Tuesday, January 13, 2009

East of Eden - Episode 27 & 28



Ini kali giliran Shin Tae Hwan pulak yang hangin dengan Dong Chul. Adalah Dong Chul telah overtake dia untuk mendapatkan bisnes hapa tah. Tak pe tak penting bab bisnes² casino nih


Keluarga Lee menghadiri majlis konvo Dong Wook. Dong Wook dengan bangga menunjukkan sijil cemerlangnya kepada ibu nya. Kejadian berlaku pada tahun 1987


Yong Ran pula telah sembuh dan lari pergi ke tempat keja Dong Chul untuk menemu buah hati nya. (Keje dia ni asek lari je dalam cite ni) However bapak dia tak tahu yang dia telah pulang ke Korea. Rencana terpaksa dirahsia kan dari bapanya sebab bapak dia garang


Di kantin universiti Hye Rin makan semeja dengan family Dong Wook dan terpecah la rahsia bahwa Hye Rin anak orang ada-ada. Anak kepada tuan punya Hansae Daily. Sebab mak Dong Wook pernah ngumpat Hye Rin pada Dong Wook masa Dong Wook kat spital dulu

"Wook, anak sapa la kawan kau tu. Kurus cekeding. Aneroxia po. Mesti family dia tak mampu nak bagi dia makan 3 kali sehari. Mak tak nak menantu cedeking cam gitu. Kau cari pompuan lain Wook. Aigoo"


Di opis Shin Tae Hwan telah menangkap Wang Gun (Fauzi Mawawi haha) , sobat Dong Chul untuk dijadikan terbusan. Shin Tae Hwan nak kan bisnes yang Dong Chul dapat tu menggunakan tektik keji


Hye Rin masih tidak putus asa untuk berkawan dengan Dong Wook tapi Dong Wook telah tawar hati terhadap Hye Rin. Ampess nye Dong Wook


Kemudian Dong Chul membawa Yong Ran menetap di rumah nya sebab tak boleh hantar pulang ke ruma bapak dia sebab Mike-ke tak ikut balik. Mak Dong Chul izinkan Yong Ran menetap dirumah nya dengan syarat kena buat keje. Tak de benda free boleh dapat dalam rumah tu. Semua orang kena kerja baru bole makan. Jangan nak pemalas. Tido makan tido makan saja. Jadi lah seperti unta di padang pasir.
*Unta padang pasir pon tak de pemalas macam ko punya laki daa*


Kemudian Dong Chul menebus Wang Gun dengan memberi apa yang Shin Tae Hwan mahukan. Pada nya itu semua tak berharga. Kawan dia ni lagi berharga.

Wang Gun ni adalah tali barut kepada Shin Tae Hwan. Dia keje ngn Shin Tae Hwan sebab nak balas dendam kat Dong Chul yang dulu lari ke Macau tanpa inform kat dia. So pada dia Dong Chul telah belot dia. Dia pernah belasah Dong Chul dulu dengan teruk dlm episode bape tah tak ingat


Adegan ini sangat touching. Wang Gun tidak sangka Dong Chul akan menyelamatkan dia dengan menukar ganti agreement bisness itu kepada Shin Tae Hwan.

"Hyung, kau ok ke? Tak apa-apa?" tanya Dong Chul

"Aku tak ok Dong Chul. Hati aku sangat sakit ni. Bukan ini yang aku harapkan. Kenapa kau selamatkan aku?? (Wae, wae) Aku tidak layak berhidup lagi"


Akhirnya reunion la mereka


Wang Gun dibawa berjumpa dengan keluarga Dong Chul. Wang Gun ni dulu pernah selamatkan ibu Dong Chul dengan memberi wang untuk mak Dong Chul jalani pembedahan dulu. Dalam epiosde 5 kot. Sebab itu Dong Chul amat kenang jasa Wang Gun hingga ke mati


Wang Gun mula buka citer lama kisah sebenar yang tak semua famili tahu citer di balik tabir Dong Chul lari ke Macau sewaktu kecil nya. Mak kecik minta Wang Gun citer kan semuanya (Mak kecik belah kanan, mak besar belah kiri)


Terbongkar kisah benar...jeng jeng


Scene ni pun touching. Scene mak ngn anak. Mak Dong Chul ala-ala menyesal gitu dan sangat sedih bila dapat tahu kisah sebenar drpd Wang Gun. Pagi tu dia maseh lagi sebak. Dulu kan dia asek marah, membebel kat Dong Chul tanpa usul peksa.

"No matter when, Mother is the one that will not hesitate to speak and speak like a mother"

Kalau dah nama nya "Mak" memang kerja dia membebel kat anak bila anak buat salah kan. Aigooo


Jadi kepada para ibu bapa di luar sana, kalau anak buat salah tolong la bebel dan lecture pada anak. Sebab bebel dan lecture mak bapak akan bagi inspirasi pada anak (Pengalaman sendiri jugak hehe) Masa ada kuasa, tenaga dan semangat ni lah masa anda untuk membebel dan membetulkan mereka. Bebel bertempat. Bebel untuk kebaikan. Terutama anak-anak yang kecik. Sebab ada perbezaan anak yang selalu kena bebel dengan yang tak selalu kena bebel masa derang besar. Especially kalu tanak pi sekolah. Tolong la abiskan skolah.

Oleh itu selamat membebel ya macam mak Dong Chul. Hehe


Dong Chul anak ku...


Dong Chul mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Yong Ran dan Mike


6 tahun telah berlalu. Tahun 1993 ni mereka pergi ke Malaysia hehe


Dong Wook, fightingggg!!


Besday harijadi Shin Tae Ho


Ni pulak oh Hye Rin minta bantuan Dong Chul untuk bawa kakak nya pulang ke Kor
ea

*credit WITHS2*

No comments: