Thursday, February 22, 2007

Filem : Sukob (2006)



Synopsis

Sandy and Dale are busy preparing for their wedding. She soon learns that it is cursed by the "sukob", the wedding curse. In search of an end to the curse, Sandy discovers a dark family secret and she might not be able to give what the "sukob" is asking her to sacrifice.

Starring : Kris Aquino, Claudine Barretto

Director : Chito S. Rono

Alkisah citer ni mengenai perkahwinan yang disumpah atau sumpahan perkahwinan atau dalam bahse omputeh nya ialah 'the wedding curse' atau dalam bahse tagalog nye adalah 'sukob' yang tiada kena mengena dengan famli encik yaakob yach hehe

Ya tahniah hari ini anda belajar 1 perkataan baru bahse tagalog iaitu 'sukob'

Sandy lakonan Kris Aquino sedang dalam proses ke gerbang perkahwinan nya. Sehari sebelum perkahwinan nya dia baru mendapat tahu bahawa jiran sebelah umah dia merangkap kawan baik dia iaitu Helen telah mati setelah berkahwin. Bukan sahja Helen yang mati malah suami Helen turut mati kemdian mak Helen plak telah menghilangkan diri tatau pi mana. Menurut sumber gossip mengatakan Helen mati sebab terkena sumpahan perkahwinan sebab Helen telah melanggar syarat-syarat perkahwinan yang baik iaitu tok sami nasihat Helen tak boleh kahwin pada tahun tersebut tapi dia kahwin jugak. Kalau kawin jugak Helen akan di timpa bala bencana dalam alam perkahwinan nya.

Sandy juga di nasihatkan yang sama iaitu tidak boleh berkahwin jika pada tahun yang sama ada ahli keluarga nya mati atau ada adik bradik dia yang berkahwin menurut kepercayaan di Pilipin. Setelah di bedah siasat Sandy tak de adek bradik dan juga tiada ahli keluarga yang mati pada tahun dia nak kahwin itu.

kris aquino sekali tgk cam muka sapa? ya betol aktres norlida ahmad

Maka berkahwin la Sandy. Sejurus dia berkahwin satu persatu kejadian buruk menimpa keluarga Sandy. Gambar kahwin dia tidak menjadi di mana kepala Sandy kelihatan gelap. Kemdian dalam gambar ada satu makhluk pakai gaun pengantin terenterprem dalam itu gambar tapi muka tak nampak. Dalam bilik tidur Sandy ternampak ada lembaga, kemdian mak Sandy hilang secara misteri dan pelbagai kejadian aneh lagi. Yang tu u ols kena tonton sendiri.

Kejadian demi kejadian tragis berlaku membuatkan Sandy rasa moskel. Kenapa dia yang mendapat bala-bala tersebut padahal dia telah mengikut seme nasihat tok sami. Maka terbongkar lah satu rahsia jeng jeng jeng di mana bapak Sandy telah main kayu tiga dan mempunyai seorang lagi anak pompuan dan anak pompuan tersebut juga berkahwin hari yang sama dengan Sandy.

Kemdian Sandy pon pegi la berjumpa dengan pak dukun untuk mintak pendapat. Pak dukun bilang untuk membuang sumpahan tersebut Sandy kena cari adek pompuan nya itu dan bersemuka dengan hantu yang pakai gaun pengantin tadi supaya bebas kan mereka. Mungkin salah seorang kena berkorban nyawa untuk betul-betul bebas dari sumpahan. Alkisah lagi adek pompuan tersebut juga sedang mengalami malapetaka di mana lepas dia kahwin suami dia hilang kemdian kena halau dengan mak mertua sebab di tuduh membawa sial.

Suka part cara 2 beradik ditemukan. Kalau kita tengok kita akan ingat kisah Helen yang diciterkan rupanya bukan. Tipah tertipu sebentar.

Moral of the stori, yg si bapak seronok-seronok kawin lagi, yang terkorban dan menjadi mangsa sumpahan adalah anak-anak mereka. Sangat kijam.

Tapi yang tak paham nye apesal plak kerana nak berkahwin ada sumpahan sumpahan ni siap ada hantu segalak hingga meragut nyawa. Bukankah perkahwinan sesuatu yang baik. Bagi je la kawin kalau dah cukup seme syarat-syarat. Karut do oh la deme ni hehehe

Patut nya tukar cam ni, kalau ko merempit jugak nnti ko kena sumpah jadi tayar motosikal. Baru la orang takut nak merempit kan hehehehe

No comments: