Tuesday, December 19, 2006

Filem : A Dirty Carnival (2006)



Synopsis

Byung-doo, the No.2 man in a small-time organized crime gang, leads an aimless and wild life. Life is hard for him since he is the sole support of his mother and two younger siblings. However, when Mr. HWANG asks him to embark on a secret mission, Byung-doo realizes that this is one chance he should not let pass by. The mission is dangerous, but success would mean that Byung-doo would no longer have to worry about supporting his family...

Cast :
Jo In Sung , Nam Goong Min , Lee Bo Young

Sapa nak tengok Jo In Sung jadi gengstar tengok la citer ni. Watak ini telah membolehkan beliau merangkul anugerah Aktor Terbaik dalam pesta pilem di Korea yang lepas.

Gengster gengster pon masih tak dapat larikan wajah nya yang kiyut iteww sebab dia ada taik lalat pemanes di dagu wahahahaha

Selain Jo In Sung, second hero drama One Fine Day turut blakon yang sekaligus menjadikan pilem ini seronok untuk ditonton sebab kedua heronya sedap mata memandang huhuhu

Siapakah ini Jo In Sung? Beliau ialah hero dalam kdrama Memories In Bali dan juga Spring Days. Apa² pon Jo In Sung tiada kaitan dengan iteww Joe Weng :P


Babak 1
Citer mengisahkan hero yang tak abis sekolah kemdian terjebak dengan kegiatan gengster sebagai jalan mudah dapat duit yang banyak. Satu hari hero dapati usaha gigih dan keras dia tidak dihargai oleh ketua nya lantas dia menerima offer lumayan dari ketua gengster yang lain. Sebab dia ada seorang ibu yang sakit dan 2 adik yang perlu ditanggung olehnya. Ketua gengster yang nya baru berjanji akan memberi imbuhan yang setimpal dengan usaha keras nya jika dia berjaya selesaikan misi ketua gengster nya iteww.

Maka sebagai pekerja yang taat akan bossnya, hero dengan gigih telah berjaya menyelesaikan misi boss baru nya termasuk membunuh bekas ketua nya dan juga membunuh beberapa orang.

Babak 2
Hero mempunyai seorang kawan baik masa sekolah yang mau menjadi seorang pengarah pilem. Pilem yang dia mahu diarahkan berupa pilem tentang kehidupan gengster dan dia telah meminta pertolongan hero untuk memberi idea bagai mana nak buat pilem mengenai kehidupan gengster. Hingga la satu hari pilem tersebut berjaya di buat dan bila hero menonton citer tersebut, hero terkedu kerana pilem itu adalah sejibik kisah hidupnya yang pernah dia luahkan dan ceritakan pada kawan nya. Dia luahkan sebab dia percaya pada kawannya tapi tak sangka kawan baiknya buat pilem plak kisah gengster nya membunuh orang.

Moral of the stori, kalau anda jadi gengster jangan percaya pada sesiapa pun jua. Rahsia-rahsia peribadi anda simpan la sampai mati.

Kalau anda seorang kawan yang baik, simpan la rahsia kawan anda. Jangan khianati kepercayaan kawan anda kerana kepentingan diri sendiri.

Akhir citer yang tragis yang mana orang bawahan hero kira anak buah hero la berkomplot plak dengan ketua boss untuk membunuh hero disebabkan kisah citer dalam pilem itu.

Lepas nonton pilem ni anda akan berpikir dan berhati-hati dengan sesiapa saja. Tak moh percaya 100% pada sapa-sapa dah termasuk kawan baik sendiri.

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa
Cendol pulut taruk santan sedap rasanya :P

No comments: