Friday, November 10, 2006

KDrama : Ms. Kim's Million Dollar Quest (2004)




Synopsis

On the day of Eun-jae’s wedding, the groom, Young-hun, fails to turn up and the delivery man hands her a letter from him saying “sorry.” The photographer, Moo-yeol, takes Eun-jae by the arm as she stands panicking in front of countless guests and runs out of the hall. Unable to bring herself to admit the annulment of her wedding, Eun-jae pleads Moo-yeol to play the role of her husband at the housewarming party, and Moo-yeol does a splendid job. Meanwhile, Eun-jae finds out that the reason for the break-up of her wedding was because of her poor financial situation. Young-hun had gravely worried about reality issues if he were to marry Eun-jae and Seo Wu-gyung had suggested just on time full financial support if he drops the wedding with Eun-jae. Eun-jae makes up her mind to make money, thinking that she’d be able to get Young-hun back if she becomes rich.

Starring : Ji Jin Hee , Kim Hyun Ju , Park Gun Hyung

Total episode : 16

Credit : DramaWiki

 
Citer ni mengisahkan Ms Kim yang ditinggalkan sewaktu hari nikah. Dah siap dengan gawon pengantin ropol-ropol tetapi malangnya pengantin lelaki membuat dajal mahu putuskan hubungan pada hari nak kawin. Pengantin lelaki tak hantar sms batal majlis kahwin tapi hantar surat. Maka sedih banget la Ms Kim sebab dia chentar banget sama boipren nya itu. Boipren nya itu tetiba telah berjumpa dengan seorang wanita lain yang kaya yang bapak dia juga kaya. Maka dia ingat dia ada can nak jadi menantu orang kaya. Lepas kaya nanti boleh la carik perempuan lain. Perempuan Mongolia pon boleh. Apa ada susah. Jantan macam ni kalau dapat kita pancung kan dia aja huhu. Jumpa pompuan yg tah datang daripada mana, tak kenal hati budi terusan sanggop putuskan hubungan dengan bakal isteri nya yang telah dikenali nya selama 3 tahun sekelip mata.

Ms Kim kemdian dilarikan oleh jurugambar kawin bernama Encik Park sebab Encik Park kasihan melihat Ms Kim sedih bermuram duka dan takut Ms Kim alami gangguan mental hehe. Encik Park cuba menenangkan Ms Kim dan menempatkan Ms Kim di sebuah hotel.

Keesokan hari nya kawan-kawan sepejabat Ms Kim yang tak dapat hadir majelis perkahwinan Ms Kim ingin berkenalan dengan suami Ms Kim. Ms Kim gawat. Mana dia ada suami. Lantas dia tingat kat Encik Park dan minta tolong Encik Park menyamar menjadi suaminya.

Keesokan hari nya di hari yang lain Encik Park mengalami masalah yang mana bapak nya telah di penjarakan akibat tak bayar pinjaman duit dan rumah banglo nya akan di tarik oleh pihak Along sebab bapak dia pinjam duit dengan Along daaa buat cagaran. Maka Encik Park pon dah jatuh miskin papa kedana satu sen haram tak de duit nak sewa umah lain. Maka Encik Park mendapat idea mau menumpang umah Ms Kim.

Tumpang punya tumpang Ms Kim dan Encik Park pon menjadi kawan baik. Ms Kim mempunyai cita-cita mahu mengumpul wang sebanyak mungkin dan membuka perniagaan.




Dalam pada mau berjaya dalam perniagaan nya Ms Kim menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Ada pihak ketiga yang sengaja tidak mahu lihat dia gembira dan sakses. Pelbagai tektik keji dilakukan oleh pihak ketiga itu untuk menjahanamkan perniagaan Ms Kim.

Siapakah pihak ke tiga itu? Dia ialah seorang jejaka A yang minat kat Ms Kim secara senyap. Jejaka A itu telah bekerja sama dengan mak we bekas boipren Ms Kim untuk menghalang Ms Kim dari berjaya. Dengan alasan bila Ms Kim gagal, Ms Kim akan mintak tolong dengan jejaka A sebab jejaka A orang ada-ada, banyak wang mas. Hehe. Tapi Ms Kim tidak memerlukan pertolongan sesapa. Dia boleh berdikari sendiri.

Saya geram tengok perbuatan jejaka A pada Ms Kim tapi dalam masa yang sama saya tergelak tengok muka dia sebab selama ni dia tak penah jadik jahat mcm ni. Selalu watak dia kalu tak jadi kawan hero, musti jadi lelaki lurus bendul muahahaha. Potong stim betul dia jadi ketua kongsi gelap kali ni hahaha.

Encik Park kemudianya jatuh cinta dengan Ms Kim tapi Ms Kim macam tak paham sebab Ms Kim masih menyimpan hasrat mau kembali pada bekas kekasih nya itu. Tapi nanti bila Encik Park mengambil keputusan mengundurkan diri dan berpisah dengan Ms Kim, Ms Kim meraung bagi nak rak sebab dia rasa dia tak boleh kehilangan Encik Park. Encik Park lah selama ini yang membantu Ms Kim di saat perniagaan Ms Kim dikhianat.

Citer ni ketegori komedi romance. Memang setiap episod akan tergelak dengan gelagat mereka yang baik dan juga yang jahat hehehe. 

No comments: