Saya telah di interbiu oleh blog baru Sensasi Selebreti di www.budiey.com yang dahulu nya beralamat di budiey.blogdrive.com
Feeling-feeling mcm celebritas plak kan hehehe
PENGENALAN
Setiap kali membaca blog Waiem, saya pasti tersengih sorang-sorang. Senyuman tu kadangkala sampai ke telinga. Taglinenya…"Ehemmmm… Waiem di sini…" Haa… sebelum ada program TV AC Di Sini, Waiem dah pun pakai tagline ni… betul ke Waiem?
Pada saya, tagline tadi seolah-olah menggamit sesiapa sahaja untuk menyimpan alamat blog ini kejap-kejap dalam komputer mereka. Dalam bahasa orang putih… bookmark! Waiem Di Sini, bermakna Waiem selalu di sini untuk menulis ulasan untuk anda!
Kata Waiem,
"Blognya tiada apa-apa. Sekadar rapuan mengenai pilem dan drama yang ditonton buat mengisi masa lapang."
Kata saya,
"Masakan tiada apa-apa. Kalau tiada apa-apa, takkan aku yang bukan gemar sangat dengan drama Jepun atau Korea ini singgah setiap hari sambil menghirup kopi di kala pagi? Filem yang awak ulas ni pun tak pernah tengok… jadi apa aura yang ada pada blog itu?"
Hiraukan sahaja penggunaan bahasa dan kesalahan ejaan yang kata setengah pihak diperlacurkan sesuka hati. Hiraukan sahaja sekiranya skin atau theme blog Waiem yang agak simple. Hiraukan juga gambar-gambar poster filem Jepun dan Korea yang jarang kelihatan di blog-blog orang Melayu.
Namun, pada saya, Waiem sudah ada fokusnya yang begitu spesifik. Drama dan filem menjadi genre utama. Selebihnya, dulu ada juga Waiem mengulas album yang sempat disambarnya di kedai kaset.
Bercakap mengenai gaya penulisan Waiem, saya sebenarnya tidak kisah, malah hadir rasa tanda tanya, bagaimana perkataan baru yang selamba dan santai direka khusus oleh penulis yang meminati Bob AF ini. Hanya tiga perkataan yang boleh saya gunakan … kelakar, nakal & santai!
Tidak kisah. Ini dunia blog. Kita bebas untuk berkata apa sahaja selagi tidak melanggar tebing-tebing hukum Alam. Kita ada cara kita, kita ada kreativiti untuk menarik minat pembaca. Yang pertama kali datang baca, sudah tentu akan terpikat dan mahu singgah lagi kemudian harinya. Dan Waiem, saya kira awak memang layak untuk menjadi pengulas program TV seperti Wayang Siapa (Kalau bukan wayang kita) versi Korea atau Jepun.
Saya terdetik untuk menemubual Waiem kerana saya adalah pembaca setia blognya. Saya tidak teragak-agak dan terus mengirim email kepada Waiem dengan melampirkan beberapa soalan untuk beliau jawab. Tidak sampai 3 hari, segala soalan sudah dijawab… Mmmm…. memang efisien sungguh!
OKlah, nampaknya interbiu ini adalah yang pertama diterbitkan di blog Sensasi Selebriti. Jom, kita baca apa jawapan sensasi dari Waiem.
1. Apakah definisi weblog pada pandangan saudari?
J : Blog yang terdapat dalam website.
2. Bilakah titik permulaan anda menulis blog? Sebutkan tahun dan tarikh entri pertama anda?
J : (selak arkib) Ahad 31 Oktober 2004. Entri pertama tajuk Mesreeee…hehe
3. Boleh ceritakan sedikit tentang latar belakang diri anda? Kenapa pakai nama Waiem? Dari mana asal-usul nama itu?
J : Nama ‘Waiem’ kawan yang bagi. Asal ‘Waiem’ dari YM. Asal YM dari nick YMaulai. Asal YMaulai dari tajuk lagu Datuk Siti Nurhaliza. Asal guna nick YMaulai sebab masa tu tatau nak guna nick apa jadi terus taip YMaulai sebab pada ketika itu sedang angin bertiup sepoi-sepoi bahasa lagu Ya Maulai sedang berkumandang di radio. Gitu la serba sedikit asal usul ‘Waiem’
4. Apakah tagline blog anda? (kalau ada) Berikan pengertian tagline itu kepada anda?
J : Waiem Disini kot ikot AC Disini. Maksudnya kalau nak cari saya, saya sentiasa ada di blog
5. Cerita sedikit di sebalik penubuhan blog anda?
J : Pengaruh rakan sebaya. Orang bukak blog dia pon nak bukak blog
6. Siapakah yang banyak memberi dorongan kepada saudari dalam bidang penulisan blog?
J : Diri sendiri dan kawan-kawan
7. Apa yang menjadi motivasi / inspirasi anda untuk menulis?
J : Diri sendiri dan kawan-kawan
8. Siapakah sumber inspirasi / ikon anda dalam bidang penulisan blog?
J : Kawan-kawan
9. Boleh saudari senaraikan 3 penulis blog yang paling saudari hormati dan 3 penulis yang anda benci (kalau ada)?
J : Saya bagi 2 blog yang mula-mula saya kenali yang terjebakkan saya ke alam blog Sultanmuzaffar.blogspot.com (blog pasal AF dan lain-lain) Mahhass.blogspot.com (blog ribiu citer ganas…dia punya ganas tak terikut saya). Penulis yang dibenci tiada
10. Apakah faktor yang membuat sesuatu blog itu hilang pembaca?
J : Mungkin selalu menerbitkan entri yang suka mengkritik dan mengutuk terlampau
11. Siapakah ‘target audience’ saudari sebenarnya?
J : Tiada target tertentu. Cukup sekadar jika mereka semua senang membaca blog saya. Blog saya rating ‘U’. Semua orang boleh baca jika mahu
12. Komen saudari tentang pengawalan selia blog di Malaysia. Apakah perlu kerajaan mengambil tindakan bagi blog yang mencetus isu sensitif.
J : Pada pandangan saya untuk isu sensitif seperti sebagai contoh agama, ya perlu di kawal selia bagi mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku di negara kita. Al-maklum Malaysia sebuah negara berbilang bangsa.
13. Apakah cara anda untuk mencari khalayak pembaca / peminat anda sendiri?
J : Tiada cara tertentu sebab saya menulis blog bukan untuk mencari peminat. Wah peminat katanya. 'Saya ada peminat ke banggg'. Saya hanya menulis dengan syok sendiri
14. Adakah template atau design blog anda menarik? Adakah anda berpuas hati dgn template anda?
J : Tidak puas hati tapi apa boleh buat saya tak pandai nak modified blog saya sebab saya tidak mahir IT segala. Blog ni pon terhasil dari bantuan rakan-rakan yang berlatar belakang IT. So tidak mengapa, pelan-pelan kayuh
15. Antara menulis apa yang anda minat & menurut minat pembaca anda? Mana satu keutamaan anda?
J : Tentu la menulis apa yg saya minat sebab pada asalnya saya menulis untuk diri saya sendiri. Takkan la tetiba di pertengahan jalan nak beralih menulis menurut minat pembaca kan. Tak best la mcm tu. Pembaca akan datang kemudian kalau depa rasa suka dengan blog saya dan mempunyai minat sama dengan saya. Jika tidak, ada banyak blog lain yang boleh dibaca mengikut selera mereka. Terima kasih saya ucapkan pada para pembaca yang sudi baca blog saya.
16. Setakat ini sudah berapa 'hits' yg telah melawat blog anda, kalau tak pun sebulan tu berapa?
J : Hehehe...saya tak pernah ambil tahu tentang 'hits'. Tak kisah la kalau blog saya 'hits' nya tak tinggi. Tidak mendatangkan mudarat pada saya. Paling penting saya menulis sebab saya nak menulis. Bukan menulis untuk menarik pembaca yang ramai dan mendapatkan 'hits' yg tinggi. Tapi kalau bos tak bagi bonus tiap tahun, aaa yang itu baru akan memudaratkan
17. Sebagai penulis, pentingkah anda mengenali siapakah pembaca anda?
J : Pada saya untuk mengenali pembaca secara mendalam tidak berapa penting. Cukup sekadar tuan blog tahu akan kehadiran mereka melalui nick mereka melalui komen-komen yang ditinggalkan. Kalau ada yang nak berkenalan boleh aja. Kadang tu kan ada pembaca yang suka baca secara senyap. Terpulang pada individu
18. Sekarang ini, kita lihat terlalu ramai penulis dan pencipta blog yang baru sedang berjinak-jinak. Apakah pandangan saudari tentang fenomena blog yang amat memberangsangkan di Malaysia?
J : Satu fenomena yang baik. Melalui blog dapat bertukar pandangan dan fikiran
19. Komen anda tentang peranan blog dalam pembangunan filem dan drama negara.
J : Dapat membantu mempromosi filem dan drama negara sekaligus dapat menarik minat orang ramai menonton filem tempatan
20. Apakah kontroversi terbaru dalam dunia blog yang anda tahu?
J : Tak berapa pasti
21. Apakah kelebihan dan keuntungan berkomunikasi melalui blog?
J : - Dapat bertemu dengan ramai kawan - Dapat menambahkan ilmu - Bole buat saya berfikir dan menjana minda - Blog sebagai satu medium bahan bacaan dan penggalak kepada kempen membaca
22. Kalau kamu sepohon pokok, kamu nak jadi pokok apa? Mengapa?
J : Macam soalan karangan BM sekolah rendah 'saya sepasang kasut'. Saya rasa saya nak jadi pokok rambutan sebab saya suka buah rambutan dan pokok rambutan juga merupakan satu-satunya pokok yang saya penah dan berani panjat di atas muka bumi ini masa kecik dulu.
23. Saudari nampaknya begitu aktif menulis blog. Setiap hari ada sahaja bahan untuk anda terbitkan. Bagaimana anda mencari / mencuri masa?
J : Tu la kan saya pon moskel hari-hari ada je kan saya nak update. Saya menggunakan masa yang terluang untuk meng-update blog
24. Apakah cabaran seorang penulis blog seperti anda? Mengapa suka mengulas tentang filem dan drama? Mengapa tidak menulis tentang diri sendiri?
J : Cabaran menulis blog salah satunya selalu kawatir hasil tulisan boleh menyinggung perasan orang lain. Saya suka menonton filem dan drama. Saya rasa kisah diri sendiri tiada apa yang menarik untuk di ceritakan dan mungkin bosan untuk dibaca oleh orang lain berbanding filem dan drama (drama korea terutamanya hehe) Ulasan saya pon bukan ulasan yang sebenar-benarnya yang mengambil kira pelbagai aspek seperti pakar ulas filem yang lain. Saya bercerita apa yg saya nonton dan saya rasa
25. Apakah pengalaman pahit yang pernah anda lalui dalam dunia blog? Ceritakan juga pengalaman manis, kalau ada…
J : Pengalaman pahit ada sekali dulu insiden yang membuat saya sedih teramat dan rasa nak tutup blog dan duduk jauh-jauh di kutub utara kalu boleh. Pengalaman manis banyak terutamanya dapat mendapat kawan baru dan hubungan dengan kawan lama yg ditemui di alam cyber dapat dikekalkan hingga sekarang
26. Adakah anda pernah digoda oleh pembaca yang telah jatuh cinta dengan anda? Kalau ada, adakah anda menerimanya atau mengambil kesempatan?
J : Setakat ni belom ada lagi. Kalau ada saya akan wawancara dia
27. Pernahkah anda menerima surat layang dari pembaca yang membenci tulisan anda?
J : Setakat ni yang membenci belom ada
28. Ceritakan keadaan blog anda pada masa 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun akan datang?
J : Tak terjangkau dek fikiran. Selagi minat dan kudrat ada, adalah blog saya
29. Untuk tahun 2007, apakah azam baru anda dalam membangunkan blog anda?
J : Rasa nya tak de apa yang nak dibangunkan. Mungkin saya akan sempitkan lagi sabjek yg hendak di update iaitu hanya tertumpu pada filem dan drama yg saya nonton. Kalau dulu ada la jugak isu terkini itu ini dan gosip. Tu la azam memblog 2007
30. Adakah anda berpuas hati dengan blog anda sekarang?
J : Alhamdulillah
Soalan bonus:
1- Dari mana datangnya pengaruh gaya penulisan blog kak waiem yg kelihatan bersahaja, santai dan funny?
J : Soalan paling mencabar dalam banyak-banyak soalan. Susah saya nak jawab. Yang baik semua datang dari Allah s.wt.
2- Waiem lebih banyak mengulas tentang movie dan drama bersiri tetapi tidak kepada muzik. Kenapa?
J : Pada saya muzik tak banyak variety yang boleh di ceritakan dan dingumpatkan
3- Apakah betul, perbedaan karakter sebenar dengan gaya penulisan yang funny. Setengah orang cakap yang waiem tidak selucu atau out going yang disangka. Apakah ini benar? Komen saudari?
J : Oh ada ek orang cakap. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh orang itu sebab mereka yang menilai saya. Gaya tulisan saja lucu. Di alam nyata saya tidak mesra alam, garang, serius dan tak banyak cakap orang nya. Tak caya tanya kawan-kawan saya.
PENUTUP BICARA DARI WAIEM
Terima kasih pada Saudara Budiey kerana sudi mewawancara penulis picisan seperti saya. Saya sangat menghargainya. Dalam masa yang sama saya malu sebenarnya di wawancara begini. Ye la blog saya bukan ada apa sangat. Terima kasih sekali lagi. Semoga Saudara Budiey juga terus berjaya dengan budiey.blogdrive.com dalam menyampaikan info-info terkini lagi sensasi.
Terima kembali. Terima kasih juga sebab sudi ditemuramah.
Sekian Wassalam.

No comments:
Post a Comment