Berlanjutan di majlis pertunangan Yong Ran dan Mike. Yong Ran tidak nampak kelibat Dong Chul di majlis. Yong Ran berkali-kali menanyakan pada bapa nya mana Dong Chul sewaktu mereka sedang dancing2 di ball room meraikan majlis pertunangan Yong Ran
"Dong Chul odisooo?" Yong Ran bertanya pada bapa dengan keras
"Dong Chul balik ke kampung dia la. Dia yang nak balik ke sana. Bukan bapak yang suruh. Kau jangan nak speku yang bebukan" kata bapa Yong Ran
Di scene yang lain Hye Rin pergi ke rumah Dong Wook untuk menjelaskan hal sebenar kenapa dia sorok identiti dia anak orang ada-ada selama ini. Bapak dia pemilik Hanse Daily akbar berpengaruh pada masa tu. Bukan niat dia mahu mempergunakan Dong Wook seperti yang Dong Wook sangkakan tetapi dia malu mahu mendedahkan mengenai latar belakang diri yang bahwasa nya dia adalah anak luar nikah antara bapa nya dan perempuan simpanan. Mak dia sekarang ialah mak tiri dia sahaja manakala mak kandung dia telah mati. Sewaktu kecik mak tiri dia telah melayan dia dengan bias sekali. Akhirnya Dong Wook mengetahui akan hal sebenar dan sudi memafkan Hye Rin sshi.
"Oh sungguh malang sekali nasib mu. Bersabar la ye Hye Rin sshi"
Di ofis Myung Hun menghadapi dengan masalah pemalsuan akaun syarikat. Myung Hun tidak mahu bersubahat.
Shin Tae Hwan mahu memerangkap Dong Chul supaya Dong Chul masuk penjara. Shin Tae Hwan hati panas sebab dia gagal mendapatkan 'rights' slot mesin di Pusan tempoh hari. Maka dia perdajal Dong Chul.
Kemudian Yong Ran jatuh sakit kerana sudah beberapa hari tidak melihat wajah kesayangan hamba dari hari dia bertunang. Makan tak lena, mandi tak basah. Yong Ran dan Mike akan berangkat ke Macau tidak lama lagi mengikuti Mike yang bertugas di sana.
Kemudian di rumah Myung Hun kena marah dengan appa dia. Selepas itu Myung Hun mengadu nasib dengan isteri nya "alangkah baik nya jika bapa dia bukan bapa dia"
"Tapi dia tetap bapak kau, Tae Ho appa" kata Ji Hyun
Di scene yang lain Wang Gun aka Fauzi Nawawi mahu mengorat Raja Ema aka adik Dong Chul muahahaha. Sudah kuch kuch hota hai la pulak
Di airport Yong Ran dan Mike akan berangkat ke Macau tetapi ada insiden telah berlaku di mana Yong Ran melakukan u-turn dan tidak jadi ke Macau bersama Mike. Yong Ran terbaca berita Dong Chul masuk penjara dan Yong Ran terus tergambar muka bapa nya dan beranggapan itu merupakan rencana jahat bapa nya mahu memisahkan dia dengan Dong Chul.
Manakala mak Dong Chul juga terbaca akan berita itu di akhbar dan berpesan pada Mak Kecik supaya Dong Wook tidak terbaca akan akhbar itu kerna berita itu boleh mengganggu masa studi Dong Wook nak jadi loyer
Episode 22
Yong Ran dengan kondisi yang masih terperanjat dan amaroh terhadap bapanya pergi ke rumah Dong Chul dan bertemu Dong Wook dan menunjukkan surat kabar berita Dong Chul. Dong Wook tanpa berfikir lantas lari mahu pergi ke balai polis untuk bertemu dengan hyung nya.
Mak Dong Wook melarang Dong Wook dari pergi ke balai polis namun tidak dihiraukan oleh Dong Wook. Dong Wook dengan rasa kesayangan terhadap abang nya berkata jika bukan dia yang jengok hyung, sapa lagi omuni. Sapaaa.
Mak Dong Wook dan mak kecik (mak tiri Dong Wook) menuruti Dong Wook ke balai polis. (Kalau ikut sarikata dia tulis Big Mother & Small Mother. Mak besar bini sah, mak kecik bini tak sah, gel pren bapak dia. Big Mother & Small Mother saling baik dan menjaga di antara satu sama )
Mak takut apa2 buruk akan berlaku terhadap Dong Wook kerana dia masih di bawah prohibisi. Di balai polis Dong Wook tidak dibenarkan berjumpa Dong Chul. Dong Wook menjerit-jerit nama Dong Chul dan dari dalam lokap Dong Chul mendengar panggilan Dong Wook.
Kemudian Dong Wook ternampak Presiden Guk menuju ke balai lantas Dong Wook memperkenalkan diri nya adik Dong Chul dan beritahu dia tidak dibenarkan bertemu dengan Dong Chul. Dong Wook berharap Presiden Guk kesian kan kat dia dan bawa dia jumpa Dong Chul. Kalau pergi dengan VIP of kos polis kasik jumpa.
Dong Chul marah Dong Wook kerana melawat dia kat balai dan meninggalkan masa belajar dia. Kemudian Dong Wook terus serkap jarang teka
"Hyung ini perbuatan durjana Shin Tae Hwan kan hyung?? Jawab Hyung jawab"
"Eh ko jangan nak memandai-mandai kata Shin Tae Hwan. Pergi balik belajar. Balikkkkkkk" marah Dong Chul kepada Dong Wook.
Dong Wook pon balik. Tapi dia bukan balik tapi sebalik nya dia pergi opis Shin Tae Hwan dan tahan kereta Shin Tae Hwan dengan niat mahu membelasah Shin Tae Hwan. Tetapi aksi dusyum-dusyum dileraikan oleh Ji Hyun yang tidak sanggup melihat bekas kekasihnya di tumbuk oleh suami nya sambil disaksikan oleh bapa mentua nya. Ji Hyun tidak sanggup.
Tatapi Tae Ho appa dari angle ni...perghhh :P
Mak besar meluahkan rasa penyesalan nya atas apa yang berlaku kepada 2 anak nya
Mak besar sedang bersembang dengan 'bapa' Dong Chul
Dong Chul berjaya dibebaskan dari tuduhan fitnah Shin Tae Hwan. Ada kabel senang la bebas. Dong Chul pulang ke rumah dan diberitahu oleh mak kecik bahawa Dong Wook pergi serang Shin Tae Hwan. Apa lagi Dong Chul naik hantu mendengarnya perkabaran itu. Dia tidak mahu banana to fruit two times. Macam dulu dlm episode 1 ke 2 Dong Wook bakar umah Shin Tae Hwan. Dia balik rumah dan marah Dong Wook. Marah, marah, marah, lapan lagi, kemudian mak Dong Chul pulak enterprem dengan marah dan lantas berkata,
"Kau berambus dari rumah ni. Jangan panggil aku mak lagi. Kau bukan anak aku. Mulai harini kita putus saudara. Kau boleh buat apa yang kau suka, aku tak pedulik. Lepas ini kau jangan nak memandai nak balas dendam terhadap Shin Tae Hwan sebab kau tiada kena mengena dalam ini gambar. ARASOOO?????" mak Dong Chul berkata dalam keadaan marah. Dong Chul berjaya mendapat undi kesian masa ni
Mak dia kan lebih sayang pada Dong Wook sebab dia takut Dong Chul akan menghalang karier Dong Wook. Jadi dia lebih rela kehilangan Dong Chul. Dan Yong Ran mendengar semua perbalahan keluarga Lee itu dan dia turut merasa sedih
Dong Chul kemudian memberi kata-kata terakhir kepada Dong Wook sebelum meninggalkan rumah. Dia pass baton supaya Dong Wook jaga keluarga etc etc sebab dia telah dibuang oleh ibunya.
Kemudian Dong Chul keluar rumah bersama Yong Ran yang menumpang tidur di rumah Dong Chul. Dan kemudian mereka berdua membawa hati yang lara bercanda ditepian pantai.
No comments:
Post a Comment