Episode kali ni adalah episode Park Hae Jin aka Shin Myung Hun. Yipeee. Banyak sket boleh tengok muka dia...hehe
Lepas jumpa dengan Dong Wook, Myung Hun jumpa isteri dia di ofis dan ajak lari pergi tempat jauh. Isteri dia maseh moskel dan bertanya,
"Bapak Tae Ho, apa masalah ni? Cuba cite kat saya"
Suami itu diam saja
Beliau tanya sapa yang tolong Dong Chul. Dua-dua nak beli Tae Sung Elektronik. Yong Ran yang curik maklumat harga tender President dan bagi pada pakcik Dong Chul untuk menolong Dong Chul dapatkan Tae Sung Elektronik itew. Pakcik yang tolong Dong Chul larikan diri ke Macau itew
Shin Tae Hwan pula telah merasuah orang untuk dapatkan dokumen cukai musuh-musuhnya untuk dihantar ke LHDN. Dokumen Dong Chul pon ada sekali
Kemudian di rumah. Beliau tatap wajah mak yang telah membesarkan dia macam anak sendiri dengan sayu sekali
Kemudian bapak dia perasan Myung Hun sudah lain macam dan tanya Ji Hyun korang dua bergaduh ke. Ji Hyun hanya diam saja
Kemudian dia jumpa atuk dia. Atuk dia nak serahkan bisnes pada Myung Hun. Dan Myung Hun menolak sebab dia rasa dia tak layak terima semua itu
Kemudian dia pergi ke ofis Dong Chul pulak pada keesokan episode nyaaa. Orang kedua dapat tahu rahsia ialah Ji Hyun dan ketiga ialah Dong Chul. Ikut giliran sorang sorang
*credit WITHS2
No comments:
Post a Comment