Mesti Shin Myung Hun yang ajar pada anak nya sebab dia memang jeles kami ada isyarat tangan tu dari kecik lagi" kata Dong Wook disebelah. Dong Chul hanya diam saja sambil menunggu masa nak makan kek besday
Mak Myung Hun plak buat DNA test secara rahsia. Oh Yun Hee nama mak dia. Kan dah cakap. Lepas buat DNA atau tahu kebenaran semua orang pakat jumpa Rebecca. Haha
Min Hye Rin mengucapkan selamat tinggal pada Dong Wook sebab beliau mahu melanjutkan pelajaran ke Washington.
Di sini watak Lee Dae Hae di tamatkan dalam drama ini. Beliau mengambil keputusan mahu blah dari drama ini sebab dia kata wataknya tiada arah tujuan. Tak pasti lepas ni beliau akan di-ban oleh MBC atau tidak. Sama-sama kita saksikan.
Lepas buat DNA Madam Oh pergi ke rumah mak Dong Chul. Beliau hanya menangis dan berkata "chal mu ta semida" (I was wrong). Dan semua orang moskel dengan perbuatan nya itu. Mak Dong Chul macam tengah buat nasik kangkang masa ni...kekekeke
Madam Oh balik rumah dan mengaruk. Beliau halau suami nya keluar rumah dengan segera. Tapi si muka tak malu tu mana mau belah. Lagi dia kata bini dia gila dan mahu dihantar ke hospital mental. Dan...hero pon datang rescue mak dia.
"I warn you. Do not ever lay your hands on my mother again" kata beliau dengan amarah sekali. Kalau boleh dia nak bagi bekhen sekali kat bapak itu tapi di tahan Jebat
Dan bapa itu sangat moskel kenapa anak dia begitu naik hantu. Dia tak sangka anak dia akan begitu biadap sekali dengan beliau. Ji Hyun hanya mampu mengerutkan dahi nya saja melihat aksi anak dan bapa Shin itu
Di restoren keluarga Lee. Oh sebelum tu. Naluri ibu tidak sedap hati pasti ada sesuatu berlaku yang dia tak tahu. Mak itu tanya pada Dong Chul,
"Dong Chul-ra, ada apa-apa ke yang kau semuyik kan dari mak yang mak tak tahu? Mak rasa tak sedap hati ni"
"Tak de apa-apa mak"
"Ko ingat mak kau bodoh ya? Sekilas ikan di laut mak tahu ko ada sembunyikkan sesuatu daripada mak. Tak pe kalau kau tanak cakap"
So mak pon bersiap nak pergi jumpa dengan Father. Dan mak kecik dengan pantas telefon Dong Chul cakap mak dia mahu pergi jumpa Father. Dia saspek Father mesti tahu hal sebenar.
Dan mak dia pon terdengar la kata-kata ini. Dan semakin kacau la jiwa dan perasan dia nak tahu apa rahsia yang ada. Jeng jeng jeng...
Dan berkumandang la lagu "Can you hear me" ini
ici ma rayoooo...ke ge yo ici ma rayooo...
saranghaeyooo...
*credit subs WITHS2
No comments:
Post a Comment